Sekolah Menengah Kebangsaan Tebobon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Tebobon
Lokasi
Peti Surat A-12, 88450, Inanam, Sabah
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan
MotoTekun Berusaha
Nombor sekolah088-496392
Kod sekolahXEA4046
Pengerusi PIBGTaidin Suhaimin
PengetuaFARIDAH BT RAIMIN
Lagu"TEKUN BERUSAHA" "I LOVE MY SCHOOL"
GPK Pentadbiran dan AkademikLily Natasha Abdullah
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridRaziah Abdul Habi
Penolong Kanan KokurikulumJustine Magian


Sekolah Menengah Kebangsaan Tebobon atau nama ringkasnya SMK Tebobon, merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Peti Surat A-12.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Tebobon memiliki 946 pelajar lelaki dan 951 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1897 orang. Ia mempunyai seramai 108 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Tebobon atau lebih dikenali sebagai SMK Tebobon ialah sekolah kerajaan yang dibina pada sekitar tahun 2001. Pada asalnya, tapak tempat pembinaan SMK Tebobon ialah merupakan sebuah ladang pokok getah. Nama 'Tebobon' yang diambil oleh SMK Tebobon adalah berasal daripada nama Kampung Tebobon yang terletak di kaki bukit, tempat di mana SMK Tebobon turut berada. Sekolah Smk Tebobon mempunyai kawasan yang sangat luas dan bangunan yang besar seakan-akan tahap universiti. Sekolah ini ditempatkan di atas bukit dengan pemandangan yang indah seperti Gunung Kinabalu dan bukit-bukau yang menjadi pencakar langit.

SMK Tebobon mula beroperasi pada 02 Januari 2002. Sekolah ini terletak dalam kawasan Menggatal dan berada dalam Kampung Tebobon. Keluasan ini lebih kurang 25 ekar. Lokasinya amat strategik kerana kedudukan sekolah ini berhampiran dengan beberapa buah institusi pendidikan tinggi seperti Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Politeknik Kota Kinabalu, dan Institut Kemahiran Mara (IKM).

Kos perbelanjaan bagi membina bangunan sekolah ini dianggarkan lebih kurang RM22,500,000 (RM22.5 juta). Bangunan sekolah ini dibina oleh kontraktor yang terkenal iaitu Teraju Asia SDN BHD. Projek pembinaan ini dimulakan pada bulan Oktober 2000 dan siap dalam tempoh 20 bulan. Bangunan sekolah ini telah siap dibina dan mula beroperasi pada 6 Januari 2003. Upacara penyerahan sekolah oleh pihak pemaju kepada Jabatan Pendidikan Sabah telah dilaksanakan pada 3 Januari 2003 bersamaan Hari Jumaat di Dewan Terbuka, SMK Tebobon. Kedudukan sekolah ini amat menarik secara geografi dengan bangunannya tersergam indah di kawasan tanah tinggi berhampiran dengan kawasan perkampungan dan boleh dilihat pada jarak yang jauh.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

PENCAPAIAN AKADEMIK:

Rus Syazwyna Binti Rus Hilmy, SPM 9A (2019)


PENCAPAIAN SUKAN:

SMK Tebobon, Rus Zareef Hazmy Bin Rus Hilmy pingat gangsa tenis beregu campuran MSSM Malaysia B-15 (Sep 2023)

SMK Tebobon, Rus Zareef Hazmy Bin Rus Hilmy juara tenis perseorangan MSSS Sabah B-15 (Jul 2023)

SMK Tebobon, Rus Zareef Hazmy Bin Rus Hilmy sukuakhir tenis perseorangan MSSM Malaysia B-15 (Sep 2022)

SMK Tebobon, Rus Zareef Hazmy Bin Rus Hilmy juara tenis perseorangan MSSS Sabah B-15 (Jul 2022)

SMK Tebobon juara bola sepak MSSD Kota Kinabalu B-18 Kali Ke-49 (2022)


PENCAPAIAN LAIN-LAIN:

Kantin Sekolah paling bersih - (2012)

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Tebobon
Peti Surat A-12
88450, Inanam
Sabah, Malaysia
Telefon = 088496392
Fax = 088496392

Pautan luar[sunting | sunting sumber]