Pergi ke kandungan

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak
Logo SMK Seri Perak
Lokasi
Teluk Intan, Hilir Perak, Perak
Malaysia
Maklumat
Jenis pembiayaanSekolah Kerajaan
MotoGembleng Tenaga Untuk Jaya
Ditubuhkan1957
Autoriti pendidikanPPD Hilir Perak
SesiPagi
Nombor sekolah05-6221707
Kod sekolahAEA5073
PengetuaPuan Sainatul Azimah binti Kamaruzzaman
(Mac 2026 - kini)
SloganSEMARAK Excellent
Faks05-6227573


Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak atau nama ringkasnya SMK Seri Perak, merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Changkat Jong, Teluk Intan, Perak, Malaysia.

Sekolah ini yang dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Telok Anson telah dibuka pada tahun 1957 tetapi dinamakan secara rasminya pada tahun 1965. Sekolah tersebut yang terkenal dengan akronim SEMARAK dalam kalangan warga sekolah, merupakan salah sebuah sekolah tertua yang menyediakan Aliran Melayu di seluruh Malaysia. Pada tahun 1998, sekolah ini secara rasminya dijadikan sebuah Sekolah Bestari.

Pada tahun 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak terdiri daripada 110 orang guru serta 704 orang pelajar lelaki dan 665 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan pelajar seramai 1369 orang.2009

Sejarah dan latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini bermula pada tahun 1957 dengan nama Sekolah Menengah Telok Anson sempena nama Telok Anson. Semasa zaman awal penubuhannya, kebanyakan pelajar terpaksa belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz, Teluk Intan sementara bangunan sekolah ini masih dalam peringkat pembangunan. Pada tahun 1964, semua proses pembinaan telah lengkap. Ia telah dirasmikan oleh Sultan Idris Shah, sultan bagi negeri Perak pada ketika itu pada 17 Januari 1965. Pada masa yang itu, sekolah tersebut masih lagi kekurangan kemudahan kerana hanya beberapa blok sahaja yang dibina termasuklah beberapa buah kelas, makmal sains, sebuah bilik subjek Ekonomi Rumah Tangga (ERT), asrama pelajar lelaki, dan dua buah rumah untuk guru. Pada tahun 1971, beberapa lagi blok telah ditambah seperti Dewan Besar, blok untuk makmal untuk subjek seperti Fizik, Kimia, dan Biologi.

Sempena memperingati Negeri Perak, sekolah itu telah dinamakan semula pada tahun 1974 dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak menggantikan nama Sekolah Menengah Telok Anson, diikuti oleh pembentukan Aliran Sains Tingkatan 6.

Pada 1986, 3 buah lagi bangunan telah dibina termasuk 10 buah kelas dan sebuah bilik kakitangan sekolah dan telah dibuka oleh Yang Berbahagia bekas Menteri Besar negeri Perak, Dato' Sri Ramli Ngah Talib. Pada 1995 sebuah dewan syarahan termasuk beberapa buah lagi pada tahun 2002 dan tahun 2007.

Pada 1998, sekolah ini telah dipilih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai Sekolah Bestari. Pemilihan ini amat membanggakan kerana hanya 9 buah sekolah sahaja dari Negeri Perak yang terpilih menyertai Projek Rintis Sekolah Bestari ini, yang melibatkan 90 buah sekolah di seluruh Malaysia.

Pada 2018, sekolah ini telah dipilih oleh MDEC sebagai #digitalmaker Champion School. Hanya sekolah ini sahaja yang dipilih di negeri Perak dengan 26 buah sekolah di Malaysia. Melalui program ini, sekolah akan ditransformasikan untuk membudayakan inovasi digital melalui program-program #digitalmaker yang memberi tumpuan kepada kemahiran abad 21 dan teknologi digital. Sekolah juga memperolehi sebuah Digital Maker Hub yang mempunyai ruang kreatif untuk pelajar menghasilkan inovasi digital. Kemudian, pada 2019, sekolah ini telah dipilih sebagai sekolah TS25 Kohort 4.

