Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sri Muda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sri Muda
Logo/Lencana Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sri Muda
Lokasi
Shah Alam,, Petaling,, Selangor,
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan
MotoBerwawasan Dinamik Berilmu
Nombor sekolah603-51218388
Kod sekolahBEA8623
Pengerusi PIBGEncik Alexander
PengetuaEncik Ahmad Za'im Faisal bin Mohammad
GPK Pentadbiran dan AkademikEncik Mohd Din Bin Dollah
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPuan Rajaesvary A/P Ramasamy
Penolong Kanan KokurikulumEncik Nantha Kumar A/L Naciappan
Faks603-51226489


Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sri Muda atau nama ringkasnya SMK Taman Sri Muda, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Taman Sri Muda Jalan Sabar 25/83, Shah Alam, Selangor.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sri Muda memiliki 1034 pelajar lelaki dan 967 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 2001 orang. Ia mempunyai seramai 112 orang guru.2009 Sekolah rendah berhampiran adalah Sekolah Kebangsaan Taman Sri Muda dan Sekolah Rendah Kebangsaan Tamil Ladang Emerald.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Penubuhan Sekolah

SMK Taman Sri Muda (SMKTSM) memulakan sesi persekolahannya pada 1 Disember 1993. SMKTSM menumpang di SMK Seksyen 24, Shah Alam dan diseliakan oleh Puan Lim Siew Khim. Seramai 232 orang murid memulakan sesi persekolahan. Bilangan guru 12 orang dan muridnya ditempatkan dalam 2 kelas peralihan dan 5 kelas tingkatan 1. Pada 1 September 1994 SMKTSM memulakan sesi persekolahan di bangunan baru yang terletak di Jalan Sabar 25/83, Taman Sri Muda, 40400 Shah Alam

Kelab Angklung Wariseni merupakan kebitaraan sekolah, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sri Muda dan ditubuhkan pada 11 Oktober 2011 oleh Puan Norazlena Binti Lazim. Dalam setiap persembahan kelab menggunakan kemahiran 10 sehingga 20 orang ahli dalam satu-satu masa dan memainkan lagu-lagu 'evergreen', moden dan terkini yang terdiri dari pelbagai genre sesuai dengan citarasa para pendengar. Ahli-ahli kelab menjalani latihan dua kali seminggu iaitu pada setiap hari Khamis dan Sabtu. Tetapi sekiranya mendapat jemputan persembahan di luar sekolah ahli-ahli kelab akan membuat latihan selama tiga hari berturut-turut untuk memantapkan persembahan. Ahli-ahli kelab yang baru diberi latihan intensif setiap hari agar dapat bermain dengan baik bersama-sama ahli-ahli senior.

Kelab ini mempunyai seramai 50 orang ahli yang aktif tahun 2022. Mereka terdiri daripada para pelajar tingkatan satu sehingga tingkatan lima di bawah pimpinan dua orang guru penasihat kelab. Antara guru-guru yang terlibat dalam aktiviti kelab ini semenjak ia ditubuhkan sehingga tahun 2022 ialah Puan Elsa Majmiza Binti Murad Khan, Puan Malisa Binti Mohd Mohayudin, Puan Azwani Binti Sibiramalek, Puan Hafiza Binti Ahmad dan Puan Siti Raxkina Binti Kulop Ahmad. Pada tahun 2022, kelab mendapat penambahan dua orang guru penasihat sebagai pelapis iaitu Encik Ahmad Izzakir bin Wan Jusoh dan Cik Noor Fatinah binti Md Nor@Ab.Rahim.

Aktiviti dan kegiatan kelab telah mendapat liputan pelbagai media massa seperti akhbar Sinar Harian dan Berita Harian, Utusan Malaysia, Melaka Hari Ini, majalahdara.com serta YEZZ keluaran Karangkraf. Kelab ini juga telah menyertai beberapa pertandingan antaranya Mimpi ke Bintang, Muzik Ekstra, Pertandingan Bakat anjuran Kraftangan sempena sambutan Hari Kraftangan Kebangsaan 2013, MSU Performing Art Competition 2014 & 2016,  Pertandingan Menari Sekolah Menengah Petaling Perdana 2019, Angklung's Day 2020, Pertandingan Bakat Online JKKN Sabah 2021, Persembahan Berkemahiran Bermain Alat Muzik pada tahun 2022 dan Pertandingan Labamboos anjuran SMA di Bandung pada 2023.

