Sekolah Menengah Kebangsaan Tambunan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Tambunan
Jenis Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Kod sekolah XEA1219
Lokasi  Malaysia Peti Surat 30 89657, Tambunan,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu, Malaysia
Laman sesawang Sekolah Menengah Kebangsaan Tambunan
Telefon 6087774097
Faks 6087773209


Sekolah Menengah Kebangsaan Tambunan atau nama ringkasnya SMK Tambunan, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di daerah Tambunan, Sabah.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Tambunan memiliki 652 pelajar lelaki dan 676 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1328 orang. Ia mempunyai seramai 69 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Tambunan
Peti Surat 30
89657, Tambunan
Sabah, Malaysia
Telefon = 6087774097
Fax = 6087773209

Asrama SMK Tambunan[sunting | sunting sumber]

Asrama SMK Tambunan atau lebih dikenali sebagai SEMENTA Hostel merupakan Asrama bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Tambunan. Asrama SMK Tambunan terletak di daerah Tambunan, Sabah dan boleh dihubungi dengan menggunakan pengangkutan darat.
Asrama SMK Tambunan merupakan asrama sekolah luar bandar yang terletak 78 kilometer dari Bandaraya Kota Kinabalu. Dari Bandaraya Kota Kinabalu ke asrama ini, masa perjalanannya adalah lebih kurang 1 jam 30 minit dengan merentasi Banjaran Crocker.

Sejarah Asrama[sunting | sunting sumber]

Asrama SMK Tambunan pertama dibina pada 3 Mac 1974 atas sumbangan Datuk Haji Abdul Ghani Gilong ( Menteri Kerja Raya dan Kemudahan Persekutuan)sebanyak $ 1000.00. Asrama ini dibina atas kerjasama PIBAGU yang dipengerusikan oleh Encik Peter Wong @ Ogung. Bagunan pertama ini terdiri daripada 2 buah blok dan boleh menampung seramai 35 pelajar lelaki dan 35 pelajar perempuan.

Kemudian, pada tahun 1977 bangunan tetap asrama dibina di Kampung Kapayan Lama dan dirasmikan pada tahun 1984 oleh YB Datuk Dr. James Ongkili(Menteri Kehakiman Malaysia). Asrama ini terdiri daripada 2 blok penghuni lelaki dan sebuah blok penghuni perempuan.

Selepas itu, akibat daripada struktur bangunan yang tidak stabil, bangunan tetap asrama ini dirancang untuk dibina semula secara "Built and Design". Sementara menungu pembinaan bagunan asrama yang baharu siap, bangunan asrama sementara dibina oleh pihak Teraju Asia pada tahun 1999 dan telah dihuni secara sementara oleh warga asrama sehingga tahun 2000. Asrama ini terdiri daripada sebuah blok penghuni lelaki dan sebuah blok penghuni perempuan dengan muatan 240 pelajar.

Pada tahun 2001 bagunan tetap Asrama SMK Tambunan yang baru telah siap dibina oleh pihak Teraju Asia. Asrama ini terdiri daripada sebuah blok penghuni lelaki dengan muatan 150 pelajar, sebuah blok penghuni perempuan dengan muatan 200 pelajar dan sebuah dewan makan serbaguna. Asrama baru ini telah dihuni oleh warga asrama bermula pada tahun 2001 hingga ke hari ini.

Pencapaian Ko-Kurikulum Asrama[sunting | sunting sumber]

Pencapaian Asrama Mac 2006[1]

  • Peringkat Kebangsaan (Malaysia)
    • Naib Johan Anugerah Seri Asrama Terbilang ASAT Peringkat Kebangsaan
  • Peringkat Negeri Sabah
    • Johan Anugerah Seri Asrama Terbilang Peringkat Negeri 2006
    • Johan Anugerah Warden Lelaki Cemerlang Peringkat Negeri 2006 (En. Cyril John)
    • Naib Johan Anugerah Warden Perempuan Cemerlang Peringkat Negeri 2006 (Cik Tang Sock Ping)
    • Naib Johan Dramatari Peringkat Negeri 2006
    • Naib Johan Pidato Bahasa Inggeris 2006 (adik Chloe Joanna Ellron)

Pencapaian Pelajar Mac 2006[2]

  • Peringkat Daerah Tambunan
    • Merentas Desa (wanita) – Johan, Naib Johan & Ketiga
    • Merentas Desa (Lelaki) – Johan, Naib Johan
    • Olahraga – Johan, Naib Johan & Ketiga
    • Bola sepak 18 tahun – 10 wakil
    • Bola baling – 10 wakil
    • Hoki (wanita) – Johan
    • Hoki (lelaki) - Johan
    • Ragbi – 6 Wakil
    • Badminton – 3 Wakil
    • Taekwando – 1 Wakil
    • Sepak Takraw – 6 Wakil
  • Peringkat Bahagian Keningau
    • Merentas Desa (wanita) – Johan, Naib Johan & Ketiga
    • Merentas Desa (Lelaki) – Johan & Ketiga
    • Olahraga – Johan, Naib Johan & Ketiga
    • Bola sepak 18 tahun – 10 wakil
    • Bola baling – (Naib Johan) 2 wakil
    • Hoki – 31 wakil
    • Ragbi – 6 Wakil
    • Badminton – 3 Wakil
    • Taekwando – 1 Wakil
    • Sepak Takraw – 6 Wakil
  • Peringkat Negeri Sabah
    • Merentas Desa (wanita) – Johan & Naib Johan
    • Merentas Desa (Lelaki) – Johan & Naib Johan
    • Olahraga – Johan, Naib Johan & Ketiga
    • Bola sepak 18 tahun – 1 Wakil
    • Bola baling – (Naib Johan) 2 Wakil
    • Hoki – 1 Wakil
    • Ragbi – 1 Wakil
    • Taekwando – 1 Wakil
  • Peringkat Kebangsaan (Malaysia)[3]
    • Merentas Desa (wanita) – Wakil
    • Merentas Desa (Lelaki) – Wakil

Inovasi Asrama/Tambah Nilai[sunting | sunting sumber]

(Sehingga Tahun 2006)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]