Sekolah Menengah Kebangsaan Tawau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian

Koordinat: 4°15′44″N 117°53′23″E / 4.26222°N 117.88972°E / 4.26222; 117.88972

Sekolah Menengah Kebangsaan Tawau
Lencana SMKTawau.png
Lokasi
 Malaysia Peti Surat 295, 91007, Tawau, Sabah
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, sekolah kerajaan
MotoIlmu Asas Kejayaan
Nombor sekolah6089772611
Kod sekolahXEE3052
Faks6089774331


Papan tanda SMK Tawau
SMK Tawau

Sekolah Menengah Kebangsaan Tawau atau SMK Tawau adalah salah sebuah sekolah yang terdapat di daerah Tawau, Sabah, Malaysia. Ia terletak lebih kurang dua batu dari pusat bandar Tawau. Sekolah ini menerima pelajar dari tingkatan peralihan hingga ke tingkatan enam atas. Ia dirasmikan pada tahun 1958.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Tawau memiliki 785 pelajar lelaki dan 991 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1776 orang. Ia mempunyai seramai 114 orang guru.2009.

Identiti sekolah[sunting | sunting sumber]

[sunting | sunting sumber]

Logo sekolah SMK Tawau telah direka bentuk oleh Mohd. Irwanshah Dalloh Tingkatan 5 (1986).[perlu rujukan] Di atas logo ini tertera motto sekolah ini.

Visi sekolah[sunting | sunting sumber]

SMK Tawau Unggul dan terbilang

Misi sekolah[sunting | sunting sumber]

" Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara"

Matlamat sekolah[sunting | sunting sumber]

  • Mewujudkan sistem pengurusan kurikulum yang berkesan secara berterusan ke arah pencapaian prestasi PT3 dan SPM yang terbaik dari segi kualiti dan kuantiti.
  • Menghasilkan modal insan yang berilmu dan berketrampilan.
  • Melaksanakan sistem pengurusan dan pentadbiran yang telus dan berkualiti.
  • Melestarikan budaya cemerlang dan persekitaran kondusif.

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Ilmu Asas Kejayaan

Smk Tawau berdiri megahnya;
Sekolah kami yang tercinta;
Menjadi lambang mendidik bangsa;
Membangun Malaysia tercinta.
Ilmu Asas kejaayaan;
SMK Tawau tetap amalkan;
Bersopan santun berdisiplin sentiasa;
Mendukung Rukunegara.

Sesi[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini menyediakan dua sesi pembelajaran iaitu:

  • Sesi pagi — untuk pelajar pelajar yang berada dalam tingkatan 4 hingga ke tingkatan 5.
  • Sesi petang — dihadiri pelajar-pelajar dari tingkatan peralihan, tingkatan satu sehingga tingkatan 3.

Pencapaian dan anugerah[sunting | sunting sumber]

  • Anugerah Sekolah Cemerlang Kategori Sekolah Menengah Harian Bandar Kementerian Pelajaran 2009[1]
  • Sekolah Impian Sabah
  • Anugerah Khas Tokoh Nilam Kategori Sekolah Menengah Bandar Peringkat Daerah
  • Anugerah Khas Pengurusan Nilam Cemerlang 2009 Kategori Sekolah Menengah Bandar
  • Anugerah Sekolah Rakan Alam Sekitar (2007/2008) Peringkat Negeri Kategori Penghijauan Sekolah
  • Naib johan Kawad Peringkat Negeri.
  • Johan Olahraga Peringkat Daerah Tawau tiga tahun berturut-turut sejak 2007
  • Penyertaan antarabangsa bagi kelab dan persatuan dalam Pertandingan Matematik Australia

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Tawau
Peti Surat 295
91007, Tawau
Sabah, Malaysia
Telefon = 6089772611
Fax = 6089774331

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Berita Harian (T/A). "SMK Tawau Utamakan Budaya Ilmu, Keterampilan". Pusat Maklumat Rakyat. Dicapai pada 2009-11-22. Check date values in: |date= (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]