Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Mas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Mas
Moto "Menjana Kecemerlangan Pendidikan Sejagat"
Ditubuhkan Jun 2000
Dirasmikan 14 Mac 2001
Jenis Sekolah Menengah Berasrama Harian
Pengetua Hajah Kamariah binti Hj. Othman
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik Pn. Darma Taksiah binti Kamaruddin
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Tn.Hj Zulkefli bin Salleh
Penolong Kanan Kokurikulum Pn.Siti Salwah binti Ab.Aziz
Pengerusi PIBG Tuan Haji Azman bin Mohamad Noor
Lokasi KM 9, Telok Mas, Melaka
Kemasukan Pelajar 965 pelajar
Nama singkatan S.M.K.T.M/SYSTEM
Laman sesawang [1]
Telefon (+6)06-2615292
Faks (+6)06-2619422

Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Mas (dikenali sebagai SMKTM atau SYSTEM) merupakan sebuah sekolah menengah berasrama harian yang dibina di sebidang tanah seluas 6.32 hektar di kawasan Telok Mas Telok Mas, Melaka. SMKTM merupakan antara sekolah Rancangan Khas dan Kawalan yang dikhaskan untuk pelajar Bumiputera di daerah Melaka Tengah, Melaka dan pada tahun 2008, seramai 41 pelajar mendapat 8A untuk peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan pada tahun 2012, seramai 34 orang telah berjaya mendapat keputusan 8A. Sehingga kini, SMKTM masih giat berusaha untuk menjadi sebuah sekolah yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Sejarah sekolah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Mas (SMKTM) mula dibina pada bulan Jun 2000 di atas sebidang tanah seluas 6.32 hektar di kawasan Telok Mas di bawah DUN Alai. Sekolah ini terdiri daripada 4 blok utama iaitu Blok A (pentadbiran), Blok B (bilik darjah), Blok C (makmal sains) dan Blok D (bengkel dan pusat sumber). SMK Telok Mas juga menyediakan kemudahan asrama untuk pelajar-pelajar lelaki dan perempuan dengan kapasiti maksimum 400 orang pelajar.

Bermula dengan 8 buah kelas Tingkatan 1 dan 3 buah kelas Tingkatan 2. Pelajar Tingkatan 1 terdiri daripada kumpulan pertama pelajar Rancangan Khas (RK) seramai 160 orang dan selebihnya pelajar Rancangan Biasa. Pelajar Tingkatan 2 pula terdiri daripada pelajar-pelajar yang asalnya bersekolah di SMK Seri Mahkota dan SMK Ayer Molek. Jabatan Pelajaran Negeri Melaka juga telah menempatkan seramai 5 orang pelajar Rancangan Khas Sukan (RKS).

Pelajar Rancangan Khas (RK) terdiri daripada pelajar yang mendapat keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang cemerlang dan memuaskan tetapi gagal untuk mendapat tempat di Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) atau Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI). Pelajar-pelajar ini akan ditempatkan di asrama sekiranya terpilih, manakala pelajar Rancangan Biasa (RB) terdiri daripada pelajar yang tinggal berhampiran dengan sekolah dan mendapat keputusan UPSR sekurang-kurangnya 3A 2C untuk bersekolah di sekolah ini.

Atas persetujuan orang ramai, Kerajaan Negeri Melaka telah mempertimbangkan permohonan tersebut untuk membiayai yuran makan dan minum pelajar-pelajar Rancangan Khas yang ditempatkan di asrama sebanyak RM1.00 seorang (sehari) bermula pada tahun 2002 sehinggalah kini.

Berdasarkan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka (EXCO) pada 28 Februari 2001 dan disahkan pada 14 Mac 2001, keputusan telah dibuat untuk menjadikan SMK Telok Mas sebagai sekolah berasrama kerajaan negeri Melaka.

