Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Serdang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Serdang
Moto Benar, Indah, Bernas
Ditubuhkan 1983
Dirasmikan 2 Julai 1994 (22 tahun)
Jenis Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Pengetua Datin Kamariah bt Mohamad
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik Pn. Nor Riha bt Zakaria
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid En. Shukri b. Ismail
Penolong Kanan Kokurikulum YM Tengku Norhayati Binti Tengku Mohamed
Kod sekolah BEA8606
Lokasi Taman Seri Serdang Seri Kembangan, Selangor, MAS
Kemasukan Pelajar Tingkatan 1-5,Tingkatan 6(Pra Universiti)
Nama singkatan SMK Seri Serdang
Laman web Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Serdang
Telefon 03-89489199
Faks 03-89488995


Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Serdang atau nama ringkasnya SMK Seri Serdang, ialah sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Taman Seri Serdang, Seri Kembangan, Selangor.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Serdang memiliki 1029 pelajar lelaki dan 1052 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 2081 orang. Ia mempunyai seramai 153 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Asal-usul nama Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Serdang ialah dari sebatang pokok yang bernama “Serdang”. Nama “Serdang” ini mula digunakan sejak sekolah ini mula dibuka lagi iaitu pada 2 Januari 1983. Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Serdang ini pada asalnya kawasan yang rata dan bersebelahan dengan bekas lombong bijih timah yang kini ditebus guna untuk dijadikan taman rekreasi. Tempat ini dipilih kerana amat sesuai didirikan sekolah serta berdekatan dengan kawasan perumahan. Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Serdang telah dirasmikan penubuhannya 2 Julai 1994 oleh yang berhormat Dato’ Amar Dr. Sulaiman bin Haji Daud, Menteri Pendidikan Malaysia ketika itu.

Kali pertama sesi persekolahan hanya dua blok bangunan iaitu BLOK A dan BLOK B, sebuah kantin, dan sebuah bangunan bengkel seni perusahaan, Oleh itu, bangunan BLOK D dibina pada tahun 1987. Tahun berikutnya, bangunan 3 tingkat BLOK C dirancang pembinaanya pada tahun 1991. Bangunan ini dapat menampung 14 buah kelas dan 3 buah bilik makmal sains. Pertambahan penduduk di kawasaan Serdang menyebabkan sekolah masih menghadapi masalah kekurangan kelas, Maka pada tahun 1992, bangunan kayu (BLOK E) dibina. Bangunan segera lagi dibina untuk mengatasi kekurangan kelas pada tahun 1994 iaitu BLOK F. Pada bulan Jun 1993, bangunan milik pemaju perumahan Seri Serdang diambil alih oleh pihak sekolah untuk dijadikan bangunan pejabat pentadbiran sekolah.

Kini SMK Serdang mampu menampung 72 buah kelas, 6 Makmal Sains, sebuah Perpustakaan, Bilik Audio Visual, Bilik Guru, Bilik Pengawas, Bilik Sukan, Bilik Koperasi, Surau, Pusat Tarbiah, Bilik Jahitan, Bilik Masakan, Café Seri, Bilik Landskap, Dewan Seri, Gelari Inovatif. Kewujudan pelbagai bilik bantuan menjana kecermerlangan akademik dan kokurikulum.

Untuk membantu perkembangan fizikal dan mental pelajar, gelanggang badminton dan bola keranjang menjadi medan pelajar untuk mengeluarkan peluh untuk menyihatkan badan. Pembentukan persekitaran yang kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran telah merangsangkan pihak sekolah menyediakan 2 buah pondok bacaan yang dikelilingi oleh kehijauan flora. Udara yang segar dapat membantu anak didik mencetus ilham yang bernas sepanjang sesi persekolahan mereka.

Pada tahun 2003, warga pejabat telah mendapat satu ruang yang lebih selesa untuk menjalankan perkhidmatan mereka di tingkat 1 BLOK A baru.Pada tahun 2012,sebuah bengkel dan studio Mata Pelajaran Vokasional Landskap(MPV Landskap) telah siap dibina untuk dimanfaatkan oleh pelajar yang memilih mata pelajaran elektif ini.Sebuah Astaka Kooperasi telah dibina pada tahun 2013 untuk tujuan tapak perhimpunan bagi murid-murid sesi petang dan aktiviti-aktiviti lain juga menggunakan ruangan ini secara efektif.