Maklumat sekolah

[sunting | sunting sumber]

1. Encik V. Shanmugam (Januari 1964 – Februari 1964)

2. Encik Foong See Toon (Februari 1964 – Januari 1965)

3. Tuan Haji Zainal Adnan bin Yang Yahya (Januari 1965 – Oktober 1972)

4. Encik Zainuddin Yeop bin Mat Tamin (Oktober 1972 – Mac 1974)

5. Encik Rozalli bin Nordin (Mac 1974 – April 1977)

6. Tuan Haji Mohd Arif bin Osman (April 1977 – Oktober 1978)

7. Encik Adnan bin Bashah (November 1978 – Disember 1979)

8. Encik Zainal Abidin bin Haji Abdullah (Januari 1980 – Februari 1992)

9. Tuan Haji Abdullah bin Othman (Februari 1992 – Julai 1997)

10. Encik Shaharuddin bin Atan (Oktober 1997 – Julai 1999)

11. Puan Hajah Nor Ainy binti Abd Hamid (Julai 1999 – 19 September 2007)

12. Encik Muhd Suod bin Mat Thani (22 Mei 2008 – 31 Januari 2009)

13. Pn Hajah Naimah binti Ali (16 Mac 2009 – 19 Oktober 2011 )

14. Tuan Haji Masri bin Suwarto (01 November 2011 – 01 Ogos 2016)

15. Tuan Haji Mohamed Shafie bin Abd Karim (16 Oktober 2016 – Oktober 2017)

16. Puan Sanafiza binti Salim (20 Disember 2018 – Mei 2022)

17. Puan Norhuda binti Jailani (Jun 2022 – Januari 2024)

18. Puan Julia binti Mustafa (Februari Februari 2025 - Mac 2026)

19. Puan Sainatul Azimah binti Kamaruzzaman (Mac 2026 - kini)


Perisai ini terbahagi kepada tiga bahagian. Di bahagian tengah yang berwarna merah bermaksud kesungguhan. Warna lain yang turut digunakan ialah hitam, putih, dan kuning yang merupakan warna rasmi bendera negeri Perak. Di bahagian tengah jata ini terdapat lambang relung bunga padi yang mengelilingi buku yang melambangkan ilmu pengetahuan. Menembusi lambang buku itu ialah obor yang melambangkan "Obor Ilmu Pengetahuan".

Lagu sekolah

[sunting | sunting sumber]

Kami Pelajar Sekolah Seri Perak
Tumpukan tenaga pasti tetapkan berjaya*
Tujuan kami bersih, suci, dan murni
Nama yang tertinggi tetap kami hormati

(Korus)
Marilah kita bekerjasama
Tinggikan taraf kita
Buktikan setia setiap masa
Kuatkan semangat cita-cita
Kami pelajar perlu pimpinan murni
Semangat berkobar untuk bangsa dan negara

  • Untuk baris kedua lirik ini, lirik asal sebelum diolah pada tahun 1993 ialah, "Berikrar berusaha, belajar terus belajar".
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak,
Jalan Changkat Jong,
36000 Teluk Intan,
Perak Darul Ridzuan,
Malaysia
Telefon : 05-6221707
Faks : 05-6227573

Sejak penubuhannya, ramai bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak yang telah menempa kejayaan dalam bidang masing-masing. Antara alumni sekolah ini yang dikenali ramai ialah;

  • Tan Sri Dato' Haji Alimuddin bin Haji Mohd Dom, Pengerusi Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) merangkap bekas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia - alumni tahun 1968.
  • Dato’ Jamal Ubaidillah bin Haji Mohd Ali (lebih dikenali sebagai Dato' Jamal Abdillah); penyanyi, pelakon dan ahli perniagaan - alumni tahun 1972 (Tingkatan Satu) - 1974 (Tingkatan Tiga).[1]
  • Kevin Zahri, jurulatih kecergasan - alumni tahun 1994-1995 (calon Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) tahun 1994).
  • Mohammad Hafiz bin Hamidun (lebih dikenali sebagai Hafiz Hamidun); penyanyi, komposer, penerbit rakaman, penulis lirik dan ahli perniagaan - alumni tahun 2000 (Tingkatan Empat) - pertengahan 2002 (Tingkatan Enam Rendah).

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Jasbindar, Freddie Aziz (2018-03-26). "Perjalanan Dalam Bidang Seni, Jamal Abdillah Dari Teluk Intan". Orangperak.com. Dicapai pada 2026-03-27.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]