Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tanjung, Selangor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tanjong
Lokasi
Jalan Tanjong Keramat, KUALA SELANGOR, Selangor
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoHidup Biar Berbakti
Nombor sekolah+0332891164
Kod sekolahBEA3074[1]
PengetuaPARTIBAN A/L SUBRAMANIAM
Faks+603 - 32896751


Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tanjung atau nama ringkasnya SMK Seri Tanjung, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Tanjung Keramat.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tanjung memiliki 870 pelajar lelaki dan 917 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1787 orang. Ia mempunyai seramai 87 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tanjong. Sekolah ini telah melahirkan ribuan anak bangsa yang berpendidikan serta berakhlak mulia. Dahulu SMK Seri Tanjong dikenali sebagai Sekolah Menengah Melayu yang ditubuhkan pada 1 Januari 1960.

Pada waktu itu, sekolah ini menumpangkan di Sekolah Rendah Kebangsaan Assam Jawa selama 2 tahun. Terdiri daripada sebuah kelas sahaja dengan 40 orang pelajar dan pengetuanya ialah En. Abdul Ghani Abdul Hamid. Dari situlah bermulanya perkembangan SMK seri Tanjong.

Pada tahun yang sama, SMK Seri Tanjong telah berpindah ke Nation Type English School yang merupakan sebuah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan English di Kampung Kuantan. Jumlah pelajar ketika itu ialah 75 orang dan beserta 5 orang guru. En. Suffian Taimun menjadi pengetua pada pertengahan tahun 1960.

Menjelang tahun 1963, bangunan SMK Seri Tanjong mula dibina tapak yang ada sekarang. Tiga blok bangunan dua tingkat dan kantin dibina di kaki Bukit Belanda Dirasmikan Dato’ Muhammad Khir Bin Johari Al Haj.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Juara E-Deklamasi Sajak MQSS peringkat Daerah Kuala Selangor Diwakili oleh saudara Muhammad Firassul bin Zulkiflee

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tanjong
Kod Sekolah: BEA3074
Jalan Tanjong Keramat,
45000 Kuala Selangor
Selangor,  Malaysia
Telefon = +603 - 32891164
Fax = +603 - 32896751


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

[1]