Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Muhammad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Muhammad.
Lokasi
Km 2 Jalan Tampin, 72000, Kuala Pilah,, Negeri Sembilan Darul Khusus
 Malaysia
Maklumat
Nama lainSekolah Tuanku Muhammad, Tuanku Muhammad School, TMS.
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan, Sekolah Premier, Sekolah Seratus Tahun, Pusat Tingkatan Enam.
MotoKnowledge Is Power (1933-sekarang), Domus Floreat (May This House Flourish) (1914-1933), TMS TERBAIK (2021-sekarang)
Ditubuhkan1914
Sekolah kembarMaktab Sultan Abu Bakar (EC) Johor Bahru & Sekolah Tinggi Batu Pahat (HSBP) ditubuhkan pada tahun yang sama dengan TMS. SMK Clifford (Perak), mempunyai bangunan yang hampir sama dengan TMS.
Autoriti pendidikanKuala Pilah
Kod sekolahNEB1081
Pengerusi PIBGDato' Hanafi bin Sulaiman
PengetuaEN. NOR AMAI SHAM BIN MOHD NOR
Tenaga pengajar75 (3 Pendidikan Khas, 43 Aliran Perdana, 29 Tingkatan Enam)
Jumlah penuntut759
KelasTingkatan 1-3 (15). Tingkatan 4-5 (10). Tingkatan 6 (6)
Bilik kelasUSM , UM , UKM , UTM ,UPM
WarnaBiru dan putih.
SloganThink Best, Think TMS. (TMS TERBAIK)
LaguIlmu Teramat Teguh Setianya
GPK Pentadbiran dan AkademikEn Mohamad Hazrin Bin Mazly
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn Hisham Bin Ismail
Penolong Kanan KokurikulumEn Azizul Bin Mohd Isa
Faks6064819043
Map


Sekolah Tuanku Muhammad (TMS) telah ditubuhkan pada tahun 1914, sama tahun dengan Maktab Sultan Abu Bakar & High School Batu Pahat. TMS merupakan sekolah kedua tertua di Negeri Sembilan. TMS mempunyai dua buah bangunan bersejarah, iaitu Bangunan Warisan & bangunan Old Hostel berbentuk huruf E. Kedua-dua bangunan ini dibina pada tahun 1930 & 1938, dan diiktiraf sebagai Bangunan Warisan & Terpelihara di Negeri Sembilan. Sekolah ini telah melahirkan ramai tokoh terkemuka. Sekolah ini juga bekas sekolah lelaki sehingga tahun 2000, dan juga merupakan sekolah berstatus Premier di Kuala Pilah. Sekolah ini juga pernah dijadikan ibu pejabat bagi penjajah Jepun di Kuala Pilah & markas "Kempeitai". Pada tahun 2014 sekolah ini telah menyambut ulang tahun ke-100, dan pada tahun 2016 sebuah tugu telah dibina di hadapan "White House" oleh Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir selaku Alumni TMS yang mendapat pendidikan rendah & menengahnya di sini.

Sejarah Sekolah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Tuanku Muhammad bermula dengan kelas Bahasa Inggeris yang telah dibuka oleh Encik Pyne, seorang kerani. Kelas ini bertempat di sebuah bangunan lama berhampiran dengan Bangunan Union iaitu Bangunan Syarikat Bas United pada masa ini. Pada tahun 1908, Kuala Pilah English School telah dibuka sebagai sebuah sekolah persendirian. Sekolah ini bertempat di Bangunan Mahkamah di Pejabat Daerah Lama. Kuala Pilah English School ini telah dibiayai oleh seorang dermawan tempatan iaitu mendiang En. Tung Yen. Guru besarnya ketika itu ialah Mr. De Witt.

Pada tahun 1914, Government English School telah dibuka. Guru besarnya yang pertama ialah Mr. J. W. Moore. Semasa dibuka, pelajar-pelajarnya ialah seramai 21 orang dan sehingga akhir tahun tersebut pelajar-pelajarnya telah meningkat kepada 51 orang. Adalah dipercayai bangunan Government English School ini pernah didiami oleh Martin Lister.


