Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mutiara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mutiara
Lokasi
31/119 Taman Taynton View, 56000 Cheras, Kuala Lumpur
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, sekolah kerajaan
MotoBerusaha, Berilmu, Berbakti
Nombor sekolah039-132 5370
Kod sekolahWEA0250
PengetuaAziah binti Ahmad
Faks039-132 6550


Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mutiara atau SMK Seri Mutiara ialah sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Cheras, Kuala Lumpur, Malaysia.

Lencana Sekolah[sunting | sunting sumber]

DUA MUTIARA Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mutiara bukan sahaja menekankan kemajuan kurikulum tetapi juga kemajuan kokurikulum.

LAMBANG OBOR Melahirkan pelajar yang bersemangat tinggi serta berkeyakinan diri. 

RODA GEAR Kemajuan dalam teknologi moden. 

GEGELANG ROTAN Mengutarnakan kegiatan kokurikulum 

LAMEBANG GLOB Menguasai ilmu tanpa sempadan 

LAMBANG ATOM Menekankan kemajuan dalam kurikulum meialui sains dan teknologi. 

WARNA PUTIH  Melahirkan pelajar yang memiliki hati yang suci dan ikhas serta berperibadi mulia. 

Falsafah Pendidikan Kebangsaan[sunting | sunting sumber]

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran mayarakat dan negara. 

Piagam Pelanggan[sunting | sunting sumber]

Kami warga pendidik Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mutiara berikrar akan memberi perkhidmatan terbaik kepada warga sekolah, ibu bapa, masyarakat sekitar, Pejabat Pelajaran Daerah, iabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Kami akan :  

  • Menunjukkan etika kerja yang berhemah, bermutu dan cemerlang.
  • Memperkasakan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mutiara dengan memastikan pembangunan intelektual dan sahsiah dalam kalangan murid.
  • Memastikan pengurus dan semua staf mempunyai tahap profesionalisme dan kualiti kepimpinan yang tinggi.

Misi Sekolah[sunting | sunting sumber]

MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA 

Visi Sekolah[sunting | sunting sumber]

PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA 

Moto Sekolah[sunting | sunting sumber]

BERUSAHA BERILMU BERBAKTI 

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Tahun 2005[sunting | sunting sumber]

Pada 31 Januari 2005, SMK Seri Mutiara telah memulakan sesi persekolahannya. Terdapat seramai 18 orang guru dan pentadbirannya diketuai oleh Puan Hajah Sa'amah bt Muhayat sebagai pengetua pertama. Terdapat 8 buah kelas dengan jumlah pelajar seramai 268 orang.

Tahun 2006[sunting | sunting sumber]

Pada tahun kedua penubuhannya, jumlah murid di sekolah ini telah meningkat kepada 630 orang. Pelbagai kejayaan mula dicapai oleh murid sekolah ini. Antaranya termasuklah merangkul kejuaraan dalam pertandingan Gimnastik Artistik pada peringkat MSSKL dan memperoleh satu pingat emas dalam pertandingan MSSM.

Tahun 2007[sunting | sunting sumber]

Bermula pada 16 Julai 2007, SMK Seri Mutiara mendapat seorang pengetua baru iaitu Puan Hajah Halimah binti Haron bagi menggantikan Puan Hajah Sa'amah bt Muhayat yang bertukar ke SMK Padang Tembak. Bermula pada tahun ini juga, kawasan sekolah telah dilengkapi dengan sistem keselamatan CCTV

Tahun 2008[sunting | sunting sumber]

Pada tahun ini, terdapat penambahan dari segi pentadbiran di sekolah ini. Encik Mohd Nazri bin Siweng telah dilantik sebagai Ketua Bidang Bahasa, Puan Hajah Rohayah binti Ishak dilantik sebagai Ketua Bidang Teknik dan Vokasional, Puan Anita a/p Paramaswaran sebagai Ketua Bidang Kemanusiaan, manakala Puan Teh Lay Choo sebagai Ketua Bidang Sains.

Tahun 2009[sunting | sunting sumber]

Jumlah guru pada tahun ini bertambah kepada 92 orang dan jumlah murid ialah 1450 orang. Perubahan pentadbiran berlaku apabila Puan Sasikala K.M Nair dan Puan Tan Ah Gan bertukar ke jawatan Guru Cemerlang. Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum disandang oleh Encik Abdul Aziz bin Md Hashim dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid disandang oleh Puan Yean Hoor Shian. Encik Mohd Nazri bin Siweng pula dilantik sebagai Penolong kanan Kokurikulum manakala Puan Hajah Rohayah binti Ishak sebagai Penolong Kanan Petang. 

