Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman, Sarawak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman
Lokasi
 Malaysia Bt. 2 1/2 Jalan Matang, 93050, Kuching,, Sarawak Bumi Kenyalang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBerusaha Berjaya
Nombor sekolah6082240688
Kod sekolahYEA1303
PengetuaEncik Suhaimi Bin Mohamad Mohtar
GPK Pentadbiran dan AkademikPuan Dayang Zuraini binti Abang Abdillah
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEncik Mohamad Asrin Bin Abdul Latif
Faks6082248580


Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman atau nama ringkasnya SMK Tunku Abdul Rahman, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Bt. 2 1/2 Jalan Matang.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman memiliki 629 pelajar lelaki dan 650 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1279 orang. Ia mempunyai seramai 70 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kerajaaan Tunku Abdul Rahman Kuching merupakan sekolah tertua di Sarawak. Sebelum sekolah ini ditukar sepenuhnya kepada Sekolah Menengah Kerajaan, sekolah ini hanya sekadar Sekolah Menengah Rakyat Tunku Abdul Rahman.

Sekolah ini diisytiharkan pembukaannya pada 31 Januari 1960. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Datu Bandar Abang Haji Mustapha bin Abang Moasili. Pada 16 September 1963, maka terbinalah sebuah bangunan sekolah yang mempunyai 12 bilik darjah, sebuah Bilik Pengetua dan sebuah bilik guru. Pada tahun 19 Disember 1966, sebuah makmal sains telah didirikan. Mantan YTM Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mendermakan RM 50 ribu bagi mendirikan sekolah dan RM 20 ribu bagi mendirikan makmal sains.

Pada 10 Ogos 1966, sebuah padang permainan dan dua buah bangsal basikal terbina dengan kerjasama pihak pengelola sekolah dan pihak Tentera Malaysia. Padang permainan tersebut diberi nama Padang Permainan Jeneral Tunku Osman Jewa sempena mengenang jasa pihak tentera.

Seterusnya, Lembaga Pengurusan Sekolah telah menjemput Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Allahyarhamah Saloma serta rombongan untuk mengadakan pertunjukan amal di perkarangan sekolah bagi mengisi tabung sekolah. Sebagai mengenang jasa beliau, sebuah bilik darjah (kini menjadi sebahagian daripada bilik guru) telah diberi nama bilik P. Ramlee.

Kemunculan kembali Puan Rakayah binti Hj Madon sebagai pengetua pada 1 Februari 2003 (menjadi pengetua pada 16/12/1997) telah mengubah persepsi masyarakat terhadap murid-murid di SMK Tunku Abdul Rahman. SMK Tunku Abdul Rahman kemudiannya berwajah baharu menjelang tahun 2003. Pembinaan bangunan sekolah yang baharu ini merangkumi 4 blok, 4 tingkat dan mempunyai 36 bilik darjah serta dilengkapi beberapa bilik lain seperti bilik guru, bilik mesyuarat, bilik perkembangan staf, dan sebagainya.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman
Bt. 2 1/2 Jalan Matang
93050, Kuching
Sarawak, Malaysia
Telefon = 6082240688
Fax = 6082248580

Pautan luar[sunting | sunting sumber]