Sekolah Menengah Kebangsaan Tendong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Tendong
Lokasi
Tendong, 17030, Pasir Mas, Kelantan
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBERSATI, BERUSAHA, BERJAYA
Nombor sekolah6097198429
Kod sekolahDEA3245
PengetuaPn Hajjah Alimah Binti Abdullah
GPK Pentadbiran dan AkademikEn Mayidin Bin Wan Yusof
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridWan Zamree bin Wan Ibrahim
Penolong Kanan KokurikulumYM Tuan Atifah Binti Tuan Ismail
Faks6097191449
Laman sesawang


Sekolah Menengah Kebangsaan Tendong atau nama ringkasnya SMK Tendong, merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Tendong, Pasir Mas, Kelantan.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Tendong memiliki 879 pelajar lelaki dan 826 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1705 orang. Ia mempunyai seramai 110 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Penubuhan[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini mula dibuka pada Januari 1965 yang menumpang di bangunan Sekolah Kebangsaan Tendong (Sekolah Kebangsaan Othman Talib). Pada mulanya dikenali sebagai Sekolah Aneka Jurusan. Ini bersesuaian dengan dasar kerajaan pada masa itu untuk menjadikan sesebuah sekolah itu mempunyai beberapa jurusan/aliran pengajian.Sekolah ini telah memilih jurusan pertanian sebagai aliran pengajiannya. Kemudian, nama sekolah ini ditukar kepada Sekolah Menengah Tendong kerana kerana matlamatnya untuk pelajar-pelajar tingkatan satu hingga tingkatan 3 sahaja.

Perkembangan Fizikal[sunting | sunting sumber]

Pada peringkat awal penubuhannya, sekolah ini hanya menumpang dibangunan Sekolah Kebangsaan Tendong. Pada tahun 1970, barulah sekolah ini mempunyai bangunan sendiri. Pada mulanya hanya ada dua blok bangunan untuk kegunaan pentadbiran dan pembelajaran. Kini (2012), sekolah ini berkembang pesat dari segi fizikalnya. Ia mempunyai 12 blok bangunan iaitu 2 blok bangunan 3 tingkat,3 blok bangunan 2 tingkat, 2 blok bangunan 4 tingkat,1 blok bangunan 1 tingkat, 1 blok bangunan 1 tingkat pusat sumber, 1 blok bangunan 1 tingkat APD, 1 blok bangunan 1 tingkat (Pendidikan Seni, SAL, Unit Matematik), 1 bangunan dewan besar, 1 musalla, dataran yang bernama "Al-Falah" dan 1 bangunan makmal komputer 2 tingkat.

Guru[sunting | sunting sumber]

Encik Othman B Ismail, guru besar yang pertama sekolah ini dan dibantu oleh 2 orang guru iaitu En Zakaria B Awang Ngah dan Cik Khoo Kin Lai. Pada tahun 1970 bilangan guru, telah bertambah daripada 12 kepada 14 orang. 5 tahun kemudian guru di sekolah ini telah bertambah menjadi 43 orang. Tahun 1985 terdapat 58 orang guru, bertambah seramai 44 orang setelah 20 tahun sekolah ini dibuka. Kini 2003 terdapat 106 orang guru sedang bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Tendong.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Tendong
Tendong
17030, Pasir Mas
Kelantan,  Malaysia
Telefon = 6097198429
Fax = 6097191449

Pautan luar[sunting | sunting sumber]