Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 24 (2)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 24 (2)
Lokasi
Jalan Cili Bunga 24/25 Seksyen 24,
40300
, Shah Alam, Selangor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan
Sekolah kerajaan
MotoBerilmu, Berakhlak, Berwawasan
Ditubuhkan1 April 2003; 21 tahun yang lalu (1 April 2003)
Nombor sekolah+603 – 55484962
Kod sekolahBEA8654
PengetuaPn. Anizah binti Mohamad
Faks+603 – 55426275
Laman sesawang


Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 24 (2) atau nama ringkasnya SMK Seksyen 24 (2), merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Shah Alam, Selangor, di Malaysia.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 24(2) telah dibina berdasarkan kouta pelajar yang melebihi kehendak semasa. Pada dasarnya kawasan ini dahulu adalah status tanah pertanian yang dipenuhi dengan pokok kelapa sawit. Apabila perumahan telah dibina di kawasan sekitar kawasan ini di biarkan kosong dengan cadangan untuk membina sebuah mini stadium untuk kemudahan orang ramai. Namun hasrat itu terpaksa dikuburkan kerana sekolah yang ada tidak dapat menampung jumlah pelajar yang ramai, maka dari situlah tertubuhnya sebuah sekolah baharu yang dinamakan Sekolah Menengah Seksyen 24(2).

Pentadbiran Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 24(2) mula beroperasi pada 1 April 2003 dan memulakan sesi persekolahan pertama pada 9 Jun 2003. Encik Shamidi bin Kosiran merupakan perintis yang menjalankan tugas-tugas pentadbiran, selaku Penolong Kanan dan dibantu oleh Puan Hashimah binti Hussin selaku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid .Tuan Pengetua, Puan Meriam binti Husin telah menjawat, jawatan Pengetua SMK Seksyen 24(2) pada 28 Ogos 2003.

Kaunselor sekolah pada ketika itu adalah Encik Mohd. Azman bin Abas dan Puan Wan Fauziah binti Wan Abdullah, manakala guru seramai 25 orang dan bilangan pelajar 442 orang. Sekolah ini menjalankan persekolahan satu sesi sahaja memandangkan jumlah pelajar yang tidak ramai.Pada tahun berikutnya, 2004 jumlah pelajar telah meningkat kepada 754 dan jumlah guru telah bertambah 18 orang. Calon sulung PMR juga telah dilahirkan pada tahun yang sama.

Sekolah ini mempunyai 5 blok utama iaitu A,B,C,D dan E. Blok A merupakan blok urusan pentadbiran dan bilik-bilik khas seperti bilik guru, mesyuarat, kaunseling, kesihatan, peperiksaan, perpustakaan, makmal komputer, dan bilik siber. Blok B pula terdiri daripada Makmal Sains, Makmal Biologi, Bilik Pendidikan Seni Visual, Bilik Bahasa Inggeris, Bilik Geografi dan Sejarah serta Bilik Multimedia. Manakala blok C dan D menempatkan kelas-kelas menengah atas dan juga menengah rendah.

Sehingga kini telah banyak kejayaan diraih seusia dengan kesungguhan dan komitment semua warga kerja dan seiring dengan moto, visi dan misi sekolah ini. Untuk tahun 2022 SMK Seksyen 24(2) mempunyai 127 orang guru dengan dua sesi persekolahan dan kelengkapan kelas sebanyak 52 buah kelas.

Enrolmen[sunting | sunting sumber]

Sesi Pelajar Guru Staf sokongan
2023–24 1720 125 12

Lencana Sekolah[sunting | sunting sumber]

Lencana SMK Seksyen 24(2)

Warna[sunting | sunting sumber]

Ungu[sunting | sunting sumber]

  • Melambangkan keharmonian, kedamaian dan perpaduan

Kuning[sunting | sunting sumber]

  • Melambangkan kedaulatan sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan kualiti pengurusan, PDPC yang bersifat efektif dan efisyen

Jingga[sunting | sunting sumber]

  • Mencerminkan tenaga iaitu suatu kesepaduan usaha dan kesungguhan komitmen dari semua warga sekolah dalam rangka memajukan dan meningkatkan prestasi sekolah

Hitam[sunting | sunting sumber]

  • mempamerkan ketegasan iaitu suatu sifat yang perlu ada dalam usaha untuk memastikan kejayaan dan kecemerlangan menjadi milik murid SMK Seksyen 24(2)

Objek[sunting | sunting sumber]

Perisai[sunting | sunting sumber]

  • Satu senjata pertahanan dalam usaha menangkis serangan unsur-unsur negatif globalisasi pada alaf ini

Bulan dan bintang[sunting | sunting sumber]

  • Kedaulatan dan peranan sekolah dalam usaha membina sebuah negara Malaysia yang harmoni, maju serta makmur

Topi dan skrol[sunting | sunting sumber]

  • Simbol kejayaan yang menjadi harapan pihak sekolah untuk menghasilkan murid yang berilmu pengetahuan tinggi, berdaya saing dan dinamik

Gear[sunting | sunting sumber]

  • Lambang sains dan teknologi yang perlu dikuasai oleh warga sekolah bersesuai dengan agenda negara untuk melahirkan generasi yang celik teknologi, kreatif dan inovatif

Lagu sekolah[sunting | sunting sumber]

Dengan megahnya kami berkumpul dan berikrar,
Berbangga dengan sekolah tercinta,
Hormati guru serta ibu bapa,
Yang berkorban untuk kita.

Ilmu pengetahuan bermulanya di sini,
Berbekal niat suci yang ingin berbakti,
Demi agama, bangsa dan negara,
Jadi insan yang mulia.

SMK Seksyen 24 (2),
Berilmu, berakhlak dan berwawasan,
Berdisiplin dan berdaya intelek.

(Ulang)

Dengan megahnya kami berkumpul dan berikrar,
Berbangga dengan sekolah tercinta,
Hormati guru serta ibu bapa,
Yang berkorban untuk kita.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]