Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Ara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Ara
Lokasi
Jalan Dato' Hj Ismail Bin Hashim, 11900, Bayan Lepas, Pulau Pinang,
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoKetekunan Nadi Kecemerlangan
DitubuhkanTahun 1962
Nombor sekolah6046434557
Kod sekolahPEB3038
PengetuaPuan Hajah Nooraliza binti Nasruddin
LaguDemi SMSA
GPK Pentadbiran dan AkademikPuan Zaiton binti Ambrin
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPuan Noor Rosmawati binti Abu Bakar
Penolong Kanan KokurikulumPuan Rohana binti Mat
Penolong Kanan Pentadbiran Sidang PetangPuan Rusnani binti Salleh
Faks6046441653
Laman sesawang


Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Ara atau nama ringkasnya SMK Sungai Ara, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Dato' Hj Ismail Bin Hashim.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Ara memiliki 771 pelajar lelaki dan 657 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1428 orang. Ia mempunyai seramai 99 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Ara mula ditubuhkan pada tahun 1962 dengan nama Sekolah Menengah Lanjutan (Inggeris: Bayan Lepas Secondary Continuation School) yang asalnya bertempat di SRK Bayan Lepas (Sekolah Kebangsaan Bayan Lepas). [1]

Pada tahun 1965, nama sekolah ditukarkan menjadi Sekolah Menengah Jenis Bayan Lepas (Inggeris: Bayan Lepas National Type Secondary School) dan menumpang di SRJK(C) Chong Cheng, Sungai Ara (Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chong Cheng, Sungai Ara). Menjelang tahun 1967, tiga kelas baharu ditempatkan di Sekolah Menengah Raja Tun Uda (Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Tun Uda), Bayan Lepas. Setahun kemudian (1968), pejabat sekolah dipindahkan ke Sekolah Menengah Raja Tun Uda bagi menampung pertambahan pelajar pada ketika itu. [1]

Sejarah sebenar sekolah ini mula dilakar apabila bangunan tetap sekolah yang terdiri daripada Blok A dan Blok B siap dibina pada tahun 1970. Nama sekolah kemudian ditukar kepada Sekolah Menengah Sungai Ara. Setelah itu, bangunan SMSA membuka pada 15 September 1971. [1]

Era kegemilangan sekolah ini diteruskan apabila Blok C yang mempunyai 1 tingkat dibina pada tahun 1973 dan Blok F yang mempunyai 2 tingkat dibina pada tahun 1974. Manakala pada tahun 1983, terdapat 2 blok (masing-masing mempunyai 1 tingkat) dibina di sebelah Blok F. Masuk ke tahun 1984, Blok D dan Blok E masing-masing mempunyai 2 tingkat dibina. Perpustakaan, bilik ETV dan bilik BBM dipindahkan ke Blok E pada tahun yang sama. [1]

Pada tahun 1998, Sekolah Menengah Sungai Ara telah ditukarkan namanya kepada nama terkini iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Ara. Pada tahun 2000, salah satu daripada 2 blok yang dibina di sebelah Blok F dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembinaan Blok G yang kini dikenali sebagai Blok Tingkatan 6 (Pra-U), manakala satu blok lagi ditukar menjadi surau sekolah serta dinamakan sebagai Blok H. Dua Makmal Komputer (Blok I) dan Dewan Dato' Haji Ismail Hashim (Blok J) dibina pada tahun 2001. [1]

Identiti[sunting | sunting sumber]

Visi & Misi[sunting | sunting sumber]

Visi Sekolah:

Sekolah Cemerlang Di Peringkat PPD Barat Daya Menjelang Tahun 2025. [2]

Misi Sekolah:

Melaksanakan Pendidikan Abad 21 Bagi Melahirkan Murid-Murid Yang Menguasai Kemahiran Berfikiran Aras Tinggi Dengan Aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. [2]

Falsafah[sunting | sunting sumber]

Berpandukan kepada Falsafah Pendidikan Negara, warga sekolah berpegang kepada: [3]

  • Semua murid mempunyai potensi dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani;
  • Murid boleh dibentuk melalui pendidikan yang seimbang, menerapkan nilai-nilai murni dengan penuh perasaan, maruah dan kasih sayang; dan
  • Usaha yang gigih akan membawa kejayaan, kebanggaan diri, keluarga dan warga sekolah, seterusnya melahirkan masyarakat yang harmonis dan sejahtera.

Objektif[sunting | sunting sumber]

Objektif Sekolah adalah seperti berikut: [4]

  • Meningkatkan kecemerlangan akademik secara menyeluruh;
  • Meningkatkan pencapaian murid dalam kegiatan kokurikulum serta meningkatkan prestasi pasukan sekolah;
  • Mempertingkatkan amalan nilai-nilai murni dan keimanan;
  • Mempertingkatkan penyertaan dan penglibatan murid, ibu bapa serta masyarakat;
  • Mempertingkatkan disiplin serta sikap positif murid; dan
  • Mempertingkatkan keadaan persekitaran sekolah yang aman, damai dan menyeronokkan.

