Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Jempol

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Jempol
JenisSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Kod sekolahNEA6011
Lokasi Malaysia Bandar Seri Jempol 72120, Bandar Seri Jempol,, Negeri Sembilan Darul Khusus, Malaysia
Telefon6064584061
Faks6064584102


Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Jempol atau nama ringkasnya SMK Seri Jempol, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Bandar Seri Jempol.[1]

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Jempol memiliki 418 pelajar lelaki dan 378 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 796 orang. Ia mempunyai seramai 62 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Jempol mula dibuka pada Januari 1998 dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Serting (F) dengan Tuan Haji Kamaruddin bin Ibrahim sebagai pengasas dan pengetua pertama yang berkhidmat di sekolah ini. Tugas beliau sebagai pengetua dibantu oleh Encik Mohd Nazri bin Hassan selaku Guru Penolong Kanan Akademik, Puan Rohani binti Daharum selaku Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Puan Anis Suraza binti Sued sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum. Pada peringkat awal penubuhan sekolah ini, jumlah kelasnya sebanyak 8 buah kelas Tingkatan 1. Manakala tenaga pengajar seramai 23 orang dengan jumlah murid seramai 320 orang.

Pada peringakat awal penubuhannya, Sekolah Menengah Kebangsaan Serting (F) hanya menumpang di Sekolah Kebangsaan (Felda) Serting 3 selama 3 tahun 10 bulan sebelum bangunan sebenar sekolah ini siap dibina. pada 5hb Mei, 2004 sekolah ini mula dikenali dengan nama yang baharu iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Jempol.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Jempol
Bandar Seri Jempol
72120, Bandar Seri Jempol
Negeri Sembilan, Malaysia
Telefon = 6064584061
Fax = 6064584102

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]