Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Lembing

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Lembing
Jenis Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Pengetua ENCIK HAMZAH B K.MOHAMED
Kod sekolah CEE4039
Lokasi Km 0.1, Sungai Lembing 26200, Kuantan,, [Pahang Darul Makmur,  Malaysia
Laman web www.smksungailembing.blogspot.com
Telefon 6095411334
Faks 6095412259


Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Lembing atau nama ringkasnya SMK Sungai Lembing, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Km 0.1, Sungai Lembing.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Lembing memiliki 292 pelajar lelaki dan 299 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 591 orang. Ia mempunyai seramai 45 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 50-an sekolah ini merupakan sebuah sekolah rendah Inggeris. Pada tahun 1965 sekolah ini telah dinamakan Sekolah Menengah Sungai Lembing sempena dengan nama Bandar Sungai Lembing. Sekolah ini mula didirikan pada tahun 1965 dengan hanya dua buah bangunan setingkat. Ketika itu sekolah ini hanya menampung pelajar tingkatan satu hingga tiga sahaja.

Oleh kerana ada pelajar yang mencapai kejayaan dan ingin menyambungkan pelajaran ke tingkatan empat maka pelajar tersebut terpaksa berhijrah ke sekolah lain di daerah Kuantan. Justeru pada tahun 1970, dua buah bangunan lagi telah dibina. Apabila bangunan telah ditambah maka kelas bagi pelajar tingkatan empat dan lima telah dibuka dan dapat menampung lebih ramai pelajar. Jumlah pelajar ketika itu adalah lebih kurang 600 orang dan sekolah juga telah dilengkapkan dengan kemudahan yang lebih selesa dan dapat digunakan sehingga sekarang. Sekolah ini dinamakan sempena nama Bandar Sungai Lembing yang merupakan sebuah bandar kecil tetapi kaya dengan sejarah yang begitu membanggakan. Pada masa dahulu, Sungai Lembing merupakan sebuah kawasan yang berpaya dan dikelilingi oleh bukit bukau yang tinggi saujana mata memandang. Di samping itu, terdapat sebatang sungai yang mengalir iaitu Sungai Kuantan. Hanya ada sebuah sekolah menengah sahaja di Sungai Lembing yang jaraknya dari Bandar Kuantan ialah sejauh 48 km.


Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Lembing
Km 0.1, Sungai Lembing
26200, Kuantan
Pahang, Malaysia
Telefon = 6095411334
Fax = 6095412259

Pautan luar[sunting | sunting sumber]