SMK Telok Mas telah mendapat perhatian yang jitu daripada kerajaan negeri, Jabatan Pelajaran Melaka, Pejabat Pelajaran Daerah dan masyarakat setempat atas kecemerlangan yang dicapai bertahun-tahun lamanya. Buat kali pertama, SMK Telok Mas telah diuar-uarkan di akhbar Berita Harian pada 20 Mei 2001.

sejarah sekolah smk telok mas

Sejarah Perpustakaan SMK Telok Mas[sunting | sunting sumber]

Pusat Sumber Sekolah SMK Telok Mas mempunyai sejarah perkembangannya tersendiri.[2] Perkembangannya adalah seiring dengan perkembangan sekolah ini yang memulakan sesi persekolahannya pada tahun 2002. PSS SMK Telok Mas terletak di tingkat atas bangunan tiga tingkat. Pada awal penubuhannya, koleksi bahan bacaan dan buku-buku yang ada adalah sangat terhad jumlahnya. Namun, hasil sumbangan individu seperti guru-guru dan tuan pengetua sendiri telah dapat menambahkan koleksi buku dan bahan bacaan yang ada.

Fungsi PSS dalam merangsang aktiviti P&P semakin menonjol. Pada tahun 2003, guru-guru mula menggunakan kemudahan BBM sepeti televisyen, OHP dan bilik tayang untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, PSS digunakan untuk aktiviti Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM)[3] yang wajib bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Walaupun masih dalam usia yang terlalu muda, PSS SMK Telok Mas semakin matang dalam memenuhi keperluan warga SMK Telok Mas dan pelajar-pelajar khususnya. Pada tahun 2004, PSS terus mengorak langkah untuk mempertingkatkan funsinya bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkualiti. Dua unit ditubuhkan iaitu Bilik Warisan dan unit ‘Red Spot’ sebagai tambahan unit yang sedia ada.

Senarai Pengetua sekolah[sunting | sunting sumber]

Tn Hj Abdul Karim bin Hj Daud

Pengetua pertama: Tuan Hj abd.Karim bin Hj.Daud (5 Disember 2001- hingga 23 Februari 2003


Pn Hjh Che' Gayah bt Ariffin

Pengetua kedua: puan hajah che' gayah bte ariffin ( 1 Mac 2003- hingga 2005)

Datin Hjh Norliah bt Adam

Pengetua ketiga:Datin hjh Norliah bte adam( 16 Disember 2005- 31 mei 2007)

Cik Hajah Jamilah Bt Ismail

Pengetua keempat: Cik hajah Jamilah bte ismail( 1 jun 2007- hingga 30 Disember 2011)

Tn Hj Daud Bin Abdul

Pengetua kelima: Tn hj Daud bin Abdul( 1 januari 2012- hingga Disember 2012)

Tuan Hj Yusof Bin Othman

Pengetua keenam: Tuan Hj. Yusof bin othman( Januari 2013- hingga November 2016)

Puan Hajah Kamariah bt othman

Pengetua ketujuh: Puan Hjh Kamariah bt Othman( Disember 2016- hingga kini)

Tokoh sekolah[sunting | sunting sumber]

Lagu rasmi sekolah[sunting | sunting sumber]

Berjuang beramal amalanku
Ceria mesra selalu prinsip hidupku
SMKTM jadikan pusat ilmu
Putera puteri SMKTM terus majuSMKTM sekolah kebanggaan kita
Menjadi sekolah tercinta
Gigih cekal berjuang pasti jaya
Kecemerlangan menjadi visi kita

Ayuhlah wahai rakan semua
Bersatu teguhkan perjuangan kita
SMKTM jadikan gedung ilmu

SMKTM terus maju jaya

Pencapaian sekolah[sunting | sunting sumber]

