Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman, Kedah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman
Lokasi
Jalan Putra,Mergong, 05150, Alor Star,, Kedah Darul Aman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoHidup Biar Berjasa
Nombor sekolah6047204880
Kod sekolahKEB2099
PengetuaHajah Rosidah bt Abdul Rahman
GPK Pentadbiran dan AkademikMegat Mawardi
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridAhmad Sharifuddin bin Musa
Penolong Kanan KokurikulumRuzaidah bt Budin
Faks6047204881


Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman atau nama ringkasnya STAR/SMKTAR, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Putra,Mergong.

Pada 2009, STAR memiliki 826 pelajar lelaki dan 735 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1561 orang. Ia mempunyai seramai 87 orang guru.2009

Pada 2023,STAR mempunyai seramai 900+ orang murid dan 30+ orang guru. Pengetua sekolah ini ialah bernama Pn. Hajah Rosidah bt Abd Rahman sekolah ini juga telah melahirkan ramai pelajar cemerlang.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Tunku Abdul Rahman ditubuhkan pada 6 Februari 1962. STAR ditubuhkan apabila empat buah kelas peralihan aliran Inggeris dibuka di Sekolah Kebangsaan Cina Pumpong. Seramai 6 orang guru yang diketuai oleh En. Burhan Tajudin selaku Guru Besar telah mengendalikan kelas ini di sebelah petang sehingga tahun 1964.
Mulai Januari 1964, pelajar-pelajar yang ketika itu berada di tingkatan dua telah dipindahkan menumpang di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar. Secara rasminya, sekolah ini ditubuhkan dengan nama Sekolah Menengah Kedah (Kedah Secondary School). Encik Ong Leng Gin dilantik sebagai Pengetuanya yang pertama sehingga September 1964 dan digantikan dengan En. Wong Ah Wah. Dengan dua blok bangunan yang terdiri daripada sebuah pejabat dan dua puluh bilik darjah yang diperuntukkan oleh Kolej Sultan Abdul Hamid, Sekolah Menengah Kedah telah dapat memulakan kelasnya di sebelah petang. Di samping itu, pelajar Sekolah Menengah Kedah dibenarkan menggunakan segala kemudahan seperti padang permainan, perpustakaan dan lain-lain lagi di Kolej Sultan Abdul Hamid.
Pada tahun pertama persekolahan, Sekolah Menengah Kedah mempunyai sejumlah 592 orang pelajar yang terdiri daripada 365 lelaki dan 227 orang perempuan yang belajar dalam tingkatan peralihan, satu dan dua. Sementara itu bilangan gurunya ialah seramai 22 orang. Encik Wong Ah Wah telah berkhidmat sebagai Pengetua selama hampir 10 tahun lamanya iaitu sehingga 1973 dimana sekolah ini telah berpindah ke bangunannya sendiri di Mergong. Beliaulah yang bertanggungjawab mengadakan berbagai-bagai perubahan sehingga tertubuhnya Sekolah Tunku Abdul Rahman.
Pada tanggal 10 Mei 1968, seramai 1081 orang pelajar beserta 40 orang guru mula berpindah ke bangunan barunya di Mergong. Bangunan sekolah yang tersergam indah ini terdiri daripada 3 blok bangunan yang mengandungi sebuah Pejabat Am, Pejabat Pengetua, Bilik Guru, sebuah blok bengkel Seni Perusahaan, sebuah bangsal basikal serta 16 buah bilik darjah. Untuk kemudahan sukan, disediakan 2 buah gelanggang tenis dan badminton, sementara sebuah padang permainan untuk sukan bola sepak, hoki, ragbi dan kriket masih dalam pembinaan.
Pada tanggal 8 Mei 1969, Sekolah Tunku Abdul Rahman telah dirasmikan pembukaannya oleh Yang Berhormat Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu, En. Mohd. Khir Johari. Bersempena dengan pembukaan rasmi, nama sekolah ini telah ditukar dari Sekolah Menengah Kedah kepada Sekolah Tunku Abdul Rahman, mengambil sempena nama Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj. Sejak itu, sekolah ini menerima pelajar daripada 19 buah sekolah rendah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil di sekitarnya.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman
Jalan Putra,Mergong
05150, Alor Star
Kedah, Malaysia
Telefon = 6047204880
Fax = 6047204881

Pautan luar[sunting | sunting sumber]