Piagam Sekolah[sunting | sunting sumber]

Bahawa kami warga SMK SUNGAI ARA dengan ini berjanji akan memberikan perkhidmatan yang baik kepada: [5]

MURID

  1. Membimbing murid ke arah kecemerlangan kurikulum, kokurikulum dan sahsiah diri
  2. Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif, inovatif, kreatif dan berdaya saing
  3. Mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan dalam suasana yang harmonis
  4. Menyediakan suasana yang selamat dan keadaan fizikal yang sesuai untuk pendidikan

STAF

  1. Meningkatkan profesionalisme keguruan berpandukan Standard Guru Malaysia

PENGLIBATAN IBU BAPA DAN KOMUNITI (PIBK)

  1. Mewujudkan suasana harmonis dan mesra pelanggan
  2. Meningkatkan semangat perpaduan dan keadilan yang menyeluruh
  3. Bekerjasama, bermuafakat, menghormati dan melayani semua pihak yang berurusan dengan institusi sekolah

JABATAN

  1. Menjalankan tugas dengan penuh dedikasi, tekun, bertanggungjawab bagi melahirkan perkhidmatan yang cemerlang, terpuji dan kemaskini
  2. Memastikan pengurusan dan pentadbiran organisasi mencapai penanda aras yang ditetapkan
  3. Meningkatkan etika perkhidmatan dan mengamalkan nilai-nilai kerja berpandukan Tonggak Dua Belas
  4. Melaksanakan segala dasar dengan penuh iltizam dan bersedia untuk menerima transformasi pendidikan (PPPM 2013-2025)

Logo Sekolah[sunting | sunting sumber]

[6]
Logo Pecahan Warna / Logo Keterangan
Hijau Melambangkan kesejahteraan dan senantiasa ingin mengembangkan potensi dan bakat secara optimum.
Jingga Melambangkan sifat bersemangat kental dan komited terhadap tugas dan hidup.
Tangkai Padi Ikut ilmu padi; makin berisi makin runduk selari dengan perwatakan warga sekolah iaitu merendahkan diri semasa menuntut ilmu agar minda dan hati lebih terbuka untuk mempelajari sesuatu.
Lebah
  • Tekun berusaha untuk memperkukuh disiplin dan jati diri serta melonjakkan kecemerlangan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum bagi melahirkan modal insan cemerlang.
  • Bekerjasama secara berjemaah dan tunduk kepada satu pimpinan agar agenda kepimpinannya dapat direalisasikan.
  • Sesibuk Sang Lebah dalam menyemarakkan budaya ilmu dan kemahiran supaya kecemerlangan terjana di bawah satu bumbung muafakat.
  • Meneladani lebah yang bijak menganalisis informasi agar keputusan yang betul dan tepat dapat dibuat ke arah merintis kecemerlangan.
  • Meneladani sifat lebah yang berpekerti mulia, sentiasa memberikan sumbangan kepada masyarakat dan negara.

Moto Sekolah[sunting | sunting sumber]

"KETEKUNAN NADI KECEMERLANGAN" [nb 1]

Maksud: Tahap kecemerlangan akan tercapai jika sesuatu itu diusahakan dengan penuh minat dan tekun. [7]

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Demi SMSA [8]

Kaulah tempat kami diasuh,

Belajar dan bermesra,

Di lereng bukit hijau keliling,

Tegak indah dan megah,

Panggilan tugasmu bergema,

SMSA tercinta,

Kan tercapai cita suci murni,

Dengan tekad di hati,

Ketekunan Nadi Kecemerlangan,

Itu jadi pegangan,

Kau ilham penggerak perangsang,

Ke mercu kejayaan,

Demi SMSA kami berjanji,

Bakti pada pertiwi,

Sinar obormu gilang gemilang,

Penyuluh masa depan.


Lagu rasmi SMKSA - Demi SMSA (Instrumental) [nb 2]

Ikrar Pelajar[sunting | sunting sumber]

Kami pelajar-pelajar Sekolah Menengah Sungai Ara

Akan sentiasa menjaga nama baik sekolah,

Serta berpegang teguh kepada motonya,

"Ketekunan Nadi Kecemerlangan"


Dengan ini, kami berikrar bahawa :

Kami akan sentiasa mematuhi peraturan sekolah,

Demi menjaga disiplin kami sendiri,

Kami akan belajar bersungguh-sungguh,

Demi kejayaan masa depan kami,

Kami akan sentiasa menjaga kebersihan,

Keindahan dan keselamatan sekolah,


Kami berikrar akan mengamalkan Rukun Negara setiap

masa untuk menjadi insan yang :

AMANAH

JURUR

BERTIMBANG RASA

dan BERTANGGUNGJAWAB

terhadap agama, masyarakat dan negara [nb 3]

