Sekolah Menengah Kebangsaan Sook

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Sook
Lokasi
 Malaysia Peti Surat 1613, 89008, Keningau,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoKetrampilan
Nombor sekolah087-365464
Kod sekolahXEA1060
Pengerusi PIBGEn. Abdul Kunin Bin Saili
PengetuaEn. Pancratius Primus(Sejak Julai 2021)
GPK Pentadbiran dan AkademikEn. Sahibin Warimin
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn. Sergius Tiun
Faks087-365780
Laman sesawang


Sekolah Menengah Kebangsaan Sook atau nama ringkasnya SMK Sook, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Peti Surat 1613, Sabah.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Sook memiliki 522 pelajar lelaki dan 640 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1162 orang. Ia mempunyai seramai 67 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Penubuhan dan pembinaan SMK Sook bermula pada tahun 1999 di atas tapak seluas 24 ekar dan terletak di pusat Pekan Kecil Sook, kira-kira 40 km dari Keningau dan siap sepenuhnya pada bulan April tahun 2001. pada 15hb Januari 2001, satu majlis dialog diadakan di antara PPD Keningau (En. Abd. Kadir Bin Bakri) dengan ibu bapa. Ianya berkaitan dengan desakan mereka dan pemimpin masyarakat tempatan bagi memulakan pengoperasian sekolah baru Sekolah Menengah Kebangsaan Sook. Walaupun belum siap sepenuhnya sekolah ini memulakan operasinya pada tanggal 5hb Februari 2001.


Seramai 8 orang guru telah merintis pembukaan sekolah ini yang terdiri daripada :

  • En. Upilin @ Abd. Samad Bin Abd. Rahman (Pemangku Pengetua)
  • En. Sahibin Warimin
  • En. Suhailin Sharif
  • En. Haspin Haris
  • En. Kaslan Yusah
  • En. Valerian Francis Anggi
  • En. Aslinah Muhd. Shitin
  • Pn. Veronica Wiliam Ibai


Seramai 132 orang murid telah memulakan sesi persekolahan pada tarikh yang sama. Dalam tempoh dua bulan, sekolah ini telah mencatat sejarahnya dengan menampilkan penyertaan sulung dalam kejohanan olahraga MSSD Keningau dan aktiviti Ko-Kurikulum yang lain. Sekolah Menengah Kebangsaan Sook menjadi sebutan dan kebanggaan kerana menjadi pusat bagi aktiviti-aktiviti kemasyarakatan, khususnya di Daerah Kecil Sook ini.

Sekolah Menengah Kebangsaan Sook telah siap sepenuhnya pada bulan April 2001. Majlis penyerahan kunci dan Bangunan telah dibuat pada 28hb April 2001 kepada En. Upilin @ Abd. Samad Bin Abd. Rahman oleh wakil dari pihak kontraktor. Turut hadir ialah Jurutera JKR dan Pegawai Pendidikan Bahagian (Tuan Hj. Mohd. Salleh Bin Hj. Wahab).

Sehingga 31hb Julai 2001, tenaga pengajar terus bertambah dan pada tarikh yang sama, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Sook yang pertama, En. Jaibet @ Johari Sabin telah memulakan tugasnya di sekolah ini.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Sook
Peti Surat 1613
89008, Keningau
Sabah, Malaysia
Telefon = 087 - 365464
Fax = 087 - 365780

Pautan luar[sunting | sunting sumber]