Pergi ke kandungan

Sekolah Menengah Kebangsaan Tumpat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Tumpat
Lokasi
Jalan Kelaboran, 16200, Tumpat, Kelantan
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahsekolah menengah kebangsaan, sekolah kerajaan
Ditubuhkan1957
Nombor sekolah6097257251
Kod sekolahDEE6362
Faks6097254685
Laman sesawang

Sekolah Menengah Kebangsaan Tumpat atau nama ringkasnya SMK Tumpat, merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Kelaboran bersebelahan dengan Hospital Tumpat.

Sekolah Menengah Kebangsaan Tumpat atau dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Tumpat terletak di Kelaboran, Tumpat, Kelantan. Lokasinya bersebelahan dengan Hospital Daerah Tumpat.

Sekolah Menengah Kebangsaan Tumpat adalah nama baru bagi Government English School Tumpat (GEST). Sekolah ini diwujudkan pada tahun 1957, bagi menampung murid-murid Special Malay Class yang telah pun bermula sejak tahun 1954 lagi. Sebaik saja tamatnya Perang Dunia Kedua, sebuah sekolah aliran Inggeris didirikan di setiap daerah. Sekolah-sekolah inilah kemudiannya menjadi asas kepada tertubuhnya sekolah-sekolah menengah di Kelantan.

Kesedaran awal masyarakat terutama di kalangan pemimpin dan warga bukan Melayu telah mempercepatkan penubuhan sekolah ini. Desakan yang dibuat kepada kerajaan pada masa itu akhirnya dipersetujui dan akhirnya lahirlah sebuah sekolah. Berdasarkan sumber-sumber pemimpin setempat dan kandungan majalah tahunan Laksamana, penubuhan GEST adalah atas inisiatif Encik Mohamad Zhinn Awang bersama-sama pemimpin-pemimpin etnik di sekitar Tumpat. Boleh dikatakan kaum Cina, India, Siam selain majoriti Melayu adalah murid yang belajar di sini pada peringkat awal.

Pada peringkat awal penubuhan SMK Tumpat, murid-muridnya terdiri daripada peringkat rendah dan peringkat menengah yang ditempatkan di sebuah bangunan sahaja. Pada peringkat awal ini, guru-guru besarnya iaitu:

terpaksa mentadbir sesi persekolahan pagi bagi sekolah menengah dan sesi persekolahan petang bagi sekolah rendah.

Sistem sekolah gabungan ini berakhir pada 1 Januari 1961 apabila Encik K. Ragavan dilantik menjadi guru besar sekolah menengah sesi pagi dan Encik Khow Mang Hue selaku guru besar sekolah rendah pada sesi petang. Dengan pelantikan ini, Encik K. Ragavan adalah guru besar pertama dan pengasas generasi kedua Sekolah Menengah Kebangsaan Tumpat.

Lagu Sekolah

[sunting | sunting sumber]

Berdiri megah menara harapan,

Suasana ceria dan harmoni,

Pelajar terbilang rajin berusaha,

SMK Tumpat sekolah tercinta.

Kamilah warga yang penuh semangat,

Berpadu erat rakan dan taulan,

Ingin mendokong matlamat suci,

Usaha jaya hidup bahagia.

Para guru berpadu tenaga,

Mencurah bakti harapan bangsa,

Gagah berdiri tak pernah leka,

Mendokong misi untuk semua.

Sekolah Menengah Kebangsaan Tumpat
Jalan Kelaboran
16200, Tumpat
Kelantan, Malaysia
Telefon = 6097257251
Fax = 6097254685

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  • Facebook SMK Tumpat
  • Laman web yang mengumpulkan bekas-bekas pelajar Sekolah Menengah Tumpat
  • Laman web rasmi Sekolah Kebangsaan Tumpat: http://www.smktumpat.com/
  • "Secondary Schools in Kelantan, Malaysia - Sekolah Menengah di Kelantan, Malaysia". JADN Repository. Dicapai pada 2008-11-27. Unknown parameter |tahun= ignored (bantuan)
  • Laman group Bekas Pelajar-pelajar Sekolah Menengah Tumpat 1986