Kolej Prauniversiti Taman Selayang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Selayang
Lokasi
 Malaysia Jalan Sungai Tua, BATU CAVES, Selangor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah03-361896028
Kod sekolahBEA7602
Pengerusi PIBGEN. SYAROL KHAIRI B. SALLEH
PengetuaPN. NOR ADDHA BT. IBRAHIM
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPN. ANITA BT. TAJUDDIN
Penolong Kanan KokurikulumPN. ROSZAINA BT. RODZI
Faks03-361875303


Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Selayang atau nama ringkasnya SMK Taman Selayang, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Sungai Tua.

Pada 2017, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Selayang memiliki 765 pelajar lelaki dan 790 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1555 orang. Ia mempunyai seramai 114 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Penubuhan

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Selayang adalah salah sebuah sekolah yang terletak di Daerah Gombak, Negeri Selangor Darul Ehsan. Ianya terletak lebih kurang 13 km daripada Pusat Bandar Kuala Lumpur. Pada awalnya, 1985, Tapak sekolah ini adalah merupakan bekas lombong yang telah dijadikan tempat pembuangan sampah oleh Majlis Daerah Gombak. Sekolah ini telah dibuka dan digunakan pada 6 Januari 1986.

Mengapa Ditubuhkan

Sekolah ini didirikan di kawasan yang sedia ada kerana tempatnya yang strategik yang menjadi titik pertemuan atau petengahan di antara kawasan penempatan yang berhampiran. Kawasan penempatan tersebut adalah Taman Selayang, Taman Amaniah, Kampung Sungai Tua, Kampung Jaya, Taman Batu Caves dan beberapa kawasan berhampiran yang lain. Bilangan penduduk yang semakin bertambah telah menyebabkan sekolah ini didirikan untuk menampung keperluan.

Bagaimana Sekolah Mendapat Nama

Dahulunya, dinamakan Sekolah Menengah Rendah Batu Caves. Oleh kerana kedudukan Batu Caves yang terletak agak jauh dengan sekolah, maka nama sekolah ini ditukar kepada Sekolah Menengah Taman Selayang sempena nama kawasan perumahan yang berdekatan dengan persetujuan Jabatan Pendidikan Selangor.

Pengasas Sekolah

Tokoh utama yang menerajui usaha membangunkan sekolah ini ialah Pengetua pertamanya iaitu Tuan Haji Ahmat bin Mansor. Sebelum memulakan tugas sebagai pengetua di sekolah ini, beliau telah berkhidmat di dalam kerjaya pendidikan selama 25 tahun. Lantaran itu, Jabatan Pendidikan Selangor telah memberi kepercayaan kepada Tuan Haji Ahmat bin Mansor selaku “orang tempatan” untuk menerajui usaha membina sekolah ini.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Selayang
Jalan Sungai Tua
Selangor, Malaysia
Telefon = 0361896028
Fax = 0361875303

Pautan luar[sunting | sunting sumber]