Kelab ini telah membuat persembahan di peringkat antarabangsa iaitu di Malaysia International Children Choral Festival 2017 yang bertempat di UiTM Shah Alam, ASEAN School Games 2018 juga bertempat di UiTM Shah Alam dan Woman 2 Win di Hotel Intercontinental, Kuala Lumpur 2022. Kelab ini juga, telah mendapat liputan TV1 dalam slot Selamat Pagi Malaysia, Generasi Y, Tiada Lama Tiada Baru di TV2, rancangan Assalamualaikum TV Al-HIjrah, Banana Squad di TV3, NTV7 dan TV9, Nasi Lemak Kopi O di TV9 dan di TV3 dalam slot Malaysia Hari Ini dan Borak Kopitiam. Terkini sejarah kelab ini terlakar di dalam buku teks Bahasa Melayu Tingkatan Peralihan yang diterbitkan dan diguna pakai untuk seluruh sekolah di Malaysia oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2020 juga di muatkan dalam buku Pendidikan Muzik Tingkatan 5.

Kelab ini juga telah mengadakan persembahan dipelbagai tempat dan acara antaranya Perasmian Pertandingan Burung Antarabangsa di Bukit Fraser dan Perasmian 1MCAT di KLCC anjuran Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Malaysia, sambutan Bulan Ramadhan dan Hari Raya , persembahan Promosi anjuran Kraftangan Malaysia, Majlis Makan Malam, Program Merakyatkan Seni Budaya Bersama Rakyat (PMS), Majlis Sambutan Harijadi, Persembahan di Karnival Music Youth di Curve, Damansara, Majlis Perkahwinan, Majlis Sambutan Tahun Baru Cina, persembahan Bazar Seni Industri Badan Bukan Kerajaaan JKKN, Perasmian Pertandingan Apresiasi Seni Visual, Majlis Pendaftaran Pelajar Baru FSTEP, persembahan Pameran Inspirasi Alam, Kraftangan Kuala Lumpur, Majlis Anugerah Cemerlang Politeknik, KL Family Fair 2013 MaTiC, Keretapi Sarong 2019, Karnival Eksplorasi STEM Negeri Selangor 2023/2024 dan sebagainya.

Paling menarik kelab ini telah dijemput oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 29 September 2016 untuk mengiringi keberangkatan masuk dan pulang dalam satu Majlis Menjunjung Kasih Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah Binti Haji Hamidun yang diadakan di Hotel Berjaya Time Square, Kuala Lumpur.

Kelab Angklung Wariseni menjalankan Program Jelajah Angklung 1Malaysia pada tahun 2016 dan pada tahun 2017. Kelab ini telah menghasilkan 1 mini album (CD dan VCD) yang memuatkan 14 buah lagu-lagu antarabangsa dan tradisional. Hasil jualan CD dan VCD ini telah digunakan dalam Program Pengantarabangsaan yang diberi nama “Pelestarian Tradisi” di Bandung pada 14 – 17 Oktober 2017.

Kelab Angklung Wariseni ini telah mendapat jemputan rasmi dan membuat persembahan di hadapan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Sultan Perak Darul Ridzuan pada bulan 20 Julai 2018 dalam Majlis Anugerah Srikandi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) di Hotel Istana, Kuala Lumpur juga mengiringi keberangkatan tiba Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dalam majlis Perasmiaan AEON Shah Alam. Pada 9 Mac 2019 yang lalu kelab angklung ini telah membuat persembahan di hadapan Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin sempena perasmian mesyuarat Agung Pandu Puteri Malaysia yang berlangsung di Rumah Pandu Puteri, Bukit Gasing Petaling Jaya.

