Sekolah Menengah Kebangsaan Tatau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Tatau
Lokasi
KM60, Jalan Bintulu-Sibu, 97200, Tatau, Sarawak Bumi Kenyalang,
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah, Sekolah kerajaan
MotoUsaha Pasti Jaya
Nombor sekolah6086584616
Kod sekolahYEA9201
PengetuaLayang anak Ugek
Faks6086584251


Sekolah Menengah Kebangsaan Tatau atau nama ringkasnya SMK Tatau atau SMKeTa merupakan sebuah sekolah menengah yang terletak di Tatau, Sarawak.

Pada tahun 2023, Sekolah Menengah Kebangsaan Tatau memiliki 789 pelajar lelaki dan 838 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1627 orang. Sekolah Menengah Kebangsaan Tatau juga mempunyai seramai 112 orang guru.2023

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Tatau ditubuhkan pada pertengahan tahun 1970-an. Pada mulanya, Sekolah Menengah Kebangsaan Tatau bertapak di Sekolah Kebangsaan Bintulu. Kemudian, Sekolah Menengah Kebangsaan Tatau berpindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sebauh, Sekolah Kebangsaan Tatau di Kuala Annau dan kini bertapak tetap di pekan Tatau. Sekolah Menengah Kebangsaan Tatau telah dirasmikan pada 13 April 1987 oleh Allahyarham Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud. Tempoh pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Tatau mengambil masa kira-kira lima tahun dan siap pada tahun 1983. Sekolah Menengah Kebangsaan Tatau yang beroperasi pada tahun 1986 kini menjadi sekolah yang maju dari segi akademik, kokurikulum dan dilengkapi dengan kemudahan asas seperti telefon awam, makmal komputer serta asrama. Pada tahun 2017, pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tatau yang ke-12, Peter Use Lenjau melakukan penjenamaan semula nama sekolah dengan menginspirasikan nama SMKeTa yang membawa pengertian SMK Tatau, Sekolah Kita.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Tatau
KM60, Jalan Bintulu Sibu
97200, Tatau
Sarawak,  Malaysia
Telefon = 6086584616
Fax = 6086584251

Pautan luar[sunting | sunting sumber]