Almarhum Tuanku Muhammad

Pada tahun 1918, bangunan baru telah pun siap dibina. Bangunan itu ialah Sekolah Kebangsaan  Kuala Pilah yang pernah digunakan sebagai Pejabat Pendidikan Daerah KPJJ. Pelajar-pelajarnya berpindah ke bangunan baru ini. Guru besarnya ialah En. Nonis. Sekolah ini terus berkembang dan pada tahun 1924, pelajar-pelajarnya telah meningkat kepada 200 orang dengan 6 orang guru. Pada tahun itu juga, pelajar-pelajar sekolah ini telah ditawarkan untuk mengambil Peperiksaan Junior Cambridge.

Pada tahun 1929, bilangan pelajar telah meningkat kepada 331. Pertambahan bilangan pelajar inilah yang membawa kepada pembinaan Sekolah Tuanku  Muhammad yang ada sekarang ini. Tapak bangunan baru ini telah dicadangkan oleh En. Gordon Hall. Dengan itu, terbinalah Sekolah Tuanku Muhammad pada tahun 1930 yang dapat menampung 300 orang pelajar dengan kos binaannya kia-kira $105,995.00.

Selepas kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Tuanku Muhammad pada tahun1933, Government English School ini ditukar namanya kepada Tuanku  Muhammad School bagi memperingati Al-Marhum. Bangunan asrama putera pula telah dibina pada tahun 1938 dan dapat menempatkan kira-kira 26 orang penghuni.

Semasa pemerintahan Jepun, Tuanku Muhammad School telah digunakan oleh Tentera Jepun. Segala peralatan sekolah, buku-buku teks dan perpustakaan telah dimusnahkan atau dibakar. Adalah dipercayai askar-askar Jepun ini telah menanam mangsa-mangsa yang dibunuh di bahagian belakang asrama. Sementara itu, padang sekolah digunakan untuk menanam sayur-sayuran dan ubi kayu.

Setelah tamat pemerintahan Jepun, Tuanku Muhammad School dibuka semula pada 7hb. September 1945 dan Mr. Francis menjadi Guru Besarnya. Sekolah Tuanku  Muhammad terus bekembang maju selepas Perang Dunia Kedua. Dalam tahun 1948, bilangan pelajar yang didaftarkan ialah kira-kira 760 orang. Pada tahun yang sama, sekolah rendah iaitu Tuanku Muhammad Primary, sekarang dikenali sebagai Sekolah Rendah Tuanku  Munawir telah dibuka. Tuanku Muhammad Primary ditempatkan di sekolah ini sehingga tahun 1978, yang kemudianya berpindah ke Bukit Gentam sehingga sekarang. Bangunanya juga masih kekal di tempat asal.

Pada tahun 1951, bangunan tambahan telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman. Pada tahun 1952, bangunan makmal di tepi Jalan Tampin telah dibina. Serentak dengan itu, Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Kurshiah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ampuan untuk menempatkan pelajar perempuan. Dengan itu, Sekolah Tuanku Muhammad menjadi sekolah untuk pelajar lelaki, sebelum diterima semula pelajar perempuan pada tahun 2000.

Pada tahun 1953, sebuah lagi blok bangunan telah dibina untuk menempatkan pelajar-pelajar yang akan mengambil peperiksaan School Certificate iaitu yang pertama di Daerah Kuala Pilah tetapi malangnya tidak ramai pelajar yang berjaya memasuki sekolah ini. Sehingga tahun 1955, bilangan pelajar terus meningkat sehingga 1000 orang. Tahun 1955 juga, sekolah telah menyambut Jubli Perak dan membuatkan pengetua pada zaman itu, Mr. N.R Miller telah menanam sebaris pokok palma (Royal Palm) di hadapan "Main School" bagi memperingati Jubli Perak. Tahun 1956 merupakan tahun pramerdeka dan terdapat banyak perubahan dalam sistem pendidikan pada masa itu. Sekolah Tuanku Muhammad, untuk kali pertamanya mengadakan Peperiksaan Lower Certificate Of Education (LCE) untuk pelajar-pelajar tingkatan tiga. Dalam pada itu, Bahasa Melayu menjadi mata pelajaran wajib bagi semua pelajar.

