Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar
Lokasi
SMK Sultan Omar, Jalan Yahya Ahmad, 23000 Kuala Dungun, Dungun, Terengganu Terengganu Darul Iman,
Malaysia Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoDESSO...Where Success is Redefined
Ditubuhkan1959
Nombor sekolah+609-848 1831
Kod sekolahTEB1031[1]
Pengerusi PIBGHj. Mokhtar bin Omar
PengetuaPuan Hajah Rohana bt Zahari
Faks+609-845 1740


Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar atau nama ringkasnya SMK Sultan Omar, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Yahya Ahmad, Dungun, Malaysia.

Pada 2019, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar memiliki 386 orang pelajar lelaki dan 407 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 793 orang pelajar. Sekolah Kebangsaan Sultan Omar juga mempunyai seramai 86 orang guru.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Menengah Sultan Omar merupakan sekolah tertua di daerah Dungun. Dahulunya, ia merupakan sekolah berasrama.

Kemunculan SMK Sultan Omar[sunting | sunting sumber]

SMK Sultan Omar berasal daripada sekolah rendah yang dikenali sebagai Dungun English School (DES). Sekolah yang mula beroperasi pada tahun 1955 ini menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

Kewujudan SMK Sultan Omar bermula pada tahun 1959 dengan bermulanya sebuah kelas tingkatan satu. Kelas ini diisi oleh 35 orang murid DES yang lulus Malayan Secondary School Entrance Examination pada tahun sebelumnya. Oleh itu, tingkatan satu ini merupakan DES peringkat menengah, yang masih dalam satu pentadbiran dengan DES peringkat rendah. Guru besarnya pada masa itu ialah Encik Abdul Manap bin Said.

Perkembangan Dungun English School Menengah[sunting | sunting sumber]

Kumpulan pelajar perintis DES menengah itu mengambil peperiksaan Lower Certificate of Education (LCE) pada tahun 1961. Daripada 35 orang calon, 19 orang sahaja yang layak melanjutkan pelajaran di tingkatan empat pada tahun 1962. Pada masa itu guru besarnya ialah Encik M.F. Kularatnam. Pada bulan Januari 1963, DES menengah memperoleh pentadbiran sendiri apabila DES menengah diasingkan pentadbirannya daripada DES asal. Dengan pengasingan itu, DES menengah dikenali dengan nama Dungun English Secondary School (DESS). Guru besar pertama yang diberi kepercayaan mentadbir DESS ialah Encik Lim Teh Eng, seorang lulusan Universiti Malaya Singapura. Pada tahun yang sama, pelajar perintis DESS telah menduduki peperiksaan Over Seas Certificate (OCS) dan Federal Malayan Certificate (FMC). Ketika DESS diketuai oleh Encik Jamaluddinbin Ali, sekolah ini dibuka dengan rasminya oleh Menteri Pelajaran, Encik Mohd Khir bin Johari pada 25 Jun 1968.

Pada tahun 1975, selaras dengan perkembangan sistem pelajaran kebangsaan, sekolah menengah Inggeris ini ditukar menjadi sekolah menengah aliran Melayu. Serentak dengan perubahan itu, namanya ditukar menjadi Sekolah Menengah Sultan Omar (SMSO). Ketika itu, sekolah ditadbir oleh guru besar kelapan, Encik T.N. Varughese. Pengajian Tingkatan Enam diperkenalkan pada tahun 1989. Tiga puluh satu orang pelajar perintis mengikuti pengajian tersebut dalam aliran sastera. Ketika itu, SMSO ditadbir oleh Tuan Haji Che Daud @ Zakaria bin Yacob.

           Pada Januari 1963, peringkat menengah telah melaksanakan pentadbirannya sendiri apabila dipisahkan daripada peringkat rendah dan dinamakan Sekolah Menengah Inggeris Dungun.Pada tahun 1963 juga sekolah menerima kumpulan pertama pelajar Tingkatan Satu Aliran Melayu. Guru Besar pertama yang mentadbir DESS ialah Encik Lim Teh Eng. Pembukaan rasmi sekolah ini disempurnakan oleh Menteri Pelajaran, Encik Mohd Khir bin Johari pada 25 Jun 1968. DESS ditukar namanya kepada Sekolah Menengah Sultan Omar pada tahun 1975. Pemilihan nama baharu ini dibuat sempena nama Sultan Terengganu yang kesembilan. Pada ketika itu juga pertukaran aliran daripada aliran Inggeris kepada aliran Melayu telah berlaku sepenuhnya. Pada tahun 1989, pengajian tingkatan enam bermula apabila 31 orang pelajar ditempatkan di sebuah kelas Tingkatan 6 Rendah Aliran Sastera.

Semenjak 1959 hingga kini, Guru Besar dan Pengetua yang mengetuai Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar iaitu :-

1) En. Abdul Manap bin Said                  - 1959 hingga 1960

2) En. M.F Kularatham                            - 1960 hingga 1962

3) En. Lim Teng Eng                                - 1963 hingga 1966

4) En. Douglas Menasseh                      - 1966 hingga 1967

5) En. Jamaluddin bin Ali                        - 1967 hingga 1968

6) En. Gilbert Khoo                                  - 1968 hingga 1970

7) En. Mahan Singh                                 - 1970 hingga 1972

8) En. T.N Varughese                               - 1972 hingga 1979

9) En. Hussein bin Salleh                         - 1980 hingga 1982

10) Haji Ismail bin Mohd                           - 1983 hingga 1985

11) En. Ong Teow Leng                            - 1986 hingga 1988

12) Tuan Haji Said bin Nik                                  - 1988

13) Tuan Haji Che Daud@Zakaria bin Yacob    - 1988 hingga 1991

14) Tuan Haji Noor bin Bakar                             - 1991 hingga 1992

15) Puan Hajah Ainun Jamilah bt Mohd Ali       - 1992

16) Tuan Haji Zaid bin Chik                                - 1992 hingga 1995

17) Tuan Haji Abdullah bin Ali                           - 1996 hingga 1999

18) YM Tengku Anuar bin Tengku Dalam  -  2000 hingga 2001

19) En. Jain bin Awang                             -  2001 hingga 2004

20) En. Ab Malik bin Musa Dali                 -  2004 hingga 2009

21) En. Abdul Rahman bin Husin               -  2009 hingga 2013

22) Tuan Haji Md Zain bin Muda                      -  2013 hingga 2014

23) En Wan Su bin Wan Jaffar                   -  2014 hingga 2016

24) Puan Hajah Noor Maziah Bt. Abd. Rahman -  2016 hingga Mac 2018

25) Tuan Haji Zulkefly bin Abd Rahim           -  1 Julai 2018 - 20 Ogos 2019

26) Tuan Haji Che Rashid bin Sulong - 3 September 1989 - 7 Ogos 2022

27) Puan Hajah Rohana bt Zahari - 26 September 2022 - sehingga kini

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

keputusan SPM 2018 mencatatkan seramai 3 orang pealajar mendapat keputusan straight A iaitu

  1. Tan Yue Jian - 11 A
  2. Ong Qi Wen - 10 A
  3. Tan Pei Qin - 10 A

pencapaian dalam bidang kokurikulum amat membanggakan sejak dari awal hingga kini. bagi tahun 2018 dan 2019 kejayaan-kejayaan besar para pelajar adalah seperti berikut :

  1. bola keranjang - Johan MSST L 18, tempat ke 3 P18
  2. tennis - johan P15 dan naib johan p15 msst
  3. golf - johan p15 msst
  4. olahraga - lompat tinggi L15 emas, okta tempat ke 2, emas Lompat kijang msst

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]