Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Sarikei

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Sarikei
Lokasi
Peti Surat 78, 96100, Sarikei, Sarawak
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan
Nombor sekolah6084651467
Kod sekolahYFB6101[1]
PengetuaTing Sing Teck
Faks6084655516
Laman sesawang
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google


Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Sarikei atau nama ringkasnya SMK Tinggi Sarikei (juga dikenali sebagai 泗里街高级中学), merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Peti Surat 78. SMK Tinggi Sarikei telah mencapai sekolah kluster kecemerlangan di bawah kepimpinan mantan Pengetua, Encik Vincent Liong Shou Chuan.

Pada tahun 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Sarikei terdapat 544 pelajar lelaki dan 563 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1107 orang dan juga seramai 66 orang guru.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SMK Tinggi Sarikei ditubuhkan pada tahun 1939 dengan nama Hwa Chiew High School (华侨中学). Pengasas-pengasasnya terdiri daripada para peneroka yang berhijrah dari Negeri China pada awal abad ke-20.

Sekolah ini bermula dengan sebuah bangunan papan yang mengandungi 3 buah bilik darjah dan sebuah pejabat. Bahasa Cina digunakan sebagai bahasa pengantar. Sekolah terpaksa ditutup di antara tahun 1942 – 1945 semasa pendudukan Jepun.

Pada tahun 1956, sekolah ini menjadi sebuah sekolah jenis bantuan kerajaan. Mulai 1962, Bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa pengantar utama. Pada tahun 1971 pula, nama sekolah ditukar kepada SMB Tinggi Sarikei (Sarikei High School). Pada tahun 1983, Bahasa Malaysia menggantikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar utama, bermula dengan Tingkatan 1.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Sarikei
Peti Surat 78
96100, Sarikei
Sarawak, Malaysia
Telefon - +6084651467
Fax - +6084655516

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]