Pada tahun 1958, kelas-kelas peralihan diadakan untuk membolehkan pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah bukan Inggeris untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah. Pada tahun 1959, pendidikan Vokasional diperkenalkan bersama-sama dengan pembukaan blok seni perusahaan.

Pada tahun 1964, sekolah ini telah menyambut Jubli Emas sempena meraikan 50 tahun pendidikan di Daerah Kuala Pilah. Pada tahun 1968 pula, perpustakaan telah dibuka dan dirasmikan oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan pada masa itu iaitu Encik Khir Johari.


Kedai buku sekolah telah dibuka pada tahun 1970 dan pada tahun yang sama peperiksaan Higher School Certificate (Arts) dimulakan. Pada tahun 1972, bilik-bilik darjah dan makmal-makmal sains tambahan telah dibina untuk mengelakkan daripada mengadakan kelas-kelas sesi petang. Dalam tahun 1974, sekolah telah menyambut Jubli Berlian dan dua perkara penting telah dicatatkan iaitu pembukaan dewan sekolah yang baru dan permulaan kelas-kelas tingkatan enam sains.

Gelanggang sukan yang mengandungi gelanggang tennis, bola keranjang, sepak takraw dan bola tampar telah pun dibina dan dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Jaafar pada 28 Ogos 1985.

Sekolah Tuanku Muhammad merupakan satu-satunya sekolah yang terkemuka lagi tertua di daerah Kuala Pilah dan menjadi tumpuan pelajar dari setiap golongan dan peringkat. Ramai bekas pelajar sekolah ini telah berjaya menjadi pemimpin dan pentadbir terkemuka di negara ini. 

TMS mempunyai sebuah pasukan pancaragam namun telah dihentikan kegiatanya akibat sebab sebab yang tidak dapat dipastikan. Pada tahun 2004, sekolah ini telah diisytiharkan Sekolah Harapan Negeri oleh Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS), dan pada tahun 2011, sekolah ini diisytiharkan pula sebagai Sekolah Premier negeri oleh JPNS.

Pada tahun 2014, sekolah ini telah menyambut 100 tahun penubuhanya. Sebuah tugu telah didirikan di hadapan Bangunan Bersejarah, yang dirasmikan oleh Alumni Kehormat TMS, iaitu DYMM Yang Di-Pertuan Besar Tuanku Muhriz ibni Tuanku Munawir.

Berikut adalah nama-nama rumah sukan yang digunakan di sekolah ini semenjak ditubuhkan sehingga tahun 1983.

Muhamamad (Biru) Terkini: Melewar (Biru)

Gurney (Kuning) Terkini: Muhammad (Kuning)

Cheesemen (Merah) Terkini: Antah (Merah)

Gordon Hall (Hijau) Terkini: Raden (Hijau)

Pengetua[sunting | sunting sumber]