  • Johan Pusat Sumber Sekolah Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2008
  • Johan Pusat Sumber Sekolah Cemerlang Peringkat Negeri 2008
  • Johan Anugerah Sekolah Cemerlang Harian Bandar Berasrama Peringkat Kebangsaan 2008
  • Johan Anugerah Sekolah Cemerlang Harian Bandar Berasrama Peringkat Negeri 2008
  • Johan Anugerah Seri Asrama Terbilang Peringkat Kebangsaan 2008
  • Johan Anugerah Seri Asrama Terbilang Peringkat Negeri 2008
  • Tempat ke-11 Pertandingan F1 In Schools Peringkat Kebangsaan 2007
  • Johan Pertandingan F1 In Schools Peringkat Zon Selatan 2007
  • Tempat ke-9 Pertandingan Rimup F1 In Schools Peringkat Kebangsaan 2007
  • Saguhati Program Sekolah Selamat - Sekolah Bandar Peringkat Kebangsaan 2006
  • Johan Program Sekolah Selamat - Sekolah Bandar Peringkat Negeri 2006
  • Saguhati Anugerah Sekolah Selamat (ASAT) Peringkat Kebangsaan 2006
  • Johan Anugerah Sekolah Selamat (ASAT) Peringkat Negeri 2006
  • Johan Sekolah Bersih Dan Indah Peringkat Negeri 2006
  • Johan Sekolah Bersih Dan Indah Peringkat Daerah 2006
  • Johan Pertandingan Ceria Merdeka Peringkat Negeri 2006
  • Johan Pertandingan Ceria Merdeka Peringkat Daerah 2006
  • Tempat ke-4 Bilik Operasi Buku Teks (BOSS) Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2005
  • Johan Bilik Operasi Buku Teks (BOSS) Cemerlang Peringkat Negeri 2005
  • Johan Pusat Sumber Cemerlang - SMK Bandar Peringkat Negeri 2005
  • Naib Johan Bengkel ERT Peringkat Negeri 2005
  • Tempat ke-3 Makmal Sains Tulen Peringkat Negeri 2005
  • Johan pertandingan bola baling peringkat Negeri Melaka 2012
  • Johan Pertandingan Bahas Ala Parlimen Peringkat Negeri Melaka
  • Naib Johan Pertandingan Bola Tampar (lelaki) Peringkat Negeri 2015
  • Tempat ke-3 Bola tampar perempuan peringkat Negeri 2015
  • Johan pertandingan Paintball perempuan peringkat Negeri dan Naib Johan peringkat kebangsaan 2015
  • Tempat ke- 3 Pertandingan Sajak Bahasa Melayu peringkat Negeri 2015
  • Tempat ke- 3 Pertandingan Pidato Bahasa Melayu peringkat Negeri 2015
  • Penyertaan pelajar F1 in School Peringkat Zon Selatan 2015
  • Johan Keseluruhan Perkhemahan Kadet Koreksional Peringkat Negeri 2015
  • Johan Kawad kaki Kadet Koreksional Peringkat Negeri 2015
  • Johan Sentap (perempuan) Kadet Koreksional Peringkat Negeri 2015
  • Johan Pertandingan Bola Tampar P18 Peringkat Negeri 2016
  • Johan Kejohanan Sepak Takraw SPTS Champion School 2016
  • Tempat ke-3 Sepak Takraw B15 Peringkat Kebangsaan 2016
  • Naib Johan Pertandingan Mendeklamasi Sajak Peringkat Negeri 2016
  • Naib Johan Sentap Perempuan Perkhemahan Kadet Koreksional Peringkat Negeri
  • Johan Pertandingan Bola Jaring 3 on 3 Kejohanan Piala Menteri Pendidikan 1M1S Peringkat Negeri 2016
  • Naib Johan Pertandingan Cookingthon Anjuran PPIM Negeri Melaka 2016
  • Wakil negeri Melaka dan Negara ke Pertandingan Ragbi 2016

Pencapaian unit kokurikulum 2016 & 2017[sunting | sunting sumber]

kokurikulum 1
unit kokurikulum
kokurikulum 2


Visi dan misi sekolah[sunting | sunting sumber]

Visi:

SMK Telok Mas ialah sebuah sekolah berasrama terbaik di Melaka dan berpotensi mencapai keputusan cemerlang, sekaligus menarik minat dan keyakinan masyarakat setempat.

Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Mas Menjadi Sebuah Sekolah Yang Ideal Di Negeri Melaka Menjelang Tahun 2015.

Misi:

SMK Telok Mas berhasrat untuk menghasilkan pelajar berkualiti di bidang kurikulum dan kokurikulum dan sahsiah terpuji, di samping menghasilkan jaguh sukan di peringkat zon mahupun negeri.

Demi merealisasikan Visi, kami Warga Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Mas akan:

  • Meningkatkan pencapaian akademik pelajar.
  • Mengoptimumkan penglibatan pelajar dalam bidang kokurikulum.
  • Melahirkan pelajar yang bersahsiah tinggi.
  • Mewujudkan persekitaran yang kondusif.
  • Memberikan perkhidmatan yang berkualiti.

Galeri Warisan Sejarah[sunting | sunting sumber]

Galeri Warisan Sejarah Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Mas terletak di blok pentadbiran sekolah. Terdapat beberapa objektif galeri warisan ini ditubuhkan antaranya ialah untuk memupuk:

  1. Rasa cinta akan sejarah dan warisan sekolah yang telah lama didokumentasikan
  2. Mengetahui sejarah penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Mas
  3. Menghayati pengorbanan yang telah dilalui oleh guru dan pelajar terdahulu
  4. Menanamkan semangat jati diri dalam kalangan warga SMKTM
  5. Mengetahui sejarah Kampung Telok Mas

Hiasan dalaman bilik warisan 2017[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Oktober 2017 Bilik warisan Sekolah Menengah kebangsaan telok Mas telah mengalami pengubahsuaian. hal ini berikutan maklumat yang sedia ada adalah dari tahun 2002-2008 sahaja.namun begitu atas usaha tuan pengetua Hajah Kamariah bt Othman untuk mengembalikan nostalgia bilik warisan ini telah dikemaskini oleh barisan AJK guru dan pelajar yang telah dilantik. Hasil usaha semua kakitangan sekolah mencari maklumat dan menata rias bilik ini telah menimbulkan minat pelajar untuk mengetahui sejarah SMK telok mas. Syabas diucapkan kepada semua Guru dan pelajar yang terlibat.

Kandungan Galeri[sunting | sunting sumber]

  • (1) Sejarah Sekolah
  • (2) Barisan Kepimpinan
  • (3) Pencapaian Sekolah
  • (4) Kenangan Indah sekolah
  • (5) Gambar-gambar mantan pengetua hingga kini
  • (6) Majalah dan album sekolah
  • (7) Trofi kecemerlangan
  • (8) Barang warisan Melayu

warisan kita[sunting | sunting sumber]

labu sayong perak
digunakan untuk melumatkan cili


Penceritaan Bahan Warisan[sunting | sunting sumber]

Sambutan Hari Guru[sunting | sunting sumber]

Sambutan Hari guru Sekolah telah diadakan di Dataran Ilmu SMKTM pada 16 Mei 2017. Aktiviti ini telah dikelola oleh para pelajar Tingkatan Lima yang terdiri daripada pelajar 5 Beta, 5 Alfa, 5 Gamma, 5 Delta, 5 Omega, 5 sigma, 5 Theta. seramai 81 orang guru telah terlibat dalam program ini. Pada tahun 2017, tema Kesultanan Melayu Melaka telah dipilih bagi memeriahkan lagi majlis. Selain itu, pelbagai aktiviti telah diadakan seperti lari dalam guni, bola jaring dan rebut kerusi. Program ini telah berakhir pada jam 12.30 tengah hari.

Kenangan Sambutan Hari Guru SMKTM 2017
Program Guru Penyayang
Sambutan Hari Guru pada 16 Mei 2017

Maklumat sekolah[sunting | sunting sumber]

Alamat surat menyurat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Mas
KM 9, Telok Mas
75450 Melaka

Kod Sekolah: MEA 2098

No. telefon/faksimili[sunting | sunting sumber]

  • No. telefon : (+6)06-2615292
  • No. faksimili : (+6)06-2619422

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Sekolah di Melaka