Sekolah Menengah Kebangsaan Toh Puan Datuk Patinggi Hjh Normah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Toh Puan Datuk Patinggi Hjh Normah
Lokasi
 Malaysia
D/A Pejabat Pelajaran Daerah Daro
, 96200, Daro, Sarawak Bumi Kenyalang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBerdisiplin dan Berdikari
Nombor sekolah6084823262
Kod sekolahYEE6402
Pengerusi PIBGHasiah Binti Mahmud
PengetuaPauline binti Charles Lemi
GPK Pentadbiran dan AkademikSara binti Minhat
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridHas bin Noh
Penolong Kanan KokurikulumTeo Bee Guan
Faks6084823972
Laman sesawang


Sekolah Menengah Kebangsaan Toh Puan Datuk Patinggi Hjh Normah atau nama ringkasnya SMK Toh Puan Datuk Patinggi Hjh Normah, SMK TPDPH Normah atau SMK TPDPHN, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di D/A Pejabat Pelajaran Daerah Daro, di daerah Daro, Sarawak.

Pada tahun 2017, Sekolah Menengah Kebangsaan Toh Puan Datuk Patinggi Hjh Normah memiliki 458 pelajar lelaki dan 539 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 997 orang. Ia mempunyai seramai 86 orang guru.2017

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Nama asal SMK Toh Puan Datuk Patinggi Hjh Normah, Daro ialah SMK Daro yang ditubuhkan pada tahun 1980. Semenjak 1980 hingga 1983, iaitu selama 4 tahun sekolah ini terpaksa menumpang kawasan dan bilik kelas SRK Camporan, Daro yang terletak di pekan Daro. Sepanjang menumpang di SRK Camporan Daro sekolah tidak dibekalkan dengan prasarana fizikal yang sempurna sehingga mendapat jolokan ”Sri Kajang” kerana bangunannya yang berbumbungkan kajang. Pejabat pentadbiran, rumah pengetua, asrama dan dewan makan adalah dalam bentuk bangunan sementara. Bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran pula, sekolah ini terpaksa beroperasi di sebelah petang kerana pada sebelah pagi semua kelas digunakan sendiri oleh SRK Camporan.

Pada tahun 1984, kerajaan menerusi Kementerian Pelajaran Malaysia telah menerima kemudahan prasarana yang telah siap dibina di tapak seluas 26 hektar dengan kos perbelanjaan berjumlah RM7 juta. Tapak baru SMK Daro ini terletak kira-kira 2 kilometer dari pekan Daro. Pada Mei 1984 SMK Daro telah dipindahkan ke tapak barunya yang dilengkapi pelbagai kemudahan seperti blok pentadbiran, blok pengajaran dan pembelajaran, blok makmal sains am, blok asrama, berek pekerja, kuarters guru, dewan makan dan dapur serta lain-lain kemudahan fizikal seperti tandas, padang permainan dan sebagainya. Kemudahan yang ada ini lebih menjurus untuk sekolah menengah rendah.

SMK Daro telah dibuka dengan rasminya dalam bulan Ogos 1984 oleh mantan TYT Yang Dipertua Negeri Sarawak; Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yaakub. Mulai saat itulah nama SMK Daro secara rasminya ditukar kepada SMK Toh Puan Datuk Patinggi Hjh Normah sempena nama isteri Tun Rahman Yaakub.

Pada tahun 1991, beberapa bangunan tambahan seperti satu blok bilik darjah 3 tingkat [15 bilik], satu blok makmal sains am, satu blok 2 tingkat asrama puteri, satu blok 2 tingkat asrama putera dan dua blok tandas siap dibina. Pada tahun 2003 blok Bangunan Flat Gunasama [32 unit] dan Rumah Pengetua baru pula telah mula dibina yang dijangka akan disiapkan tahun 2008 [3 tahun lewat]. Makmal Komputer pula telah siap dan mula digunakan dalam tahun 2005. Pada tahun 2007, satu blok bilik darjah tiga tingkat, dua blok asrama puteri dan dua blok asrama putera telah mula dibina mulai Disember 2007, dan dijangka akan membuka rasmi pada tahun 2011.

Semoga sekolah ini dapat menjana generasi muda yang cemerlang, gemilang, dan terbilang dari semasa ke semasa. Semoga Tuhan yang Maha Esa sentiasa memberkati sekolah ini dengan nikmat dan hikmat di sebaliknya.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Senarai Pengetua[sunting | sunting sumber]

  1. En. Phang Jin Bui (1980 - 1981)
  2. En. Salleh bin Haji Ahmad (1981 - 1982)
  3. En. Jali bin Haji Kenoi (1983 - 1984)
  4. En. Bolkia bin Abdul Rahman (1985 - 1993)
  5. En. Salam bin Ahmad (1993 - 1995)
  6. En. Sulaiman bin Wak (1996 - 1997)
  7. Tuan Haji Rajaiee bin Jana (1997 - 2011)
  8. Pn. Hajjah Aishah binti Haji Ahmad (2012 - 2014)
  9. En. Nazamud-Din bin Alias (2015)
  10. Norhayati binti Sulaiman (2015 - 2019)
  11. Mordiana binti Haji Nawi ( Disember 2019 - 23 Oktober 2022)

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Toh Puan Datuk Patinggi Hjh Normah
D/A Pejabat Pelajaran Daerah Daro
96200, Daro
Sarawak, Malaysia
Telefon : 6084823262
Fax  : 6084823972

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]