Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 2

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 2
Lokasi
Jalan Rest House, 18000, Kuala Krai,, Kelantan Darul Naim
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBERWAWASAN CEMERLANG MENDEPANI CABARAN
Nombor sekolah6099662201
Kod sekolahDEA7422
Faks6099662201

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 2 atau nama ringkasnya SMK Sultan Yahya Petra 2, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Rest House.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 2 memiliki 461 pelajar lelaki dan 615 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1076 orang. Ia mempunyai seramai 101 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra (2) adalah sebuah sekolah yang berada di Kampung Kubang Lebur, bersebelahan dengan SK Sultan Yahya Petra (2). Sekolah ini berada di kawasan Bandar Kuala Krai dengan jarak dari sekolah ini ke bandar Kuala Krai sejauh 0.8 km.

Sekolah ini telah dirasmikan pada Ahad, 15 Jun 1997 bersamaan 9 Safar 1418H, oleh Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak yang mana pada ketika itu beliau menjawat jawatan sebagai Menteri Pendidikan Malaysia. Sekolah ini dibina di atas tapak seluas 3.7 hektar. Projek pembinaan sekolah ini dimulakan pada 2 April 1994 dengan menelan belanja RM 4,109,328.00. Pada 5 Januari 1997, sekolah ini memulakan sesi persekolahan pertamanya dengan menerima pelajar Tingkatan 1 seramai 132 orang. Pelajar peringkat pertama ini adalah lepasan darjah 6 dari SK Kuala Krai dan SK Sultan Yahya Petra 1

Pada 12 Januari 1998, seramai 58 orang lagi pelajar Tingkatan 2 telah diterima masuk daripada SMK Sultan Yahya Petra 1 dan SMK Kuala Krai iaitu dari kalangan pelajar yang tinggal berdekatan sekolah. Pada peringkat awal, sekolah ini menumpang SK Sultan Yahya Petra 2. Pada tahun 2004,bermulanya kemasukan pelajar Tingkatan 6 manakala pada tahun 2005, kelas rancangan khas (KRK) telah ditubuhkan

Pengetua pertama sekolah ini ialah Tn. Hj. Mustapha Salleh, dibantu oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Tuan Hj Nordin Yusof dan Guru Penolong Kanan HEM, En.Pauzi Said. Puan Paridah Mamat pula merupakan Kaunselor pertama sekolah ini. Mereka dibantu oleh 10 prang guru penolong, seorang pembantu tadbir, 3 orang pembantu makmal, seorang pekerja rendah awam, seorang pembantu am rendah dan 2 orang penjaga keselamatan.

Misi Sekolah[sunting | sunting sumber]

  1. Membekalkan kurikulum dan pemimpin instruksional yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu menerajui kecemerlangan.
  2. Melahirkan pelajar yang bersahsiah mulia, ilmiah, berketratampilan dan berdaya kepimpinan.
  3. Membangunkan potensi pelajar dalam bidang kokurikulum di persada persaingan termasuk peringkat antarabangsa.
  4. Memastikan pengurusan pentadbiran pejabat, kewangan dan sumber manusia yang berkualiti dan memenuhi standard.
  5. Memastikan pengurusan persekitaran dan fizikal sentiasa bersih, ceria, dan selamat untuk mewujudkan situasi yang kondusif dan selesa.
  6. Sentiasa menjalinkan kerjasama yang erat dengan agensi luar, ibubapa dan komuniti untuk kepentingan sekolah.

Visi Sekolah[sunting | sunting sumber]

Memacu Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 2 sebagai sebuah sekolah kluster kecemerlangan menjelang tahun 2017

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 2
Jalan Rest House
18000, Kuala Krai
Kelantan,  Malaysia
Telefon = 6099662201
Fax = 6099662201

Pautan luar[sunting | sunting sumber]