Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Perdana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Perdana
Lokasi
Manjung,Perak
Malaysia
Maklumat
MotoUSAHA UNTUK BERJAYA
Nombor sekolah+6056911154
Kod sekolahAEE1030
Pengerusi PIBGEn.Sathivel
PengetuaPuan Rosiah Binti Mohamed Ariff (sekarang)
GPK Pentadbiran dan AkademikEn. Abdul Hakim Bin Mohd Isa
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn. Hasimah Binti Mohamed Noordin
Penolong Kanan KokurikulumPn. Suzana Binti Abu Bakar
Faks+6056901165
Laman sesawang


Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Perdana atau nama ringkasnya SMK Tok Perdana, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Tok Perdana.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Perdana memiliki 393 orang pelajar lelaki dan 448 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 841 orang. Ia mempunyai seramai 64 orang guru.2009

Sekolah ini ditubuhkan pada awal tahun 1965 dengan nama Sekolah Menengah Rendah Sitiawan atau dengan nama ringkasnya SMR. Kumpulan pertama pelajarnya terdiri daripada 153 orang pelajar yang terpaksa menumpang di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Nan Hwa kerana ketiadaan bangunan sendiri.

Pada bulan Ogos tahun 1965, sekolah ini mendapat bangunan sendiri dan mula diduduki dengan bilangan pelajar seramai 397 orang yang menggunakan dua bahasa pengantaraan iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dari Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Methodist (ACS). Pada 7 Januari 1966, Mesyuarat Lembaga Tadbir Sekolah yang pertama diadakan. Pada tahun 1967, pelajar-pelajar kumpulan pertama telah menduduki peperiksaan SRP atau LCG. Pada 20 Jun 1968, YB En. Mohd Khir Johari Menteri Pelajaran Malaysia telah merasmikan pembukaan sekolah ini.

Apabila tertubuhnya Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sitiawan, sekarang dikenali dengan nama Sekolah Menengah Ahmad Boestamam, pelajar-pelajar aliran Bahasa Melayu Sekolah Menengah Rendah ini dipindahkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK).

Pada tahun 1975, dua blok bangunan tambahan SMR telah siap dibina dan diduduki pada 1 Januari 1976. Kelas-kelas menengah atas mula dibuka dan pengambilan pelajar-pelajar tingkatan 4 mula dijalankan. Pada tahun 1981, pelajar-pelajar sekolah ini mula menduduki peperiksaan SPM buat kali pertamanya.

Tarikh yang paling bersejarah bagi sekolah ini adalah pada tahun 1983 apabila sekolah ini ditukarkan namanya daripada Sekolah Menengah Rendah kepada Sekolah Menengah Tok Perdana. Nama ini diambil sempena mengenang jasa dan bakti seorang bekas penghulu yang berkhidmat di bandar Sitiawan pada awal abad ke-20. 

Sekolah ini terus berkembang maju sehingga mampu mengadakan kelas Tingkatan 4 Sains mulai tahun 1988. Manakala jumlah pelajarnya meningkat sehingga kepada 1051 orang (496 orang pelajar lelaki dan 555 orang pelajar perempuan). Masa terus berlalu, pengetua dan guru-guru juga silih berganti namun sekolah ini tetap berkembang maju terutamanya dalam bidang ko-kurikulum.

1. En. K. Baskaran( 1965-1980 )

2. En. Ismail b. Zakaria ( 1980-1982 )

3. Tn. Hj. Yusra b. Abdul Haddad ( 1982-1984 )

4. Tn. Hj. Adnan b. Mohammad ( 1984-1987 )

5. Tn. Hj. Samsuddin b. Hj. Abdul Hamid ( 1987-1988 )

6. En Yaacob b. Abdul Hamid ( 1988-1989 )

7. Tn. Hj. Hussain b. Hj. Harun PPT ( 1990-1995 )

8. Tn. Hj. Othman b. Mahmud ( 1996-1.7.1996 )

9. En. Mohd Shukor b. Shariff ( 1996-1997 )

10. Pn. Kasthooribai a/p Ramanathan ( 1997-1998 )

11. En. Sukhdev a/l Jeswant Rai ( 1998-4.9.1998 )

12. En. Ahmad Murad b. Abdul Manaf ( 1998-2001 )

13. Tn. Hj. Mohd Arshad AMP b. Hj, Ghazali ( 2001-2005 )

14 Tn. Hj. Shaifuddin bin Hj. Masduki ( 2006 - 2010 )

15. Pn. Hjh. Robiah binti Yaakob ( 2011 hingga 2015 )

16. En. Ibrahim bin Abdullah Thani ( 2015 hingga sekarang )

17. Pn. Sahila binti Shukor ( 2019 )

18. Pn. Rosiah Binti Mohamed Ariff ( 2020 Hingga Sekarang )

Visi sekolah[sunting | sunting sumber]

Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.

Misi sekolah[sunting | sunting sumber]

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.

Piagam Pelanggan[sunting | sunting sumber]

Lencana sekolah[sunting | sunting sumber]

  • Warna biru, merah dan kuning ialah warna bendera kebangsaan.
  • Warna biru melambangkan perpaduan kaum yang menjadi komposisi utama dalam sekolah ini.
  • Warna merah melambangkan keberanian – iaitu murid-muridnya berani menempuh segala halangan dan rintangan untuk mencapai kejayaan. Di samping itu, berani mempertahankan maruah diri serta sekolah daripada tercemar.
  • Warna kuning melambangkan kepatuhan dan sentiasa bersiap sedia. Patuh kepada undang-undang, agama, negara dan peraturan-peraturan sekolah. Bersedia untuk menerima didikan dan pengajaran mematuhi disiplin diri sebagai seorang murid.
  • MOTO – Usaha Untuk Berjaya: Hanya dengan berusaha sahaja murid-murid akan berjaya dalam kehidupan sebagai seorang insan yang bertanggungjawab kepada masyarakat, agama dan negara.
    Lencana SMK Tok Perdana

Pada tahun 2017,SMK Tok Perdana memiliki seramai 47 orang pendidik pada sesi pagi.

Barisan Pendidik SMKTP pada tahun 2016

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Perdana
Jalan Tok Perdana
32000, Sitiawan
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6056911154
Faks = 6056901165

Pautan luar[sunting | sunting sumber]