Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bintang Utara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bintang Utara
Lokasi
Jalan 3/91, Taman Shamelin Perkasa,, Cheras,, Kuala Lumpur
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoKecemerlangan Tekad Kami
Slogan
Nisi Dominus Frustra
Nombor sekolah0392837924
Kod sekolahWEB0209
PengetuaPn Wan Noraida Binti Wan Nordin
GPK Pentadbiran dan AkademikEncik Kamal Ariffin Bin Khamisan
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPuan Noran Binti Mat Safri
Penolong Kanan KokurikulumPuan Grace Ong Bee Hwee
Faks0392837887
Laman sesawang


Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bintang Utara merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan 3/91, Taman Shamelin Perkasa, Cheras, Kuala Lumpur.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bintang Utara memiliki 373 pelajar lelaki dan 782 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1155 orang. Ia mempunyai seramai 79 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bintang Utara bermula sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Bukit Bintang yang dahulunya dikenali sebagai Bukit Bintang Girls School. Sekolah ini mula didirikan pada tahun 1893 di Jalan Brickfields dan pada tahun 1929 didaftar sebagai Chinese Girls School apabila berpindah ke Jalan Davidson.

Apabila sekolah baru Bukit Bintang Girls School dibina di Jalan Bukit Bintang, ia berpindah ke sana pada tahun 2000, dan tapak dipremis lamanya didaftar sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bintang Utara. Pada tahun 2001, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bintang Utara berpindah ke Taman Shamelin Perkasa, Cheras dan mula beroperasi sebagai sekolah satu sesi. Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bintang Utara adalah sebahagian daripada Kompleks Seri Bintang.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

  • Pada 2003, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bintang Utara menjadi sekolah harian terbaik bagi peperiksaan SPM 2003 di Kuala Lumpur.
  • Pada 2004, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bintang Utara sekali lagu muncul sebagai sekolah yang mempunyai calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) paling ramai mendapat semua A di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi kategori sekolah harian. Seramai 105 calon PMR 2004 sekolah itu mendapat semua A dan mendapat penghargaan oleh Yayasan Pendidikan Cheras.[1]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bintang Utara
Jalan 3/91,
Taman Shamelin Perkasa,
Cheras, Kuala Lumpur

Pautan luar[sunting | sunting sumber]