Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Idris Shah II

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Idris Shah II
Lokasi
 Malaysia Kampung Air Panas, 33300, Gerik,, Perak Darul Ridzwan
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6057911393
Kod sekolahAEE7032
Faks6057917214


Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Idris Shah II atau nama ringkasnya SMK Sultan Idris Shah II, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Kampung Air Panas.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Idris Shah II memiliki 687 pelajar lelaki dan 915 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1602 orang. Ia mempunyai seramai 143 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Perancangan untuk menubuhkan sekolah menengah di daerah Gerik telah dibuat pada tahun 1961 tetapi pada tahun 1965, barulah sekolah menengah pertama di daerah ini berjaya ditubuhkan. Kumpulan pertama pelajar sekolah ini adalah seramai 200 orang iaitu terdiri daripada 6 buah kelas dari tingkatan peralihan hingga tingkatan 2 dalam aliran Melayu dan Inggeris. Pada peringkat awal, pelajar menumpang di Sek. Rendah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Gerik dan Sek. Kebangsaan Gerik dengan 8 orang guru termasuk En Nasarathanam sebagai guru besar pertama. Sekalah ini dinamakan Sek. Menengah Rendah Gerik. Pada tahun 1966, bilangan pelajar bertambah lebih sekali ganda, pihak sekolah terpaksa pula menumpangkan sebahagian pelajarnya di Sek. Ren. Jeni Kebangsan (Cina) Chung Hwa, Gerik.

Tapak asal sekolah ini ialah berhampiran dengan Lapangan Terbang dan bersebelahan dengan Sek. Kebangsaan sri Adika Raja tetapi dialihkan ke Kampung Air Panas ( 6 km daripada Pekan Gerik ). Tapak ini asalnya ingin dijadikan Lapangan Terbang Tentera. Pada tahun 1967 dengan peruntukan sebanyak RM 26,000.00 dua buah bangunan didirikan. Bangunan itu kini dikenali sebagai Blok C dan Blok D. Dengan pencapaian yang baik dalam LCE dan SRP serta tunjuk perasaan dan desakan ibubapa, kelas tingkatan 4 mula ditubuhkan.

Taraf sekolah dinaikkan sebagai sekolah menengah dan dinamakan "Sek. Men. Sultan Idris Shah II, Gerik" sempena nama Paduka sultan Perak yang memerintah ketika itu. Bermula daripada itu, SMSIS II semakin berkembang dengan kewujudan kelas Menengah Atas Aliran Sains pada tahun 1977, kelas tingkatan enam pada tahun 1984, kelas Menengah Rendah Aliran Agama pula diperkenalkan pada tahun 1989 dan diikuti dengan kelas Menengah atas aliran agama Pada tahun 1996. Pada tahun 1997, Asrama Sri Didik bagi menempatkan pelajar asli diletakkan dibawah pentadbiran sekolah berikutan kemasukan pelajar keturunan asli ke sekolah ini. Pada tahun 2001 pula, kelas tingkatan enam sains diwujudkan dengan bilangan pelajar seramai 30 orang.

Kini SMKSIS II yang terletak dalam kawasan berpagar seluas 10.5 ekar terdiri daripada enam buah bangunan iaitu satu blok bangunan tiga tingkat (blok A), 3 blok bangunan 2 tingkat ( Blok B, C dan D ) dan 2 Blok 1 tingkat ( Blok E dan F ). Juga terdapat blok bangunan asrama lelaki yang didirikan pada tahun 1974 dan 1 bangunan asrama perempuan yang didirikan pada tahun 1976 serta 7 buah rumah guru warden Sekolah mempunayi 34 bilik darjah, 5 buah makmal sains, 7 buah bengkel kemahiran hidup sebuah bilik pejabat, bilik gerakan, bilik kuliah, bilik guru, bilik amali pendidikan Islam, bilik alat bantu mengajar, pusat sumber sekolah, kantin, setor, bilik komputer dan padang. Selain itu satu blok bangunan 1 tingkat berhampiran Asrama Sri didik sedang dibina sebagai makmal komputer baru sekolah.

Sebuah dewan baru sedang dalam pembinaan. Insya Allah siap hujung tahun ini.Dewan besar telah siap dibina pada tahun 2014

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

  • Merupakan satu-satunya sekolah yang mendapat gelaran "Sekolah Premier" di Hulu Perak
  • Juara keseluruhan Kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Hulu Perak.[1]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Idris Shah II
Kampung Air Panas
33300, Gerik
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6057911393
Fax = 6057917214

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Penantian SMKSIS II berakhir (dalam bahasa Bahasa Melayu)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]