1914 - 1918                      J.W. MOORE

1918 - 1924                      NONIS

1924 - 1929                      P.K. RAMAN

1929 -1931                       GORDON HALL

1931 - 1934                      E.S. REDFEARN

1934                                 C.W. BLOOMFIELD

1934 - 1935                      E.S. REDFEARN

1935 - 1937                      R.M. YOUNG

1937 - 1940                      G.J. GURNEY

1940 -1945                       J.N. DAVIS

1945 - 1946                      V.M. FRANCIS

1946 - 1948                      G.E.D. LEWIS

1948 - 1949                      F.C.W. EDGE

1949 - 1953                      M. OGLE

1953 -1954                      H.G. CLARKE

1954 - 1955                      N.R. MILLER

1956 - 1957                      F.J.A. RAWCLIFFE

1957 - 1959                     J.A.M.C. CUMISKY

1959 - 1961                      K.G. YOGAM

1961 - 1963                      V. MURUGESU

1963 - 1968                      L. PRITAM SINGH

1968 - 1970                      MAPHOR B. BABA

1970 -1971                       D.S.B. MALAYAPILLAY

1971 - 1976                      WILLIAM JALLEH

1976 - 1978                      ALWI B.HJAHMAD

1978 - 1986                      HJ. MOHD ALI B. JAMIL

1986 - 1993                      DATO’ SUDIN B. KAMARI

1993 - 1994                      HJ. ABDULLAH B. LUDIN

1994 - 1995                      HJ. ZAHlDIN B. HJ. SIDEK

1994 - 1996 HJ. ZABIDI B. MOHD ARI         

1997-1998  EN. YAHYA ABD RAHMAN

1998 - 2000                      HJ. AWALUDDIN HJ MD SALLEH

2001 - DIS 2001               MOHD YASSIN MOHD YUNUS

2002 – 2007                     HJ. BASHIR RIDHA B. HJ. ISMAIL

2007 – 2009                     HJ. MD FIAH B. MAT JAMIN

2009 – 2014                     MUSTAFA MOHAMED

2014 - 2017           AZIZAN BIN AZIZ

2017 - 2019 ZAIDI BIN ISHAK

2019 - 2021 HJ. YAHYA ZAINOL ABIDIN

2021 - SEKARANG NOR AMAI SHAM MOHD NOR

Sukan dan Unit Beruniform[sunting | sunting sumber]

TMS mempunyai pelbagai jenis sukan, di antaranya yang paling terkenal ialah sukan ragbi yang telah diperkenalkan sekitar tahun 60an. Nama gelaran bagi pasukan ini ialah TMS Blues. TMS mempunyai persaingan ataupun 'rivalry' dengan pelbagai sekolah di Negeri Sembilan antaranya dengan Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar, Sekolah Dato' Abdul Razak, Sekolah Menengah Kebangsaan King George V, dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Batu Pahat. Pencapaian terbaik sekolah ini ialah ketika kemuncak sukan Ragbi sekolah ini pada tahun 2004 dan 2005. Pada tahun 2004, TMS melangkah ke perlawanan akhir ragbi sekolah Majlis Sukan Sekolah Sekolah Malaysia Bawah-15 namun tewas kepada Kolej Melayu Kuala Kangsar. Pada tahun 2005 pula berjaya melangkah ke final bagi kategori B-15 MSSM namun tewas pula kepada Sekolah Menengah Sains Johor. Pada tahun 2006 pula TMS Naib Johan Ragbi Primier Kebangsaan. Kedua-duanya bertempat di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Saban tahun akan diadakan perrtandingan Ragbi 10 Sebelah yang dikenali sebagai TMS 10s (U13 & U14).

Bekas murid juga terlibat dalam ragbi sekolah apabila bermain untuk TMS Old Boys Rugby (TMS OB) yang dikenali sebagai Old Blues. Mereka bersaing dalam Liga Ragbi Alumni dan Ragbi Ansara. Kadangkala akan diadakan juga perlawanan persahabatan antara pelajar dan bekas pelajar. TMS OB juga bersaing dalam liga NSRU.

Sekolah TMS juga sering menjadi tuan rumah bagi MSSNS Ragbi bawah 15 dan 18. Hal ini berikutan keadaan padang TMS yang tidak botak serta keadaan padang yang baik dikelilingi oleh pokok sena yang ditanam apabila sekolah tersebut dipindahkan ke lokasi sekarang.

TMS juga merupakan sekolah projek sukan untuk ragbi dan kriket. Malahan, kriket juga mempunyai kejuaraan di TMS iaitu TMS Cricket Open 6-es B-11 dan B-15. TMS juga sering melakukan persahabatan dengan sekolah lain, contohnya pada tahun 2012, TMS telah menentang sebuah pasukan dari Pakistan.

