Sekolah Menengah Kebangsaan Senaling

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Senaling
Lokasi
Km 2 Jalan Kuala Pilah Tampin, 72000 Kuala Pilah,, Negeri Sembilan Darul Khusus
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan
MotoILMU TERAS CEMERLANG
Nombor sekolah6064813171
Kod sekolahNEA1084
Pengerusi PIBGEncik Zhar Hamidi
PengetuaPuan Normah binti Mohd Nor
GPK Pentadbiran dan AkademikPuan Norjilah binti Mohamad
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEncik Ahmad Ishak bin Mohd Salleh
Penolong Kanan KokurikulumPuan Nasarah binti Hafidz
Faks6064815703
Map


Sekolah Menengah Kebangsaan Senaling atau nama ringkasnya SMK Senaling, merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Km 2 Jalan Tampin Kuala Pilah.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Senaling memiliki 201 pelajar lelaki dan 144 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 345 orang. Ia mempunyai seramai 33 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SMK Senaling ditubuhkan secara rasmi pada hujung tahun 2003 dan siap pembinaannya pada tahun 2004. Penubuhan SMK Senaling bertujuan untuk menampung jumlah kepadatan pelajar di sekolah berjiran. Kumpulan pelajar yang pertama pada tahun 2004 ketika itu menumpang di blok Tuanku Munawir SMK Tuanku Muhammad, Kuala Pilah selama setahun. Pada penghujung tahun 2004 sekolah ini telah berpindah secara rasmi ke bangunan baru yang terletak di pinggir pekan Senaling yang juga bersebelahan dengan SK Senaling. Pengetua sekolah yang pertama ialah Puan Hajah Radiah bt. Jonet. Pada awal penubuhanya, sekolah ini hanya mempunyai 1 kelas tingkatan 4, 1 kelas tingkatan 2 dan 3 kelas tingkatan 1.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

2012[sunting | sunting sumber]

  • Anugerah Platinum Pertandingan Semarak Teater Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Negeri Sembilan 2012
  • Johan Drama Bahasa Inggeris Peringkat Kuala Pilah 2012
  • Johan Kawad Kaki KRS Puteri Peringkat Daerah Kuala PIlah 2012
    • Ketua Platun Terbaik
  • Tempat Ketiga Karnival Kawad Kaki Peringkat Sekolah-Sekolah Negeri Sembilan
    • Naib Johan Ketua Platun Terbaik

2013[sunting | sunting sumber]

  • Anugerah Platinum Pertandingan Semarak Teater Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Negeri Sembilan 2013
    • Pelakon Lelaki Terbaik
    • Pelakon Wanita Terbaik
    • Peserta Bengkel Semarak Teater Lelaki Terbaik
  • Anugerah Emas Pertandingan Semarak Teater Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2013
  • Johan Bola Tampar B-18 P Peringkat Daerah Kuala Pilah
  • Johan Drama Bahasa Inggeris Peringkat Kuala Pilah 2013
  • Tempat Kedua Kawad Kaki KRS Puteri Peringkat Daerah Kuala Pilah
    • Ketua Platun Terbaik
  • Pingat Perak Acara Lompat Tinggi Kelas 1 (P) Kejohanan Padang & Balapan Peringkat MSSNS

2014[sunting | sunting sumber]

  • Anugerah Platinum Pertandingan Semarak Teater Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Negeri Sembilan 2014
    • Pelakon Lelaki Terbaik
    • Pelakon Wanita Terbaik
    • Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
    • Tatarias Terbaik
  • Anugerah Platinum Pertandingan Semarak Teater Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2014
    • Produksi Terbaik
    • Pencahayaan Terbaik
    • Kostum Terbaik
    • Pengarah Terbaik
  • Naib Johan Bola Tampar B-18 P Peringkat Daerah Kuala Pilah
  • Tempat Ketiga Bola Tampar B-15 P Peringkat Daerah Kuala Pilah
  • Johan Kawad Kaki KRS Puteri Peringkat Daerah Kuala PIlah 2014
    • Ketua Platun Terbaik
  • Johan Pertandingan Drama KOMSAS Peringkat Negeri Sembilan

2015[sunting | sunting sumber]

  • Anugerah Platinum Pertandingan Semarak Teater Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Negeri Sembilan 2015
    • Pelakon Lelaki Terbaik
    • Pelakon Wanita Terbaik
    • Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
    • Tatarias Terbaik
    • Produksi Terbaik
    • Kostium Terbaik
    • Pengarah Terbaik
  • Anugerah Platinum Pertandingan Semarak Teater Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2014
    • Pengarah Terbaik
    • Produksi Terbaik
  • Johan Kawad Kaki KRS Puteri Peringkat Daerah Kuala PIlah 2015
    • Ketua Platun Terbaik
  • Johan Pertandingan Drama KOMSAS Peringkat Negeri Sembilan
    • Pelakon Harapan Lelaki Terbaik
  • Johan Pertandingan Sketsa Rukun Negara Jabatan Peneranangan Kuala Pilah

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Senaling
Km 2 Jalan Tampin Kuala Pilah
72000, Kuala Pilah
Negeri Sembilan, Malaysia
Telefon = 6064813171
Fax = 6064815703

[sunting | sunting sumber]

Ilustrasi[sunting | sunting sumber]

  • Topi Graduan - kecemerlangan akedemik
  • Buku - Ilmiah
  • 5 Bulatan - kecemerlangan akademik
  • Roda & Daun - sentiasa mengikut perkembangan teknologi namun masih mengekalkan tradisi

Warna[sunting | sunting sumber]

  • Kuning - lambang diraja
  • Merah - keberanian dan semangat kesediaan
  • Putih - kesuciaan

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Megah berdiri di tengah desa
Sekolah mewah zaman siber
Himpunan guru semaikan
Ilmu memenuhi dada
Himpunan pelajar ilmu digapai
Pentas,  lahirkan insan cemerlang
Berani, iffah, adil, berhikmah
Amalkan ilmu teras dunia dan akhirat
Paparkan adab memuliakan akhlak
Kamilah generasi hari ini
Bakal khalifah masa hadapan
Marilah bersama kita berdoa
Agar SMK Senaling,
Cemerlang, gemilang, terbilang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]