Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Bekoh, Jasin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Bekoh
Lokasi
Pejabat Pos Asahan, Simpang Bekoh
Asahan, Jasin, Melaka Bandaraya Bersejarah
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Harian
Moto"Usaha Jaya"
Ditubuhkan1 Januari 1975
Nombor sekolah(+6)06-5236043
PengetuaPuan Hjh Faridah binti Dol
GPK Pentadbiran dan AkademikTuan Hj Abdul Bari bin Ahmad
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEncik Sabarudin bin Ahmad
Penolong Kanan KokurikulumEncik Roslan bin Ismail
Faks(+6)06-5235893
Laman sesawang

Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Bekoh (dikenali sebagai SMKSB / Simpang) ialah sebuah sekolah menengah harian yang dibina di kawasan Asahan, Melaka dan terletak di Pekan Simpang Bekoh.

Sejarah sekolah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Simpang Bekoh telah dibuka pada 5hb Januari 1979. Sekolah ini terletak di sebuah kawasan seluas 4.613 hektar atau 11.4 ekar. Pelajar-pelajar perintisnya ialah seramai 316 orang ditempat dalam 3 kelas peralihan dan 5 kelas tingkatan 1. Bilangan tenaga pengajarnya 11 orang sahaja. Apabila jumlah pelajar semakin bertambah pada tahun 1978, mereka telah dibahagikan kepada dua sesi, pagi dan petang. Pada masa itu terdapat hanya sebuah bangunan iaitu bangunan Blok A sekarang. Pada tahun 1979, sebuah bangunan baru telah siap dibina bagi mengisi pertambahan bilangan pelajar-pelajar dari tahun ke setahun. Pelajar-pelajar belajar di sekolah ini datang dari 7 buah sekolah kebangsaan yang berhampiran dan 11 buah sekolah rendah jenis kebangsaan. Pada 19hb hb Julai 1986, bangunan baru sekolah ini yang berharga $350 000 telah dirasmikan oleh YAB En Abdul Ghaffar Baba. Berikutnya 6 buah kelas telah juga dibina.

Kumpulan pertama pelajar-pelajar peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran ialah pada tahun 1978. Seramai 227 orang calon yang berdaftar dan pencapaian kelulusan hanya 57.02 peratus sahaja. Pada tahun 1981, sekolah ini memulakan kelas Tingkatan 4 Aliran Sastera. Kumpulan pertama mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ialah pada tahun 1982. Seramai 132 orang calon yang berdaftar dan pencapaian kelulusan cuma 32.85 peratus.

Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Bekoh telah mempunyai tenaga pengajar siswazah dan bukan siswazah seramai 48 orang dan kakitangan lain seramai 16 orang. Pelajar-pelajar sekolah ini berjumlah 883 iaitu pelajar lelaki seramai 377 manakala pelajar perempuan seramai 515 orang. Pelajar sekolah ini terdiri dari pelajar Melayu, Cina, India dan lain-lain.

Lagu rasmi sekolah[sunting | sunting sumber]

Kami sedia hadapi cabaran
Tidak kira penat dan lelah
Mencapai cita-cita jadi impian
Untuk SMK SB yang tercinta

Amalan hidup berganding bahu
Demi kejayaan masa depan
Menuju ke arah matlamat yang satu
Menyahut cabaran wawasan

Curahkan bakti suci semua
Hidupkan semangat di dada
Segala apa yang datang menghalang
Bersama ketika menentang

Berdoa pada tuhan masa esa
Mohon restu guru, ibu bapa
Nusa dan bangsa juga perlu dijaga
Itulah tanda "Usaha Jaya"

Badan Kepimpinan Sekolah[sunting | sunting sumber]

Tahun Ketua Pengawas (KP) Penolong Ketua Pengawas (PKP)
2002 Hj. Mohd Shahrizan Husin Noor Anis Zaini
2003 Nor Ain Jemiran Mohd Fazeli Umar
2004 Mohd Fazeli Umar
2005 Nurul Hidayah Roslan Muhammad Izwan Mohd. Isa
2006 Hasni Kamal Siti Aishah Marwan
2007 Azain Ahmad Mohd Azwan Mohd Zaid
2008 Nur Hidayu Syafie Wong Min Khang
2009 Azizah Ahmad Bong Wei Kian
2010 Nurul Ain Abdul Razak Prem Ananthan
2011 Siti Nur Hasirah Shari Ahmad Fadzrul Zaid
2012 Muhammad Amirul Asyraff Kamarudin Koh Zhe Yan
2013 Nur Adzlin Akmar Shamsul Kamar Wee Ching Yih

Maklumat sekolah[sunting | sunting sumber]

Alamat surat menyurat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Bekoh
77100 Asahan,
Melaka

No. telefon / faksimili[sunting | sunting sumber]

  • No. telefon: (+6)06-5236043
  • No. faksimili: (+6)06-5235893

Informasi ICT[sunting | sunting sumber]

Alamat e-mel: mea1076@pd.jaring.my

Visi dan misi sekolah[sunting | sunting sumber]

Visi :

Misi :

Objektif sekolah[sunting | sunting sumber]

  • Mempertingkatkan prestasi di dalam pencapaian akademik dan kegiatan ko-kurikulum.
  • Membentuk pelajar-pelajar yang berbudi pekerti, berdisiplin dan bercita-cita tinggi.
  • Semua guru meletakkan kepentingan pelajar-pelajar mengatasi sebarang kepentingan diri sendiri dan mengamalkan perkhidmatan sekolah penyayang.
  • Mengadakan sistem pentadbiran yang efisyen, saksama dan mencapai tahap zero defect.
  • Membentuk tenaga pengajar dan pekerja yang dedikasi, bertanggungjawab dan berdisiplin.
  • Mewujudkan perpaduan di kalangan keluarga SMK Simpang Bekoh.

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]