Senarai Pengetua SMK Seri Serdang 1982-2014[sunting | sunting sumber]

En. Chew Fong 2-1-1982 - 27-1-1986

En. Jaafar Bin Othman (H.S.C.) 1-2-1986 - 7-4-1986

Tuan Haji Sidek Bin Abdul Ghani (S.P.M.) 1-3-1986 - 31-7-1986

En. Ahmad bin Mansor (H.S.C.) 1-8-1987 - 1-1-1988

Allahyarham En. Abdullah bin Munam (S.T.P.M.) 1-2-1988 - 31-12-1989

En. Ismail bin Harun (B. A. Hons) 1-1-1989 - 15-6-1992

Puan Ramlah Bt. Hj. A. Rahman (B. A. Hons) 16-6-1992 - 15-10-1992

Allahyarham En. Abdul Haziz Bin Kidam (B. A. Hons) 16-10-1992 - 28-2-1994

Allahyarham En. Supian bin Ismail (B. A. Hons) 1-3-1994 - 17-12-1995

Pn. Fouziah Bt. Hj. Abd. Majid (B. A. Hons) 18-12-1995 - 15-4-2003

Datin Faizah Bt. Yusoff 16-4-2003 - 16-7-2014

Datin Kamariah Bt. Mohamad 16 Oktober 2014 - Sekarang

Lencana sekolah[sunting | sunting sumber]

Lencana Sekolah Menegah Kebangsaan Seri Serdang telah direka cipta oleh Encik Chew Fong, selaku Pengetua pertama sekolah ini

Lagu Sekolah SMKSS[sunting | sunting sumber]

SMK SERI SERDANG BERDIRI MEGAH DALAM TAMAN BERSAMA MENYEMAI TUNAS WAWASAN MEMBINA MERCU KEMAJUAN

GURU GURU PENUH DEDIKASI AMANAH DALAM TANGGUNGJAWAB GIGIH MENDIDIK PUTRA PUTRI TERSAYANG MEMBENTUK INSAN YANG SEIMBANG

BENAR,INDAH,BERNAS INILAH MOTO KEBANGGAAN VISI KAMI JELAS MELUNCUR KEGEMILANGAN LAKSANAKAN MISI TERAS USAHA DALAM PENINGKATAN SELANGKAH BERSAMA CEMERLANG KERJA IKHLAS SEPASUKAN

SMK SERI SERDANG PENGURUSAN CEKAP DAN BERKESAN CERIA,SELAMAT,BERSIH SEKITARNYA PRASARANA DAN PROGRAM SEIRINGAN

SMK SERI SERDANG NAMAMU TETAP DIJULANG BANGGA MENJADI WARGAMU YANG SETIA DOA KAMI IRINGI SENTIASA

Visi[sunting | sunting sumber]

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera.

Misi[sunting | sunting sumber]

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.

Objektif Sekolah[sunting | sunting sumber]

Melahirkan Insan Yang Patuh Pada Tuhan

Melahirkan Pelajar Yang Cemerlang Dari Segi Akedemik Dan KoKurikulum

Melahirkan Pelajar Yang Berbakat Dalam Bidang Sukan,Kesenian Dan Sains

Melahirkan Pelajar Yang Celik IT

Melahirkan Pelajar Dengan Kemahiran Serba Guna

Melahirkan Pelajar Yang Berdisiplin Dan Pekerti Mulia

Mewujudkan Iklim Sekolah Yang Ceria

Mewujudkan Budaya Yang Profesional Dan Beretika Dalam Kalangan Staf Sekolah

Mewujudkan Budaya Kerja Yang Berpasukan Dalam kalangan Guru

Melahirkan Pelajar Yang Mementingkan Kebersihan

Menjalinkan Kerjasama Yang Erat Dengan Ibubapa Dan Komuniti

Falsafah Sekolah[sunting | sunting sumber]

Pendidikan Di Sekolah Ini Ialah Satu Usaha Yang Berterusan Ke Arah Kejayaan Akademik,Kokurikulum Dan Sahsiah Pelajar Yang Seimbang Dan Harmonis Dari Segi Intelek,Rohani,Emosi Dan Jasmani.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

1.MMU Invitational Teakwondo Tournament 2014 - Mohammad Amirul Haziq Bin Zakiruddin & Farah Farhanah Binti Abdul Rahim ( 3 Emas 1 Perak)

2.Pasukan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen (JOHAN) yang diwakili oleh Muhammad Hazimi Bin Ismail, Anis Sakinah Binti Mohd, Janaarthanan A/L Jivananthan, Daniel Fikhry Bin Che Rosli dan Nur Fara Fadilah Binti M.Yasid.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Serdang
Taman Seri Serdang
Selangor,  Malaysia
Telefon = 0389489199
Faks = 0389488995

Pautan luar[sunting | sunting sumber]