Kelab ini juga pernah menjuarai pertandingan yang dianjurkan oleh MSU iaitu Performance Art Competition pada tahun 2014 dan mendapat tempat ketiga pada tahun 2016. Pada tahun 2015 kelab ini telah menyertai Pertandingan Lagu Angklung SEAMEO yang berpusat di Thailand. Pertandingan ini disertai lebih daripada 150 buah sekolah di Asia Tenggara dan mendapat tontonan umum yang tertinggi di dalam laman sesawang YouTube. Sempena sambutan Hari Angklung 2020, kelab ini juga telah menyertai pertandingan secara dalam talian yang mana kelab ini telah menggondol tempat kedua dan keempat daripada 3 buah negara yang menyertainya iaitu India, Malaysia dan Indonesia. Kelab ini juga telah menjadi juara favorit di dalam pertandingan ini. Pada tahun 2022 pula mendapat tempat pertama dalam kategori solo dan tempat kedua kategori berkumpulan dalam pertandingan Persembahan Berkemahiran Bermain Alat Muzik Dalam Talian anjuran SMJK Sin Min, Kedah. Tahun 2023 pula kelab mendapat Anugerah Persembahan Khas dalam lomba angklung Labamboos yang dianjurkan oleh LabSchool, Bandung Indonesia.

Kelab ini juga sedang menjalankankan satu Bengkel Angklung yang dinamakan “Sanggar Angklung” untuk semua sekolah dalam Negeri Selangor dan menggunakan modul Mari Bermain Angklung : Lagu Kanak-kanak. Sebuah e-Book juga telah diterbitkan yang berjudul 'Getarkan Jiwa! 10 Buah Lagu Popular' yang mana di dalamnya mengandungi skor angklung 10 buah lagu yang sering didendangkan di pelbagai media. E-Book kedua yang berjudul, "Mari Bermain Angklung : Lagu Kanak-kanak" diterbitkan pada tahun 2023. Terkini, E-Book ketiga juga sudah berada di pasaran bermula Mac 2024 yang berjudul 46 Skor : Hari Raya : Skor Angklung. Di samping itu, Kelab Angklung Wariseni juga sedang merangka satu lagi program pengantarabangsaan pada tahun 2024.

Aktiviti-aktiviti yang dirancang dan dijalankan dipaparkan di laman sesawang

Facebook : https://www.facebook.com/profile.php?id=100091423996722

Blogspot  : http://smktamansrimuda.blogspot.com/

Youtube   : https://www.youtube.com/user/KelabAngklung

TikTok     : https://vt.tiktok.com/UbJe1Q/

WIX         : https://enapoland05.wixsite.com/kelabangklung14

Padlet      : https://padlet.com/g64364429/fqehu66077hwjt11

Google     : https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/k-a-w-team/home


》》SMKTSM HEBAT!!!《《

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

MPAC 2014 - MSU Performance Art Cimpetition (Angklung) - Juara

MPAC 2016 - MSU Performance Art Competition (Angklung) - 3rd Place

PERTANDINGAN ANGKLUNG SEAMO 2015 (JOHAN ANTARABANGSA)

PERMAINAN BOLA TAMPAR NEGERI 2014(NEGERI)

PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW 2013(DAERAH)

ANGKLUNG'S DAY 2020 (ANTARABANGSA) - JUARA (ENSEMBLE) & KEEMPAT (SOLO)

KONSERT BAKAT ONLINE JKKN SABAH 2021 (ANGKLUNG) - JUARA

PERTANDINGAN MALAM BAKAT 2022 SECARA ATAS TALIAN PERINGKAT NEGERI - JUARA & KEDUA

PERTANDINGAN ANGKLUNG LABAMBOOS 2023 - PERSEMBAHAN KHAS

Alamat & No.Telefon[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sri Muda
Jalan Sabar 25/83,
Taman Sri Muda
40400 Shah Alam
Selangor, Malaysia
Telefon = +603-51218388
Faks = +603-51226489

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Taman Sri Muda

Yang kita bangga bersama

Bergerak maju tekun berusaha

Harapan nusa dan bangsa

Padamu guru yang dikasihi

Jasa tetap diingati

Kami berikrar akan berbakti

Berilmu dan berbudi

Hidup harmonii bersatu padu

Kami akan berganding bahu

Berwawasan dinamik berilmu

Menuju ke era maju

Sekolah Menengah Taman Sri Muda

Mencapai kepuncak jaya

Terus cemerlang di setiap persada

Dikenang sepanjang masa

Hidup harmonii bersatu padu

Kami akan berganding bahu

Berwawasan dinamik berilmu

Menuju ke era maju

Sekolah Menengah Taman Sri Muda

Sekolahku yang tercinta

Berwawasan dinamik berilmu

Menuju ke era maju

Luar[sunting | sunting sumber]