Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Bariah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Bariah
Lokasi
 Malaysia Jalan Pasir Panjang, Kuala Terengganu, Malaysia, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoPerpaduan Dan Kebenaran
Nombor sekolah6096247277
Kod sekolahTEB3092[1]
Pengerusi PIBGDato Sabri bin Alwi
PengetuaTuan Haji Mohamad bin A.Ghani
GPK Pentadbiran dan AkademikMazmee bin A.Rahman
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridHj Shafai bin Mohd Amin
Penolong Kanan KokurikulumAhmad bin Abdul Ghawi
Faks6096203902

Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Bariah atau nama ringkasnya SMK Tengku Bariah, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Pasir Panjang, Kuala Terengganu, Malaysia. Sekolah Menengah Tengku Bariah mula dibuka pada tahun 1961 dan merupakan sekolah menengah berbahasa pengantar Inggeris yang kedua di Kuala Terengganu selepas Sekolah Menengah Sultan Sulaiman.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Bariah memiliki 701 orang pelajar lelaki dan 656 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1357 orang. Ia mempunyai seramai 104 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Untuk memenuhi kehendak pendidikan negara khususnya pendidikan di negeri Terengganu, maka pada 2 Januari 1961, sebuah sekolah telah diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan di negeri ini. Sekolah ini diberi nama Sekolah Menengah Tengku Bariah, sempena nama Yang Amat Mulia Tengku Ampuan Muda Terengganu ketika itu.

Sekolah Menengah Tengku Bariah memulakan sidang pengajaran dan pembelajaran pada awal Januari 1961. Pada peringkat permulaan sesi persekolahan, terdapat seramai 388 orang murid dan 15 orang guru sahaja. Encik Ang Boon Hooi dipertanggungjawabkan sebagai Guru Besar pertama.

Pada peringkat awal penubuhan, sekolah ini tidak mempunyai bangunan sendiri. Murid-muridnya terpaksa menumpang di bangunan Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu iaitu pada sesi petang. Keadaan ini tidak berlanjutan kerana pada 16 April 1961, Sekolah Menengah Tengku Bariah mula beroperasi di bangunannya sendiri yang terletak di Lot No.3480 Kampung Pasir Panjang, Kuala Terengganu dengan keluasan 11.636 ekar.

Bangunan yang dibina pada peringkat permulaan ini ialah sebuah bangunan dua tingkat yang mengandungi 10 bilik darjah, sebuah bangunan tandas dan sebuah kantin. Bangunan ini kemudiannya dinamakan Bangunan Cendana. Kini,[bila?] bangunan ini dinamakan Blok Al-Farabi. Di bangunan dua tingkat ini ditempatkan sebuah bilik untuk tingkatan 3, tiga buah bilik untuk tingakatan 2, empat buah bilik untuk tingkatan 1, dan sebuah bilik untuk Kelas Peralihan. Kelas-kelas ini merupakan kelas yang pertama diwujudkan di Sekolah Menengah Tengku Bariah.

Pada 5 Oktober 1961, sekolah ini telah dibuka dengan rasminya oleh Yang Amat Mulia Tengku Ampuan Muda Terengganu kemudian dikenali sebagai Duli Yang Maha Tengku Ampuan Besar Terengganu (Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Bariah Binti Al-Marhum Sultan Hishamuddin Alam Shah).

Pada tahun 1963, beberapa peristiwa utama sekolah telah berlaku. Antaranya:

  • Murid-murid tingkatan 5 buat pertama kalinya menduduki peperiksaan SC/FMC.
  • Tiga buah kelas aliran bahasa Melayu telah dibuka tetapi setahun kemudian, kelas-kelas ini telah berpindah ke Sekolah Menengah Padang Midin dan Sekolah Menengah Panji Alam.
  • Beberapa buah bangunan baharu dibina seperti bangunan dewan sekolah, bangunan makmal dan perpustakaan, bangunan Seni Perusahaan dan beberapa buah bilik darjah tambahan bagi menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah.

Pertambahan bangunan dan prasarana membolehkan sekolah ini mempunyai bilangan bilik darjah yang mencukupi untuk mengadakan satu sidang pengajian sesi persekolahan pada tahun 1991/1992. Bermula pada 1 Januari 1998, Sekolah Menengah Tengku Bariah dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Bariah.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

SMK Tengku Bariah telah mendapat beberapa pencapaian bagi Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2010, iaitu:

  • Tempat pertama di peringkat daerah
  • Tempat ketiga di peringkat negeri
  • Dua orang pelajar berjaya mendapat CGPA 4.00 dalam STPM 2010.
  • Dua orang pelajar lagi berjaya mendapat kesemua 'A' dalam STPM 2010.

Kokurikulum[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini mendapat tempat pertama peringkat daerah kawad kaki farmasi pada dua tahun berturut-turut yang diwakili oleh kadet Polis.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Bariah
Jalan Pasir Panjang, Kuala Terengganu, Malaysia
Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 6096247277
Faks = 6096203902

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]