Kokurikulum[sunting | sunting sumber]

Rumah Sukan[sunting | sunting sumber]

[9]
Nama rumah sukan Warna rumah
Tunku Abdul Rahman      Kuning
Tun Abdul Razak      Biru
Tun Dr Mahathir      Merah
Tun Abdullah Ahmad Badawi      Ungu

Permainan[sunting | sunting sumber]

  1. Bola Sepak
  2. Sepak Takraw
  3. Bola Jaring
  4. Dodgeball
  5. Olah Raga
  6. Bola Baling
  7. Memanah
  8. Bola Tampar
  9. Futsal
  10. Badminton [nb 4] [10]

Unit Beruniform[sunting | sunting sumber]

  1. Pasukan Kadet Bersatu Malaysia [PKBM/D]
  2. Pasukan Pandu Puteri
  3. Pasukan Pengakap
  4. Pasukan Kadet Bomba
  5. Pasukan St. John Ambulans
  6. Pasukan Puteri Islam
  7. Pasukan Kadet Remaja Sekolah
  8. Kadet Pertahanan Awam
  9. Pasukan Kadet Polis
  10. Pasukan Silat
  11. Kadet JPJ
  12. Taekwondo (Luar sekolah) [nb 5] [11]

Persatuan & Kelab[sunting | sunting sumber]

  1. Persatuan Bahasa Melayu
  2. Kelab SPBT
  3. Persatuan Bahasa Inggeris
  4. Kelab Seni Visual
  5. Persatuan Perniagaan & Pengguna
  6. Kelab Kembara / Pelancongan
  7. Persatuan Pelajar Islam
  8. Kelab Teknologi, Inovasi & Multimedia
  9. Persatuan Sejarah / Geografi / UNESCO
  10. Persatuan Sains & Matematik / STEM
  11. Kelab Pencegahan Jenayah / Malaysiaku Patriotisme
  12. Kelab PNB [12]

Nota dan rujukan[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Moto sekolah ini juga terdapat pada logo rasmi sekolah.
  2. ^ Lagu ini diambil dari sebuah laman web lama sekolah ini.
  3. ^ Ikrar ini khususnya digunakan pada perhimpunan rasmi / mingguan. Namun, ikrar ini tidak disediakan dalam portal rasmi sekolah. Ikrar ini diambil dari Buku Panduan Disiplin SMK Sungai Ara yang diberikan kepada setiap pelajar.
  4. ^ Permainan badminton merupakan salah aktiviti kokurikulum yang baru sahaja dibuka kepada pelajar.
  5. ^ Taekwondo merupakan salah satu aktiviti kokurikulum yang tidak dijalankan pada hari aktiviti kokurikulum (Rabu). Aktiviti ini biasanya dilaksanakan pada hari Sabtu. Taekwondo juga mempunyai bayaran yuran khas, berbeza dengan aktiviti kokurikulum yang lain.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e "Sejarah sekolah". Portal Rasmi SMKSA (dalam bahasa Melayu).CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ a b "Visi & Misi". Portal Rasmi SMKSA (dalam bahasa Melayu).CS1 maint: unrecognized language (link)
  3. ^ "Falsafah sekolah". Portal Rasmi SMKSA (dalam bahasa Melayu).CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ "Objektif sekolah". Portal Rasmi SMKSA (dalam bahasa Melayu).CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ "Piagam sekolah". Portal Rasmi SMKSA (dalam bahasa Melayu).CS1 maint: unrecognized language (link)
  6. ^ "Lencana sekolah". Portal Rasmi SMKSA (dalam bahasa Melayu).CS1 maint: unrecognized language (link)
  7. ^ "Moto sekolah". Portal Rasmi SMKSA (dalam bahasa Melayu).CS1 maint: unrecognized language (link)
  8. ^ "Lagu sekolah". Portal Rasmi SMKSA (dalam bahasa Melayu).CS1 maint: unrecognized language (link)
  9. ^ "Rumah sukan". Portal Rasmi SMKSA (dalam bahasa Melayu).CS1 maint: unrecognized language (link)
  10. ^ "Permainan". Portal Rasmi SMKSA (dalam bahasa Melayu).CS1 maint: unrecognized language (link)
  11. ^ "Unit beruniform". Portal Rasmi SMKSA (dalam bahasa Melayu).CS1 maint: unrecognized language (link)
  12. ^ "Persatuan & Kelab". Portal Rasmi SMKSA (dalam bahasa Melayu).CS1 maint: unrecognized language (link)

Sumber[sunting | sunting sumber]

  • Buku Panduan Disiplin (2023) Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Ara

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Ara
Jalan Dato' Hj Ismail Bin Hashim
11900, Bayan Lepas
Pulau Pinang, Malaysia
Telefon = 6046434557
Fax = 6046441653

Pautan luar[sunting | sunting sumber]