Tahun 2010[sunting | sunting sumber]

Pada tahun ini, Puan Rosmalaili binti Nawawi telah dilantik ke jawatan Ketua Bidang Teknik dan Vokasional manakala Encik Chee Yu Fook menjadi Guru Cemerlang Pendidikan Jasmani. Pada tahun yang sama, SMK Seri Mutiara telah menerima Anugerah Pencapaian Peningkatan  Ketara Peratus Lulus bagi mata pelajaran Fizik, Kimia dan  Biologi serta Anugerah Pencapaian Peningkatan Prestasi Gred Purata Sekolah dalarn peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2009.  

Tahun 2011[sunting | sunting sumber]

Makmal Komputer kedua telah dibangunkan oleh PIBG sekolah ini manakala Pusat sumber juga telah diubahsuai. Satu projek memasang pendingin hawa di semua kelas telah dirancang dengan mengadakan Karnival SMK Seri Mutiara yang bertujuan mengutip dana berjumlah RM130 ribu untuk membiayai pemasangan kemudahan tersebut. 

Tahun 2012[sunting | sunting sumber]

Pada Mac 2012, Pengetua sekolah ini Puan Hajah Halimah binti Haron telah dinaikkan pangkat sebagai Ketua Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Beliau digantikan oleh Encik Mohd Amir bin Abdul Ghani sebagai pengetua yang ketiga di sekolah ini. Beberapa kemudahan telah ditambah meliputi pemasangan penghawa dingin di semua kelas dan pembinaan sebuah gelanggang futsal untuk kegunaa'n murid sekolah ini. 

Tahun 2013[sunting | sunting sumber]

Jumlah murid pada tahun ini ialah 1415 orang manakala jumlah guru pula ialah 83 orang. Pada tahun ini P1BG telah menambah kemudahan pengajaran dan pembelajaran di beberapa buah kelas meliputi pemasangan peralatan ICT, menukar pintu bilik darjah dengan pintu besi serta memasang penghawa dingin di Dewan SMK Seri Mutiara. Dua buah bilik telah dibaik pulih untuk dijadikan Bilik Fail bagi memudahkan pengurusan sekolah. Pada 15 Disember 2013, seorang guru di sekolah ini iaitu Encik Saari bin Md Tahir telah bersara daripada perkhidmatan. 

Tahun 2014[sunting | sunting sumber]

Jumlah guru pada tahun ini bertambah kepada 85 orang dan jumlah murid ialah 1356 orang. Kemudahan pengajaran dan pembelajaran seperti pemasangan peralatan ICT telah dibuat di semua kelas. Dua buah bilik yang asalnya bilik kejuruteraan telah diubahsuai untuk dijadikan bilik seminar. Bilik pengawas juga telah diberikan kepada Panitia Sivik dan Kewarganegaraan dan Panitia Pendidikan Moral sebagai bilik bagi panitia tersebut. 

Tahun 2015[sunting | sunting sumber]

Pada awal sesi persekolahan bermula, Pn.Yusaslinda bt Mohd Yunus telah dilantik sebagai Guru Kanan Kemanusiaan bagi menggantikan Pn.Anita a/p Parameswaran yang telah dilantik menjadi Penolong Kanan Petang pada hujung tahun lepas. Tahun ini merupakan tahun pertama pintu gerbang sekolah dibina dan dirasmikan pada hunting bulan Februari. Selain itu, bilik gimnasium bawah dan bilik ADP telah diubahsuai menjadi Dewan Mesra dan Bilik Galeri Ilmu . Pada April 2015, pengetua sekolah En.Mohd Amir b Andul Ghani telah bertukar ke SMK Bandar Tun Razak Dan digantikan oleh Pn.Shabariah bt Mohd Sidik. Pada bulan Julai 2015, Cik Yong Mee Heng telah bersara daripada perkhidmatan

Tahun 2016[sunting | sunting sumber]

Pada Tahun ini, Hari Karnival telah dilaksanakan untuk membeli 'sorter paper' dan grill tingkap. Program Titian Kasih juga telah diadakan bagi mengelakkan perkongsian antara ibu bapa dan guru. Pada hujung bulan Ogos 2016, Pn Diana Vijianthi Patricks telah bersara daripada perkhimatan

Tahun 2017[sunting | sunting sumber]

Karnival mini telah diadakan pada tahun ini bagi mengumpul dana untuk program pembangunan sekolah. Ianya telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Selain itu, Pengetua SMK SERI MUTIARA iaitu Pn. Shabariah Mohd Sidik telah bersara dan jawatan Pengetua telah diambil alih oleh Pn Aziah binti Ahmad. Pn.Tan Ah Gan, Pn.Nor Atiah dan Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum, Pn.Sabariah binti Mustanuddin juga telah bersara pada tahun ini.

Pada tahun ini juga, Bilik Frog telah diwujudkan bagi memantapkan lagi penggunaan VLE FROG dalam kalangan warga SMK Seri Mutiara.

Tahun 2018[sunting | sunting sumber]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mutiara
Jalan 31/119, Taman Taynton View, Cheras, Kuala Lumpur
Telefon = 391325370
Fax = 391326550

Pautan luar[sunting | sunting sumber]