Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Forest Heights

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Senawang 3
Lokasi
 Malaysia Taman Marida, 70450, Seremban,, Negeri Sembilan Darul Khusus
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6066778013
Kod sekolahNEA4114
Faks6066778253
Map


Sekolah Menengah Kebangsaan Senawang 3 atau nama ringkasnya SMK Senawang 3, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Taman Marida.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Senawang 3 memiliki 102 pelajar lelaki dan 67 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 169 orang. Ia mempunyai seramai 14 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Cadangan untuk menubuhkan sekolah menengah baru di Seremban telah dikemukakan dalam Mesyuarat Pembukaan Sekolah Baru pada 18 Oktober 2006 di Balai Gadang Jabatan Pelajaran Negeri, Negeri Sembilan. Sekolah-sekolah tersebut adalah SMK Senawang 3, SMK Seremban Jaya 2 dan SMK Warisan Puteri. Penubuhan sekolah baru ini telah dicadangkan untuk mengatasi pertambahan bilangan pelajar di sekolah sedia ada di Seremban.

SMK Senawang 3 telah dicadangkan penubuhannya untuk mengatasi pertambahan bilangan pelajar di sekolah menengah sekitar Senawang. Oleh kerana bangunan sekolah belum ada, SMK Senawang 3 telah dicadangkan menumpang di SMK Senawang. Pihak JPNNS telah melantik En. Ahmad bin Yahya sebagai ‘care taker’ di SMK Senawang 3 dan bilangan kelas untuk dibuka adalah 4 buah kelas Tingkatan 1 sahaja.

SMK Senawang 3 telah mengadakan mesyuarat pengurusannya yang pertama pada 18 Disember 2006 yang melibatkan 4 orang guru iaitu, En. Ahmad bin Yahya sebagai GPK Pentadbiran, Pn. Saadiah binti Saad sebagai GPK HEM, En. A. Halim bin Saat sebagai GPK Ko-Kurikulum dan En. Raguraman sebagai kaunselor. Mesyuarat ini sebagai persediaan untuk menentukan perkara-perkara yang perlu dilakukan sebelum sesi persekolahan dibuka pada awal tahun 2007. Mesyuarat Guru pertama kalinya telah diadakan pada 22 Disember 2006. Dalam mesyuarat tersebut telah diputuskan bahawa tarikh pendaftaran pelajar sulung SMK Senawang 3 adalah pada 29 Disember 2006.

Pada hari pendaftaran, pihak pengurusan SMK Senawang 3 telah menjemput pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Seremban, Pn. Maznah binti Abu Bakar untuk memberikan ucapan kepada ibubapa/penjaga yang hadir. Selepas itu sesi pendaftaran dimulakan dengan pendaftaran pelajar di empat buah kelas.

Pada 3 Januari 2007, bermulalah sesi persekolahan pertama SMK Senawang 3 yang diadakan pada sesi petang dengan menumpang di bangunan SMK Senawang. Pihak pengurusan SMK Senawang telah membenarkan pihak pengurusan SMK Senawang 3 menggunakan Blok D yang mengandungi 1 pejabat (ubahsuai kelas), 1 bilik guru dan 4 buah kelas Tingkatan 1. Pada hari pertama persekolahan bilangan pelajar yang hadir adalah 107 orang, bilangan guru seramai 8 orang dan bilangan staf sokongan adalah 2 orang. Mereka terdiri daripada, 4 orang guru yang bertugas di bahagian pengurusan dan Pn. Hjh. Norhayati binti Nasharudin, Pn. Halimahton binti Mohd Yusof, Pn. Nur Saharah binti Salehan, En. Mohd Fisol bin Mansoor, manakala staf sokongan terdiri daripada Pn. Maryati binti Omar dan Cik Aida binti Mohd Hanif.

Pada 16 Januari 2007, En. Jamaluddin bin Ahmad telah melaporkan diri di SMK Senawang 3 sebagai Pengetua. Beliau telah cuba sedaya upaya untuk melengkapkan segala kelengkapan dan kemudahan yang diperlukan oleh SMK Senawang 3, sambil dibantu oleh guru dan staf sekolah. Logo Sekolah telah mula dicipta bersama oleh Pn. Saadiah binti Saad dan En. Mohd Fisol bin Mansoor. Lagu sekolah pula telah dicipta oleh En. Azlan dari IPRM manakala liriknya ditulis oleh En. Mohd Fisol bin Mansoor. Lagu Sekolah telah dinyanyikan buat pertama kalinya oleh pelajar SMK Senawang 3 semasa perhimpunan rasmi pada 12 Februari 2007

Mulai 1 April 2011, SMK Senawang 3 telah dipimpin oleh pengetua keduanya Tuan Haji Hamidon bin Haji Khalid yang berpindah dari SMK Pasoh 2, Simpang Pertang, Negeri Sembilan. Beliau menjadi pengetua di sana mulai 1 Jun 2007 hingga 31 Mac 2011. Ini berikutan daripada pertukaran Tuan Haji Jamaluddin bin Ahmad sebagai Pengetua di SMK Seri Sendayan mulai 1 April 2011.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Senawang 3
Taman Marida
70450, Seremban
Negeri Sembilan, Malaysia
Telefon = 6066778013
Fax = 6066778253

Pautan luar[sunting | sunting sumber]