Sekolah Menengah Kebangsaan Sik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Sik
Lokasi
Pekan Sik, 08200, Sik,, [Kedah Darul Aman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6044695278
Kod sekolahKEE8018
PengetuaYusup Bin Taib
GPK Pentadbiran dan AkademikKhuiruddin Bin Shamshudin
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEffendi Bin Bahari
Penolong Kanan KokurikulumRousnani Binti Ibrahim
Faks6044692982


Sekolah Menengah Kebangsaan Sik (asalnya Sekolah Menengah Sik) atau nama ringkasnya SMK Sik, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Pekan Sik.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Sik memiliki 397 pelajar lelaki dan 665 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1062 orang. Ia mempunyai seramai 88 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1966, menandakan bermulanya detik bersejarah bagi SMK Sik kerana pada tahun itu, SMK Sik telah memperolehi bangunan sendiri di tapak tetap sekarang. Sebelum ini SMK Sik menumpang di SRJK (C) Chung Hwa dan SRK Kampung Dusun. tapak tetap ini letaknya 1.5 kilometer dari Pekan Sik dan ia mempunyai keluasan seluas 19 ekar. SMK Sik sempurna dirasmikan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Abdul Malik Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah DK., SPMK., PSB. yang ketika itu sebagai Pemangku Sultan Kedah, pada tanggal 18hb. Mei 1971 bersamaan 23 Rabiulawal 1391. Pusat Sumber Pendidikan ataupun lebih dikenali sebagai PUSPA telah dirasmikan pada 23 Oktober 1983 bersamaan 17 Muharam 1404. PUSPA dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Zainol Abidin Johari DSDK., KMN., BKM., PPN., PJK., JP.

Pada peringkat awal penubuhannya, dari segi perkembangan fizikal sekolah ini hanya mempunyai 4 buah kelas. 3 buah kelas untuk aliran Melayu dan sebuah kelas lagi untuk aliran Inggeris. Antara tahun 1965 - 1980an, SMK Sik mempunyai 2 buah blok dengan 7 kelas, sebuah Makmal Sains, sebuah Bengkel Seni Perusahaan, sebuah Bilik Lukisan Teknik dan 2 buah Bilik Sains Rumah Tangga. Seterusnya beberapa buah blok telah ditambah secara berperingkat sehingga sekarang mempunyai 8 buah blok. Sehingga tahun 1979, sekolah ini hanya memberi pendidikan dalam jurusan Sastera sahaja tetapi mulai tahun 1980, Kementerian Pelajaran telah memberi kepercayaan kepada pihak sekolah untuk mengadakan kelas aliran Sains, maka sejak itu bermulalah aliran Sains di SMK Sik.Kemudian beberapa tahun kebelakangan ini SMK Sik juga telah memperkenalkan aliran Agama untuk tingkatan 1 hingga 5 dan Syariah untuk tingkatan 6. Kini, untuk tingkatan 1 hingga 3 terdapat aliran Agama dan Khas, tingkatan 4 hingga 5 terdapat aliran Sains Tulen, Teknologi, Kemanusaiaan, Akaun dan Agama manakala tingkatan 6 pula terdapat aliran Sains dan Sastera.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Sik
Jalan Tunku Ibrahim, Pekan Sik
08200, Sik
Kedah,  Malaysia
Telefon = 6044695278
Fax = 6044692982

Pautan luar[sunting | sunting sumber]