Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Mutiara Rini 2

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Mutiara Rini 2
Lokasi
OFF JALAN HANG JEBAT, TAMAN MUTIARA RINI, 81300, Skudai,, Johor Darul Takzim
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Ditubuhkan (2001-04-27) 27 April 2001 (umur 22)
PengetuaEn Kassim B Mahadi


Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Mutiara Rini 2 atau nama ringkasnya SMK Taman Mutiara Rini 2, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di OFF JALAN HANG JEBAT, TAMAN MUTIARA RINI.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Mutiara Rini 2 merupakan Sekolah Menengah yang kedua ditubuhkan dalam Taman Perumahan yang dinamakan Mutiara Rini

Sekolah ini dibina di atas Lot PTD 81965 seluas 9.63 ekar oleh sebuah syarikat swasta iaitu Maju Holding Sdn Bhd, Kuala Lumpur dan direka bentuk oleh Arkitek Rekabina Sdn Bhd, Johor Bahru. Sekolah ini telah dibina berdasarkan konsep "Design and Build".

Kerja-kerja asas pembinaan telah bermula pada 27 April 2001 dan disiapkan pada September 2002. Manakala jalan laluan bertar masuk ke sekolah disiapkan pada Januari 2004.

Bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Mutiara Rini 2, Johor Bahru terdiri dari 5 blok, iaitu Blok Pentadbiran, Blok Akademik, Blok Makmal dan Bengkel, Surau dan Kantin.

Penyerahan Pengoperasian Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Mutiara Rini 2 telah diadakan pada 1 Jun 2004. Sebelum mula beroperasi, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Mutiara Rini 2 telah menumpang di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Mutiara Rini mulai dari 16 Januari 2004 hingga 31 Mei 2004. Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Rini ketika iaitu Puan Hajah Siti Raudah Bt Moh merupakan Pengetua Pembimbing sekolah ini.

Majlis Penyerahan Plak Pengoperasian Sekolah Baru bersama dengan Perasmian Pembukaan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Mutiara Rini 2 telah dilaksanakan pada 14 Jun 2004 oleh En Kassim B Mahadi.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Mutiara Rini 2
OFF JALAN HANG JEBAT, TAMAN MUTIARA RINI
81300, Skudai
Johor, Malaysia
Telefon = 6075593523
Fax = 6075592032

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]