Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bukit Puteri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bukit Puteri
Nama lama "Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Besut"
Lokasi
 Malaysia Kampung Baharu, Kuala Besut, Malaysia, Kuala Besut, Terengganu Darul Iman
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6096917600
Kod sekolahTEA0076[1]
Faks6096917601


Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bukit Puteri atau dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Besut, atau nama ringkasnya SMKSBP, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Kampung Baharu, Kuala Besut, Malaysia.

Pada 2009, ekolah Menengah Kebangsaan Seri Bukit Puteri memiliki 241 pelajar lelaki dan 203 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 444 orang. Ia mempunyai seramai 38 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Besut ( nama lama ) telah mula beroperasi pada 14 Jun 2004. Sekolah ini ditubuhkan pada dasarnya untuk mengatasi masalah kesesakan pelajar yang rata-ratanya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Besut. Lantaran itu masyarakat setempat terutamanya di kawasan Kampung Baharu dan Kampung Gong Nering telah menyuarakan pendapat supaya sebuah sekolah ditubuhkan di kawasan tersebut demi kemudahan anak-anak mereka.

Pada awal penubuhannya, seramai 157 orang pelajar yang telah didaftarkan di sekolah ini dan terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan 1(65 orang), 2 ( 54 orang) dan 4 ( 38 orang ) yang sebelum ini kebanyakannya telah bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Besut dan Sekolah Menengah Kebangsaan Pelagat.

Dengan tertubuhnya Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Besut ini, masalah kesesakan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Besut telah dapat diatasi dan seterusnya membawa banyak manfaat kepada penduduk di sekitar sekolah ini. Pada bulan Oktober 2004 pula menyaksikan bermulanya tugas Pengetua yang pertama iaitu Tuan Hj Mohammad bin Othman di sekolah yang tersergam indah ini.

Pada 15 Januari 2009, nama Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bukit ditukar nama pula iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bukit Puteri ( SMKSBP ). Ini adalah memandangkan namanya hampir menyamai Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Besut. Jumlah Murid kini seramai 428 0rang iaitu 228 orang murid lelaki dan 200 orang murid perempuan dan 2 orang murid berbangsa Iban. Guru pula seramai 36 orang iaitu 22 orang guru lelaki dan 14 orang guru perempuan.[2]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

ekolah Menengah Kebangsaan Seri Bukit Puteri
Kampung Baharu, Kuala Besut, Malaysia
Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 6096917600
Fax = 6096917601

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]