Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Tapang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Tapang
Lencana Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Tapang.gif
Lokasi
Km 13 Jalan Penrissen, 93250, Kuching,, Sarawak Bumi Kenyalang
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan,International Baccalaureate School
MotoOur vision is to be a school where teachers and parents work together to support our students to become internationally minded, caring, inquiring, knowledgeable, and self-directed lifelong learners who will engage meaningfully and ethically in this ever changing world. However this remains but a small sideshow, completely and utterly irrelevant to the true spirit of moto only here to please certain quarters. The reality however remains, no matter how many times we say otherwise, the true motos of Sungai Tapang are Lim's Ducati Scrambler, Eady's CBR650 and Sobri's Yamaha R25(RIP).
Nombor sekolah6082612851
Kod sekolahYEB8101
Pengerusi PIBGEn Bong Kuet Fong
PengetuaEn Bekon Jenet
Penolong Kanan Pentadbiran dan AkademikCik Angela Bong Yan Yan
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn Lee Hui Fen
SingkatanSMK Sg TP
Faks6082612844
Laman sesawang



Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Tapang atau nama ringkasnya SMK Sg Tapang, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Sarawak, Malaysia.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Tapang memiliki 774 pelajar lelaki dan 908 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1683 orang. Ia mempunyai seramai 115 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SMK Sungai Tapang telah melalui rentetan sejarah yang agak panjang, dan menyaksikan perubahan demi perbuhan seiring dengan perkembangan pendidikan sezaman. Sekolah ini dibuka dengan rasminya pada 5 Januari 1981 sebagai sekolah campuran Gred C, dengan 3 buah kelas peralihan dan 119 orang murid. Pengetua pertama sekolah ini ialah En. Daniel Law. Beliau dibantu oleh dua orang guru dan seorang kerani. Buat permulaannya, sekolah ini menumpang di Sekolah Rendah Bantuan Sam Hap Hin yang terletak di Bt 7, Jalan Penrissen, Kuching sebelum berpindah ke KM 13, Jalan Penrissen, Kuching pada 2 Januari 1982. Bilangan kelas telah bertambah menjadi 19 dan jumlah murid meningkat kepada 643 orang. Bilangan guru pula seramai 29 orang.

Pada tahun 1986, sekolah ini dinaik taraf menjadi sekolah gred A. Dengan itu, jentera pentadbiran sekolah telah dimantapkan lagi dengan barisan pentadbir yang terdiri daripada Pengetua A 11, 3 orang Penolong Kanan dan Penyelia Petang A 19. Semakin ramai guru siswazah turut menjadi tenaga penajar sekolah ini. Selaras dengan perkembangan tersebut, dua blok bilik kelas bertingkat tiga telah siap dibina pada tahun 1989, untuk menampung keperluan murid yang terus bertambah. Kini, sekolah ini jauh berkembang. Bilangan guru adalah seramai 115 orang dan jumlah murid mencecah angka 1982 orang.

Tradisi dan budaya sekolah yang bermula dengan pengenalan cogan kata, bendera dan lencana sekolah pada tahun 1982 telah diperkaya dengan penetapan visi dan misi sekolah pada tahun 2003. Dalam kesungguhan mengejar kecemerlangan secara seimbang dan harmonis, sekolah ini telah mengupayakan semua kakitangan dan menggerakkan PIBG untuk bergerak secara sinergi untuk membina budaya kerja cemerlang dan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif.

Sebagai sekolah yang berlatarbelakangkan masyarakat yang berbilang kaum dan pelbagai budaya, sekolah ini menghadapi cabaran yang hebat untuk menterjemahkan agenda pendidikan negara kepada kemenjadian murid yang cemerlang dari segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani. Malahan, perpustakaan sekolah yang telah musnah dijilat api pada 17 Jun 2005 merupakan dugaan yang amat mencabar. Namun, dengan adanya semangat juang yang kental, ikatan semangat berpasukan yang kuat, dan usaha gigih yang tidak mengenal kecewa dan putus asa, SMK Sungai Tapang berjaya menampilkan kecemerlangan dalam bidang pentadbiran, kurikulum dan kokurikulum, serta pembinaan sahsiah. Daripada sebuah sekolah yang mempunyai imej yang agak negatif dari segi disiplin murid suatu masa dahulu, sekolah ini telah berjaya membuat lompatan saujana, iaitu menjadi pilihan dan rebutan murid dari sekolah lain, terutamanya bagai kelas Tingkatan 1 dan Tingkatan 2.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Tapang
Km 13 Jalan Penrissen
93250, Kuching
Sarawak, Malaysia
Telefon = 6082612851
Fax = 6082612844

Pautan luar[sunting | sunting sumber]