Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Payong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Payong
Lencana Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Payong.jpg
Lokasi
Kampung Bukit Payong , Marang , Malaysia, Marang, Terengganu Darul Iman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoILMU SULUH HIDUP Mesra, Cepat, Berkualiti
Nombor sekolah6096191236
Kod sekolahTEA4020[1]
PengetuaTUAN HAJI ZAKARIA BIN JUSOH
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEN. CHE ASNU BIN ABD WAHAB
SingkatanSESPA
Faks6096191162


Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Payong atau lebih dikenali sebagai SESPA, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Pekan Bukit Payong , Marang , Malaysia.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Payong memiliki 584 pelajar lelaki dan 512 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1096 orang. Ia mempunyai seramai 69 orang guru.2009

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Payong adalah sebuah sekolah menengah harian bantuan penuh kerajaan yang terletak di Marang, Bukit Payong, Terengganu. Sekolah ini terletak kira-kira 12 kilometer dari pusat Bandaraya Kuala Terengganu. SMK Seri Payung mula beroperasi pada bulan 19 Mac, 2006.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pembinaan sekolah ini telah dimulakan pada tahun 2002 dan ia mula dibuka secara rasmi pada 19 Mac, 2006. Pada mulanya, nama sekolah ini dicadangkan sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Payong Jaya. Akan tetapi, setelah berbincang dengan beberapa pihak, nama Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Payong akhirnya dipilih.

Pada peringkat awal dibuka, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Payong hanya menampung pelajar tingkatan satu, dua dan empat sahaja. Terdapat empat kelas sahaja dalam tingkatan empat yang kesemuanya terdiri daripada aliran Kesusasteraan. Bagi tingkatan satu dan dua, jumlah kelas masing-masing ialah lapan kelas. Pada tahun 2007 kumpulan pertama pelajar sekolah ini telah mengambil peperiksaan Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia.

Dari aspek kurikulum, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Payong memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran tepat pukul 7.40 pagi. Sebelum bermulanya sesi pengajaran dan pembelajaran perhimpunan pagi diadakan selama lebih kurang 10 minit setiap hari sebagai saluran untuk mendidik pelajar supaya mendengar arahan dan mematuhi peraturan sekolah selain daripada menyampaikan maklumat dan nasihat. Perhimpunan mingguan pula diadakan pada setiap hari Ahad.

Lencena Sekolah[sunting | sunting sumber]

merupakan kemegahan sesebuah sekolah. Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Payong mempunyai lencananya yang tersendiri. Lencana ini sentiasa tersemat di baju pelajar-pelajar ini. Lencana ini didasarkan atas cogan kata " ILMU SULUH HIDUP".


LAMBANG

BUKU - melambangkan khazanah ilmu pengetahuan yang tiada penghujung

GLOB - pada latar belakang warna kuning melambangkan hasrat pendidikan yang global dan bertaraf dunia

SIMBOL SIBER - melambangkan pendidikan bestari dan teknologi maklumat

BULATAN 3 - melambangkan pelajar yang kompentitif, inovatif dan kreatif berada dalam kedudukan yang tinggi dalam semua bidang


WARNA

UNGU - melambangkan mewakili warna Daerah Marang

MERAH - melambangkan jati diri dan keberanian

KUNING - melambangkan lambang Diraja dan keceriaan

BIRU - melambangkan keharmonian dan kesejahteraan

Kemudahan infrastruktur dan kelengkapan[sunting | sunting sumber]

Bangunan sekolah[sunting | sunting sumber]

SMK Seri Payung memiliki 6 buah blok bangunan akedemik, sebuah bangunan surau dan kantin.

Kemudahan-kemudahan asas

•Bilik pengetua

•Bilik-bilik Guru Penolong Kanan

•Pejabat Sekolah

•Bilik Guru-guru Kanan Mata Pelajaran

•Bilik Guru

•Bilik Peperiksaan

•Bilik Pantri

•Bilik Kerja

•Bilik Kauseling

•Bilik Mesyuarat

•Bilik Rawatan

•Stor Pusat

•Bilik Operasi SPBT

•Tandas

•Bilik Persalinan PJK

•Koperasi

•Perpustakaan

•Bilik Tayangan

•Surau

• Makmal Sains

• Bilik Handicraft dan Art Work

•Bilik Lukisan Kejuruteraan

•Bilik Seni Visual

•Makmal Komputer

•Bilik Muzik

•Kantin

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

ILMU SULUH HIDUP

Sungguh indahnya namamu disebut,

Tempat berteduh kami menuntut ilmu,

Menjujung cita, Falsafah, Pendidikan,

Lahirkan insan seimbang,.


Kami sematkan cita-cita luhur,

Menjadi insan berguna dan berilmu,

Terima kasih ayah ibu,

Terima kasih cikgu,

Akan kami sempurnakan harapan mu,.


Ilmu Suluh Hidup tercipta,

Untuk realisasikan wawasan,

Ilmu Suluh Hidup ternyata,

Menerangi langkah masa depan,

SMK Seri Payong, Marang,.

Lagu/Lirik: Che gu Mang, Azman Abdullah

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Visi dan Misi[sunting | sunting sumber]

VISI

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI

melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Payong
Kampung Bukit Payong , Marang , Malaysia
Terengganu Darul Iman,  Malaysia
Telefon = 6096191236
Fax = 6096191162


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

https://www.youtube.com/channel/UCu5wGFeUUcDprp6j5Wpo0Pw