Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kandi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kandi
Lokasi
Jalan Padang Tembak, 36000, Teluk Intan, Perak Darul Ridzwan
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoSederap Melangkah ke Hadapan
Ditubuhkan3 Januari 2001
Nombor sekolah605-6221667
Kod sekolahAEA5080
Pengerusi PIBGTuan Hj Mohamad Zamhana bin Hj Ismail. PPT
PengetuaTn Hj Abdul Raof bin Yahaya
GPK Pentadbiran dan AkademikEn Mohamad Ramli bin Mokiat
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn Mohamad Asror bin Hanafi
Penolong Kanan KokurikulumEn Zubir bin Abu Hanifah
Faks605-6237521


Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kandi atau nama ringkasnya SMK Seri Kandi, merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Padang Tembak, Teluk Intan, Perak.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kandi memiliki 345 orang pelajar lelaki dan 337 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 682 orang. Ia mempunyai seramai 51 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada 23 Oktober 2000, dua orang guru telah diarahkan sebagai Pengurus Operasi (penjaga sementara) SMK Seri Kandi untuk mentadbir dan menguruskan sebuah sekolah baharu. Guru yang diamanahkan untuk menjalankan tugas tersebut ialah Encik Saleh Hudin bin Kamaruddin yang sebelum itu bertugas di SMK St Anthoney dan Encik Mohd Akhyar bin Ashaari yang sebelum itu bertugas di SMK Sultan Abdul Aziz.

Pada 1 Disember 2000, pengetua pertama dilantik iaitu Pn Napsiah binti Abu Talib iaitu Penolong Kanan SMK Convent Teluk Intan. Beliau menerajui kepimpinan SMK Seri Kandi yang mempunyai 19 orang kakitangan pada masa itu yang terdiri daripada 12 orang guru, seorang pembantu tadbir, seorang pembantu makmal dan 1 PAR dan 3 orang PRA.

SMK Seri Kandi mula beoperasi pada 3 Januari 2001 dengan bilangan pelajar seramai 175 orang. Pelajar-pelajar tersebut datangnya dari sekolah-sekolah

  1. SK Selabak
  2. SJK (C) Batu 12
  3. SJK (T) Ladang Natesa Pillay
  4. SJK (T) Dato Sithambaram Pillay
  5. SJK (T) Ladang Selaba

Pada 24 Jun 2004, SMK Seri Kandi telah disempurnakan perasmiannya oleh DYMM Sultan Azlan Shah, Sultan Perak ke-34.

Asal usul nama Seri Kandi[sunting | sunting sumber]

Nama SMK Seri Kandi telah dipilih oleh Jabatan Pelajaran Perak. Seri bermaksud sekolah alaf baru. Nama Kandi telah dipilih oleh Pengarah Jabatan Pelajaran Perak iaitu Tuan Hj Adnan bin Hj Ibrahim. Kandi bermaksud kesatria. SMK Seri Kandi diwujudkan untuk mengantikan SMK Convent Teluk Intan. Pada waktu itu, dicadangkan pelajar SMK Convent dipindahkan ke SMK Seri Kandi tetapi cadangan tersebut tidak dapat dilaksanakan.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kandi
Jalan Padang Tembak
36000, Teluk Intan
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 605-6221667
Faks = 605-6237521

Pautan luar[sunting | sunting sumber]