Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 5 Wangsa Maju

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
SMK Seksyen 5 Wangsa Maju
Cogan kata Berdaya Maju Berakhlak Mulia
Ditubuhkan 1 Disember 1993
Jenis Kerajaan
Pengetua Puan Badariah
Pelajar 1501
Gred Tingkatan 1 - Tingkatan 5
Lokasi Kuala Lumpur, Malaysia
Warna Jalur Putih, Hijau dan Merah
Singkatan S.V
Laman web https://smkseksyen5wm.blogspot.com/

Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 5 Wangsa Maju merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jln. 8/27A,Wangsa Maju,, Kuala Lumpur.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 5 Wangsa Maju memiliki 967 pelajar lelaki dan 918 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1885 orang. Ia mempunyai seramai 127 orang guru.2009


Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 5 Wangsa Maju (Section 5 Wangsa Maju Secondary School) dengan megahnya berdiri teguh di sebuah cangkat dan dikelilingi bukit-bukau yang menjadikan sekolah ini sebuah tempat yang strategik dan berpotensi untuk terus maju. Sekolah ini telah menjadikan Seksyen 5 Wangsa Maju sebagai lokasinya bersebelahan dengan Kuala Lumpur Suburban Centre yang kini merupakan sebuah kawasan yang pesat membangun dan tidak asing lagi di kalangan penduduk Bandar Raya Kuala Lumpur. Tanggal 1 haribulan Disember 1993, sekolah yang semakin terkenal dengan tahap disiplin dan kebersihannya yang baik ini mula beroperasi dengan 13 orang tenaga pengajar yang terdiri daripada wanita sahaja, seorang kerani pejabat, dan 2 orang pembantu am rendah. Menjelang tahun 2004, kuantiti warga pendidik telah meningkat sebanyak lebih kurang 85%, iaitu 89 orang yang terdiri daripada 10 orang guru lelaki dan 79 orang guru wanita. Di samping itu, sekolah ini turut mempunyai 5 orang kerani dan 6 orang pembantu makmal.

Ketika sekolah yang penuh bersejarah ini mula dibuka, iaitu sekitar Disember 1993, jumlah kelas yang wujud hanyalah sebanyak 6 buah bilik darjah. 4 buah diperuntukkan untuk para pelajar tingkatan satu manakala yang selebihnya dibuka bagi pelajar-pelajar tingkatan 2. Kini, jumlah keseluruhan kelas bagi sekolah ini ialah sebanyak 47 buah bilik darjah termasuk 9 buah kelas bermasalah pendidikan.

Pengetua sekolah pertama yang mula-mula menerajui sekolah ini ialah Puan Noor Ainun bt. Dato' Sri Yang Rashdi yang bertugas sehingga Jun 1996. Jumlah pelajar pada waktu ini hampir mencecah seramai 1500 orang pelajar, begitu berbeza dengan jumlah pelajar pada Disember 1993, iaitu hanya seramai 179 orang sahaja.Dari tahun ke tahun, sekolah ini telah melahirkan ramai pelajar yang berjaya dalam bidang akademik mahupun ko-kurikulum[perlu rujukan]. Sehingga hari ini sekolah ini terus mencipta nama dalam bidang Kurikulum dan Ko-Kurikulum dibawah pentadbiran sekarang iaitu Puan Lailane Binti Mohammad bersama dengan 21 kakitangan sokongan serta kira kira 128 guru bagi membimbing 1501 pelajar dengan penuh semangat untuk membentuk insan yang berguna.

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Di sinilah lahir warga mulia
Sepadu berupaya
Untuk ibu dan bapa untuk nusa bangsa
Kita kotakan kata-kata

Kebersihan yang diutamakan
Diri dan sekitaran
Menimba segalanya ilmu yang berguna
Mendukung wawasan negara

Berdaya maju, berakhlak mulia
Cogan kata sekolah kita
Dengan tabah dan yakin di hati
Mencapai cita-cita luhur dan murni

Pendidikan yang sempurna di sini
Minda, jasmani, rohani
Akan lahirlah pemimpin yang berwibawa
Ke arah hidup sejahtera.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 5 Wangsa Maju
Jln. 8/27A,Wangsa Maju,, Kuala Lumpur
Telefon = 341427822
Fax = 341420832

Pautan luar[sunting | sunting sumber]