Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pekan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pekan
MotoCemerlang Sekarang,Cemerlang Akan Datang
JenisSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan, Sekolah Rancangan Khas, Sekolah Aliran Agama, Sekolah Konsep Berasrama Penuh, Sekolah Model Khas, Sekolah Projek Indera Shahbandar Pahang, Sekolah Bestari Malaysia, Sekolah Kluster Kecemerlangan
PengetuaPuan Zahamana Binti Zainuddin
Penolong Kanan Pentadbiran dan AkademikPuan Hajah Nik Zaitun Binti Nik Abdullah
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridTn Hj Mohd Kamar Bin Hashim
Penolong Kanan KokurikulumEncik Mohd Halim Bin Hussin
Pengerusi PIBGEncik Mohd Arif Bin Zakaria
Kod sekolahCEA5074
LokasiBandar Baru Peramu 26600, Pekan,, Pahang Darul Makmur,  Malaysia
Kemasukan PelajarDarjah 4 - Tingkatan 5
Nama singkatanSMKSP
Laman sesawangSekolah Menengah Kebangsaan Seri Pekan
Telefon6094264221
Faks6094264220


Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pekan atau nama ringkasnya SMK Seri Pekan, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Bandar Baru Peramu.

Pada 2018, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pekan memiliki murid seramai 463 orang. Ia mempunyai seramai 59 orang guru.2018

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Konsep asal penubuhan SISP ini adalah merealisasikan hasrat Menteri Pendidikan Malaysia pada waktu itu iaitu YB Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak semasa pertemuan dengan Pengarah Pelajaran Pahang pada 24 November 1996. Dua buah sekolah rintis yang dipilih ialah SMK Seri Pekan dan SM Clifford, Kuala Lipis.

Pembangunan sekolah ini melalui satu proses evolusi yang bermula dengan pembinaan:

  • Bangunan Sekolah  1996
  • Dua blok asrama 1997
  • Tambahan 2 blok asrama 2000
  • Dewan dan surau 2001

Dalam bangunan yang sama juga ditempatkan 5 blok Kuarters Institusi Pendidikan yang menampung hampir 150 keluarga kakitangan pelajaran. Keluasan keseluruhan tapak ialah 38 ekar yang merangkumi sekolah, asrama, rumah guru dan Kuarters Institusi Pendidikan.

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pekan[sunting | sunting sumber]

Falsafah Sekolah

Sebagai insan,pelajar-pelajar mempunyai hak untuk mendapat pendidikan. Mereka boleh dididik dan diajar serta boleh mencapai kejayaan. Sekolah bertanggungjawab mendidik dan mengajar mereka untuk menjadi insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani.


Visi

1997 - Menitiskan pendidikan cemerlang oleh pendidik cemerlang dengan budaya khidmat cemerlang supaya pelajar berterusan cemerlang untuk kecemerlangan agama,bangsa dan negara.
2006 - Sekolah Harapan Negara 2008
2008 - Sekolah Cemerlang 2008
2009 - Sekolah Cemerlang 2013
2014 - Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera


Misi

  1. Memastikan pencapaian kurikulum sentiasa cemerlang
  2. Melibatkan pelajar secara menyuluruh dalam kokurikulum dan membina sekolah berwatak
  3. Mewujudkan persekitaran yang kondusif
  4. Memupuk nilai murni dan sahsiah yang terpuji
  5. Mewujudkan pengurusan yang cekap dan berkesan

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Tajuk : Cemerlang Sekarang Cemerlang Akan Datang


SMKSP pasti kami sanjungi

Kecemerlangan duniawi ukhrawi

Membentuk diri,jiwa dan minda

Kamil dan berkarisma

Cemerlang sekarang cemerlang akan datang

Kalimah kearah kejayaan

Sama seiring para guru tercinta

Mendidik kami memertabatkan ummah

Wadah kami untuk perjuangan

Ilmu amal bestari

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pekan

Menuju era kegemilangan


Pencipta : Azhar Ali/Amri Aminullah

[sunting | sunting sumber]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

2007: Sekolah Harapan Negara 2007

2011: Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK)

Kebitaraan Akademik : Bahasa Inggeris
Kebitaraan Kokurikulum: Kriket

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pekan
Bandar Baru Peramu
26600, Pekan
Pahang,  Malaysia
Telefon = 6094264221
Fax = 6094264220

Pautan luar[sunting | sunting sumber]