Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan
SMKTAI.png
Lokasi
 Malaysia Jalan Sekayu, Kuala Berang, Malaysia, Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terengganu Darul Iman
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoUSAHA TANGGA JAYA
Ditubuhkan1955
Nombor sekolah6096811231
Kod sekolahTEE5036[1]
PengetuaHaji Mohd Shariff Abd Latiff
Penolong Kanan Pentadbiran dan AkademikBakhtiar Jusoh
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridRobiah Yusof
SingkatanSMKTAI/IPHS
Faks6096811709
Laman sesawang


Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan atau nama ringkasnya SMK Tengku Ampuan Intan (juga disingkatkan sebagai SMKTAI/IPHS), merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan (Asrama Harian) yang terletak di Jalan Sekayu, Kuala Berang, Malaysia.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan memiliki 285 orang pelajar lelaki dan 455 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 740 orang. Ia mempunyai seramai 107 orang guru.2009

Lencana sekolah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan.jpg

Gergaji – Asas Kepada Teknologi

Obor – Penyuluh Kehidupan

Perisai – Ketahanan dan Keselamatan

Roda – Teknologi

Rantaian Gelang – Kepentingan Kokurikulum

Merah – Keberanian dan Dinamik

Kuning – Kedaulatan Raja dan Martabat Bangsa

Putih – Kesucian dan Kemurnian

Biru – Perpaduan dan Keharmonian

Lagu sekolah[sunting | sunting sumber]

Lagu bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan turut dikenali sebagai "Intan Mulia".

SMK Tengku Ampuan Intan

Itulah sekolah kita

Usaha tangga jaya

Itu cogan kata

Menuju kecemerlangan

Itulah Misi dan Visi kami

Warga INTAN akan kotakan

Demi maruah bangsa

Agama dan negara

Lahirkan INTAN mulia

Disiplin amanah dan setia

Ke arah kesejahteraan diri

Insan madani

Wawasan kami

Usaha tangga jaya

Usaha tangga jaya

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini dibuka pada tahun 1955 sebagai Sekolah Rendah Inggeris, dan diberi nama Tengku Ampuan Intan School (TAIS), mengambil sempena nama gelaran Tengku Intan Zaharah Binti Almarhum Tengku Setia Raja, yang dilantik sebagai Tengku Ampuan Besar Terengganu pada 6 Jun 1949, setelah berkahwin dengan Sultan Ismail Nasiruddin Shah (Sultan Terengganu) pada tahun 1944. Pada tahun 1961, TAIS dijadikan Sekolah Menengah Inggeris terulung di daerah ini. Kemudian pada tahun 1964, sebuah sekolah menengah kebangsaan didirikan bersebelahan TAIS. Untuk beberapa tahun, kedua-dua sekolah menengah ini bersaing antara satu sama lain dengan dua orang Guru Besar/Pengetua yang berlainan.

Pada tahun 1971, kedua-dua sekolah menengah ini digabungkan di bawah seorang pengetua, tetapi masih mempunyai dua aliran (Melayu dan Inggeris) dan dinamakan Sekolah Menengah Tengku Ampuan Intan (SMTAI). Pada tahun 1980, Sekolah Menengah Aliran Inggeris telah ditukar kepada aliran Melayu sepenuhnya dan keadaan ini kekal hingga sekarang dan dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan (SMKTAI) pada tahun 1997. Sekolah menengah ini pada mulanya menampung pelajar-pelajar dari 30 buah sekolah ‘feeder’ (Feeder School) dari semua mukim di daerah Hulu Terengganu.

Bagaimanapun setelah Sekolah Menengah Kebangsaan Landas dibuka pada tahun 1971, Sekolah Menengah Kebangsaan Ajil dan Sekolah Menengah Kebangsaan Matang pada tahun 1984 dan SMK Menerong pada tahun 1993, mengurangkan lagi sekolah-sekolah ‘feeder’ ini kepada 12 buah sekolah sahaja. Sekolah-sekolah itu ialah Sekolah Kebangsaan Kuala Berang, Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan, Sekolah Kebangsaan TelagaSekolah Kebangsaan Pauh, Sekolah Kebangsaan Lerek, Sekolah Kebangsaan Dura, Sekolah Kebangsaan Pasir Nering, Sekolah Kebangsaan Dusun, Sekolah Kebangsaan Bukit Gemuruh, Sekolah Kebangsaan Kemat, Sekolah Kebangsaan Padang Setar dan Sekolah Kebangsaan Langgar. Apabila Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Berang dibuka pada tahun 2002 dan Sekolah Menengah Kebangsaan Jenagor dibuka pada tahun 2004 jumlah ‘Feeder School’ semakin berkurangan. Pada tahun 2005, hanya pelajar yang mendapat 5A dan 4A 1B dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dari seluruh daerah Hulu Terengganu akan ditempatkan di SMKTAI. Pada tahun 2006 apabila Sekolah Menengah Kebangsaan Tersat dibuka, sekolah ini mula menjalani satu sesi persekolahan sahaja.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan
Jalan Sekayu, Kuala Berang, Malaysia
Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 6096811231
Faks = 6096811709

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]