Sekolah Menengah Kebangsaan St. Patrick, Sarawak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan St. Patrick
Lokasi
 Malaysia D/A Pejabat Pelajaran Daerah Mukah, 96400, Mukah,, Sarawak Bumi Kenyalang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoStella Duce
Ditubuhkan1905
Nombor sekolah6084871306
Kod sekolahYFB3401
PengetuaSilvester Alan William
Penolong Kanan KokurikulumCyril Germanus bin Aloysius Akup
Faks6084873134


Sekolah Menengah Kebangsaan St. Patrick atau nama ringkasnya SMK St. Patrick, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di D/A Pejabat Pelajaran Daerah Mukah.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan St. Patrick memiliki 370 pelajar lelaki dan 356 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 726 orang. Ia mempunyai seramai 49 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SMK St. Patrick merupakan sekolah menengah yang pertama dan satu-satunya sekolah mubaligh dibina di Mukah pada tahun 1905, diikuti oleh SMK Three Rivers pada tahun 1961 dan SMK Mukah pada tahun 2002.

Sekolah Menengah Saint Patrick telah dibina pada tahun 1905.Sekolah ini telah diasaskan oleh Rev Fr Anthony Sotter yang merupakan pengetua pertama sekolah tersebut. Pada tahun 1907, Fr Sotter bersara dan Paderi Anthony Mulder menjdi pengetua pertama paling lama berkhidmat di sekolah ini. Pada tahun 1942, sekolah ditutup semasa perang dunia II dan dibuka semula pada 1946. Pada tahun sama, Fr Anthony bersara dan Fr L. Van Roysten mengambil alih tempat mendiang Anthony. Pada tahun 1953, Fr Roysten bersara dan Matthew Dune menjadi pengetua. Pada tahun seterusnya, Paul Falkher mengambil alih tempat selepas Matthew mendapat jawatan Uskup Poland.

Pada tahun 1961, Paul mendapat jawatan Uskup Belanda dan tempatnya diambil oleh Helguson Melis. Pada tahun 1964, Melis menjdi Uskup Sarawak dan tempat diambil oleh rakannya, Josh Burton. Tidak lama selepas itu, Burton bersara dan beliau dilantik menjadi Paderi Gereja St Thomas Kuching. Pada tahun 1966, kawan baik Josh Burton, Ranymakers mengambil alih jawatan pengetua. Pada tahun seterusnya, beliau bersara dan jawatan diambil oleh Maxwell Mc Hugh. Pada tahun 1970, jawatan pengetua diambil alih oleh pengetua tempatan pertama, iaitu Nathan Wong Yew Tung. Ketika itu, Keadaan fizikal sekolah masih uzur dan sekolah baru sedang dibina bagi menampung keperluan bilangan pelajar yang sedang bertambah.Pada tahun 1978, Nathan Wong bersara dan diambil oleh pengetua tempatan kedua dan berbangsa Melanau yang pertama, Hamdan Buyun. Pada tahun 1981, Hamdan berpindah ke Samarahan dan jawatan diambil oleh bekas guru besar SK St Patrick, Thomas Tudin.

Pada tahun 1992, Thomas menjadi Bishop Kuching dan diambil oleh pengetua perempuan pertama, Catherine Robert Mowe. Pada tahun seterusya, sekolah ini memulakan Tingkatan 4 buat pertama kalinya. Pada tahun 1996, Catherine berpindah ke United Kingdom dan diambil alih oleh Aseng Kuman. Tidak lama itu, Aseng menjadi warden gereja dan jawatan diambil oleh pengetua perempuan tempatan, Tham Yoh Yin hingga persaraannya. Pada tahun yang sama, sekolah ini digredkan sebagai sekolah gred A. Pada dasarnya Lembaga Sekolah menguruskan dasar ini tetapi pada tahun 1992 hingga sekarang pendaftaran. Lembaga sekolah ini tidak dilakukan menyebabkan pengetua membuat dasar sepenuhnya.

Tanah dan bangunan sekolah ini dimiliki oleh The Bishop of Sibu. Ia terletak di atas lot 29 blok 52 dalam daerah Mukah, bahagian Sibu, Sarawak. Keluasan tanahnya ialah 18.91 ekar. Tanah ini dipajak selama 976 tahun. Terdapat 7 blok kayu dan sebuah bangunan konkrit sebagai bilik darjah (17 buah), makmal(3 buah), pejabat pentadbiran (sebuah), Perpustakaan (sebuah), Pendidikan Seni (sebuah), Bilik Guru (sebuah), Bilik Sukan (sebuah), Bilik Komputer (sebuah), Bilik Kebal (sebuah), Bilik Sakit (sebuah), Bilik ERT (sebuah) dan Bilik SPBT (sebuah). Terdapat tiga buah blok (sebuah bangunan lelaki dan 2 bangunan perempuan), sebuah dewan terbuka, sebuah bengkel KH, 3 buah tandas termasuk di asrama, sebuah blok tambahan untuk bilik PAR, bilik pusat sumber dan bilik warden asrama. Asrama sekolah sudah buruk dan tidak dapat digunakan lagi sehingga sekarang, menjadikannya satu-satunya sekolah menengah di Mukah yang beroperasi tanpa asrama.

Satu bangunan yang menempatkan rumah masak dan dewan makan. Sekolah ini tidak mempunyai dewan makan seperti sepatutunya. Cuma terdapat sebuah pondok yang dibina untuk menempatkan Koperasi St Patrick Sdn Bhd dan kantin bagi pihak gereja. Semua bangunan setingkat sahaja kecuali bangunan konkrit .Bangunan konkrit ini dibina oleh pihak gereja dengan sumbangan Kementerian Pendidikan. Bangunan ini siap pada tahun 1986 yang menempatkan 5 buah kelas, surau, klinik am bilik pengetua dan bilik ERT.

Pada tahun 2020, blok bangunan baru telah siap dibina bagi menggantikan kelas-kelas lama yang diperbuat daripada kayu yang dianggap tidak kondusif bagi sesi pembelajaran. Ianya merupakan hasil sumbangan pihak gereja dan Kementerian Pendidikan.

Kini, SMK St Patrick diterajui oleh Anthony Poon Teck Huat dan pembinaan pagar sekolah dilaksanakan pada tahun 2022 dan akan siap dalam tempoh beberapa bulan.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan St. Patrick
D/A Pejabat Pelajaran Daerah Mukah
96400, Mukah
Sarawak, Malaysia
Telefon = 6084871306
Fax = 6084873134

Pautan luar[sunting | sunting sumber]