Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abd. Aziz

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abd. Aziz
Lokasi
Simpang Empat, 06650, Alor Star, Kedah Darul Aman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBertekun sambil Berbakti
Nombor sekolah6047641213
Kod sekolahKEE2104[1]
Pengerusi PIBGEncik Mazree
Pengetua'Puan nur asikin
GPK Pentadbiran dan AkademikEncik Ishak
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEncik Adullah
Penolong Kanan KokurikulumEncik Samsur
Faks6047644386
Laman sesawang


Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abd. Aziz atau nama ringkasnya SMK Tunku Abd. Aziz, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Simpang Empat.

Pada 2012, Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abd. Aziz memiliki 703 pelajar lelaki dan 747 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1450 orang. Ia mempunyai seramai 88 orang guru.2009

Bendera Sekolah Merah - melambangkan keberanian dan kesungguhan putih - melambangkan suci,bersih dan kemas hitam - melambangkan bersatu padu

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1965 dan diberi nama Sekolah Menengah Simpang Empat (Sekolah Anika Jurusan).

Pada mulanya Sekolah Menengah Simpang Empat mulanya menumpang di tiga buah sekolah iaitu di Sekolah Kebangsaan Simpang Empat, SRJK (C) Yih Min dan SRJK (C) Boon Teik.

Pelajar-pelajar sekolah ini ketika itu datang dari sekolah-sekolah persekitaran seperti Sekolah Kebangsaan Simpang Empat, Sekolah Kebangsaan Buloh Lima, Sekolah Kebangsaan Kangkong, Sekolah Kebangsaan Kuala Sala, Sekolah Kebangsaan Bukit Besar, Sekolah Kebangsaan Bukit Raya Luar, Sekolah Kebangsaan Kampong Rambai, Sekolah Kebangsaan Permatang Buloh, SRJK (C) Yih Min, SRJK (C) Aik Choon, SRJK (C) Boon Teik dan SRJK (C) Min Sin.

Pada tahun 1969 sekolah ini telah berpindah ke kawasan dan bangunan sendiri seperti pada hari ini.

Ketika itu bilangan pelajar seramai 400 orang dan guru-guru seramai 30 orang. Sekolah mi menggunakan bahasa penghantar Melayu dan Inggeris. Perasmian sekolah ini telah dilakukan oleh YAB Dato’ Musa Hitam pada 2 Mac 1980.

Kelas Tingkatan 6 Rendah pula mula diwujudkan pada tahun 1986.

Pada 9 Mac 1988 sekolah ini ditukar nama kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abd. Aziz mengambil sempena nama Raja Muda Kedah (1870-1907) iaitu YTM Almarhum Tunku Abdul Aziz Ibni Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah.

Ketika ini SMK Tunku Abd.Aziz menampung pelajar-pelajar di sekitar 1500 orang, di dalam jurusan Kemanusian (sastera) dan juga jurusan Sains dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6.

Dewan Perhimpunan yang diberi nama Dewan Tunku Abd. Aziz telah disempurnakan perasmian pada 7 Mei 2002 oleh YAB Dato’ Seri Syed Razak bin Syed Zain, Menteri Besar Kedah.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abd. Aziz
Simpang Empat
06650, Alor Star
Kedah, Malaysia
Telefon = 6047641213
Fax = 6047644386

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]