Selain itu, TMS juga dikenali kerana mempunyai kelab bola sepak akar umbi yang aktif di Negeri Sembilan iaitu, Akademi Bolasepak TMS Old Boys (TMS Old Boys) yang melahirkan pelbagai pemain daripada peringkat umur 7-17 tahun. Mereka juga bersaing dalam Piala FAM. Pasukan ini bertempat di bandar Seremban dan menggunakan Padang MPS.

Unit beruniform di TMS pula terkenal dengan Pasukan Kadet Polis Wanita yang dikenali kerana kawad kaki. Unit Pengakap pula ialah Kadet Pengakap pertama dan tertua di Daerah Kuala Pilah, yang ditubuhkan sekitar tahun 60an. Selain itu, TMS juga satu-satunya sekolah yang mempunyai unit pancaragam di daerah ini walaupun telah dihentikan.

Alumni[sunting | sunting sumber]

Alumni TMS dikenali sebagai Alumni TMS. Persatuan ini juga mempunyai yayasan mereka sendiri iaitu Yayasan Alumni TMS. Yayasan ini bertujuan memberikan pelbagai bentuk sumbangan kepada pelajar kurang berkemampuan. Yayasan ini juga memberikan sumbangan kepada orang yang kurang berkemampuan serta Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah ketika kemuncak pandemik virus COVID-19 pada Mei 2020. Antara Alumni TMS ialah:

Tuanku Muhriz (11th Ruler of Negeri Sembilan)

Tunku Ampuan Najihah (10th Malaysia's Queen Consort, wife to Malaysia's former King, Tuanku Jaafar)

• Datuk Mansor b. Othman (4th Chief Minister of Negeri Sembilan)

Nasimuddin Amin (NAZA Corporation Founder)

• Tan Sri Datuk G. Gnanalingam (Executive Chairman of Westports Malaysia)

• Profesor Low Teck Seng (CEO of Singapore National Research Foundation)

• Tan Sri Dato' Hashim bin Meon (Former Chief Secretary Minister of Defence & former Selangor State Government Secretary).

• Allahyarham Datuk Ahmad Mokhtar Selat (Former Malaysia Ambassador to Peru)

• Raja Tan Sri Muhammad Alias Raja Muhammad Ali (Former Felda Chairman)

Abu Zahar Ujang (Former Dewan Rakyat's Speaker)

• Jeneral (B) Tan Sri Datuk Seri Ambassador Haji Abdul Aziz Zainal (Former 14th Malaysian Royal Armed Forces General & PERNAMA President)

• Jeneral (B) Tan Sri Datuk Seri Mohd Sharom Dato' Hj. Nordin (Former Panglima Tentera Darat Malaysia and Chairman of SME Ordance Sdn Bhd)

Hasan Malek (Former Malaysia Ambassador to Cambodia)

• Senior Asst. Commisioner (SAC) Shahrul Othman Mansor (Bukit Aman's Director of Traffic Investigation & Enforcement Department (JSPT)

• Abdul Rahim b. Ahmad (Former winner of Malaysia first ever Olympic (bronze))



Lagu sekolah[sunting | sunting sumber]

Megah teguh berdiri,

Menjulang cita pertiwi,

Membentuk jiwa peribadi,

Tuanku Muhammad sekolah kami.


Ilmu teramat teguh setianya,

Cogan kata sentiasa tersemat di dada,

Kami berjanji serta bersedia,

Menimba ilmu berakhlak mulia.


Biru putih warna,

Berkibar megah sentiasa,

Bersatulah kita semua,

Di bawah lambang keagungannya.


Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Muhammad
Km 2 Jalan Tampin
72000, Kuala Pilah
Negeri Sembilan, Malaysia
Telefon = 6064811030
Fax = 6064819043

Rumah Sukan[sunting | sunting sumber]

LAMA: Gurney, Muhammad, Cheesemen, Gordon Hall.

Baru:

Muhammad - Kuning

Raden - Hijau

Antah - Merah

Melewar - Biru