Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Temenggung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Temenggung
Moto Berilmu Beriman Beramal
Ditubuhkan 1994
Dirasmikan 1997 oleh Tunku Temenggung Kedah
Jenis Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)
Pengetua Tuan Haji Zainol Abidin bin Ahmad (1994-1997)
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik Mejar (B) Abidin bin Ahmad (1994-1997)
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Puan Zaleha binti Tomijan (1994-1997)
Lokasi Lot 1875, Mukim Air Puteh, Kg. Banggol Pauh, 06700, Pendang, Kedah, Malaysia
Laman web http://smktunkutemenggung.net

Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Temenggung adalah sebuah sekolah menengah harian yang terletak di Kampung Banggol Pauh, Pendang, Kedah. Sekolah ini telah ditubuhkan 1 Disember, 1994 dan telah dirasmikan oleh Tunku Temenggung Kedah pada 10 April 1996. Setakat bulan Jun 2009, SMK Tunku Temenggung kini memiliki guru seramai 74 orang dan bilangan pelajar pula seramai 994 orang.[1]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Temenggung
Jalan Banggol Pauh
06700, Pendang
Kedah, Malaysia
Telefon = 6047599269
Fax = 6047592231

Maklumat Am Sekolah[sunting | sunting sumber]

  • Anggaran Jum. Keluasan Kawasan: 981320 kaki persegi
  • Anggaran Jum. Keluasan Lantai : 150900 kaki persegi
  • Gred Sekolah  : "A"
  • Kategori  : Sekolah Menengah Biasa
  • Jenis  : Bercampur
  • Sidang  : Pagi dan petang
  • Bahasa Pengantar  : Bahasa Melayu
  • Pemilik Bangunan  : Kerajaan Malaysia

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Fail:Tunku Temenggong Kedah, YTM Dato' Seri DiRaja Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishsh.jpg
Tunku Temenggong Kedah, YTM Dato' Seri DiRaja Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Temenggung telah ditubuhkan pada 1 Disember 1994. Pada peringkat awal menumpang di Sekolah Kebangsaan Pendang. Sekolah ini pada awalnya didaftarkan sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Pendang Dua. Pada ketika itu jumlah bilangan pelajar seramai 223 orang termasuk 29 pelajar tingkatan 5 aliran Kejuruteraan di kenali sebagai 5 Kejuruteraan . Kesemua 29 pelajar ini diambil khas dari sekolah-sekolah di sekitar daerah Padang Terap/Pendang . Manakala bilangan guru adalah seramai 18 orang termasuk 1 pembantu Tadbir dan 1 Pembantu Am Rendah.

Pada tanggal 10 April 1996 berpindah ke bangunan sendiri di Kg Banggol Pauh. Pada awal penubuhan sekolah ini hanya mengandungi 6 blok pembelajaran, 1 dewan serbaguna dan 1 kafeteria.

Pada tarikh 1 Disember 1997, Sekolah Menengah Kebangsaan Pendang Dua ditukarkan nama kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Temenggung. Terdapat 2 sesi pembelajaran iaitu pagi dan petang. Pada sesi pagi untuk pelajar Tingkatan 1,3,4 dan 5. Manakala sesi petang pula hanya untuk pelajar Tingkatan 2 .

Jarak antara sekolah dengan pekan Pendang kira-kia 2 km, manakala jarak di antara sekolah dengan Bandar Alor Star ialah 16 km.

Lencana Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Temenggung

Logo Sekolah[sunting | sunting sumber]

Maksud dan Takrif[sunting | sunting sumber]

  • Warna:
  1. Ungu: Warna identiti sekolah
  2. Merah: Keberanian, tidak mudah putus asa dan penuh keyakinan
  3. Kuning: Martabat, kedaulatan dan tatasusila
  4. Hijau: Keharmonian, keagamaan dan penyayang
  • Simbol:
  1. Mata Pena: Pendidikan ke arah melahirkan insan yang berkeupayaan menjana fikiran yang bernas dan insan yang cintakan ilmu pengetahuan
  2. Tiga Buah Buku: Penguasaan ilmu berteraskan kemahiran asas Membaca, Menulis dan Mengira
  3. Pendidikan berteraskan Sains dan Teknologi
  4. Simbol Q: Pendidikan berkualiti
  5. Simbol O: Mengutamakan ‘Zero Defect’
  6. Simbol Bulatan: Pendidikan menitikberatkan kesepaduan dan kesemimbangan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
  7. Perisai: Cita-cita mencapai matlamat [Falsafah Pendidikan Negara] secara bersepadu dan kesanggupan menghadapi apa juga halangan


Falsafah, Moto, serta Misi sekolah[sunting | sunting sumber]

Moto[sunting | sunting sumber]

Berilmu Beriman Beramal

Falsafah[sunting | sunting sumber]

Setiap insan boleh dididik ke arah kecemerlangan.

Misi[sunting | sunting sumber]

Melaksanakan pengurusan pendidikan secara profesional dan dinamik demi melahirkan insan yang cemerlang berteraskan [Falsafah Pendidikan Kebangsaan] ke arah mencapai kejayaan.

Visi[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Tuku Temenggung akan menjadi antara Sekolah Cemerlang Peringkat Negeri Kedah pada Tahun 2010

Kurikulum[sunting | sunting sumber]

Aliran[sunting | sunting sumber]

  1. Sains Kejuruteraan (Tingkatan 4 hingga 5)
  2. Sains Teras (Tingkatan 4 hingga 5)
  3. Agama (Tingkatan 4 hingga 5)
  4. Biasa (Tingkatan 4 hingga 5)


Syarat kemasukan[sunting | sunting sumber]

  • Tingkatan 1 - Habis Darjah 6 di mana-mana Sekolah Rendah Kebangsaan dengan lulus dalam semua subjek

Ko-kurikulum[sunting | sunting sumber]

Sukan[sunting | sunting sumber]

Pasukan Bola Sepak[sunting | sunting sumber]

Pasukan Bola Sepak SMK Tunku Temenggung dinamakan 'Deep Purple'. Pasukan Bola Sepak SMK Tunku Temenggung mendapat jolokan nama Deep Purple berdasarkan warna jersi disarung yang juga warna utama sekolah dan antara pencapaian terbaik ialah pernah mendapat tempat kedua Daerah Padang Terap/Pendang dalam kejohanan Bola Sepak Daerah Padang Terap Pendang. Pasukan dibawah kendalian jurulatih/guru berpengalaman Mohd Hilmi bin Jaafar.

SMK Tunku Temenggung
Nama penuh Kelab Bola Sepak SMK Tunku Temenggung
Gelaran Unggu (Deep Purple)
Diasaskan April 1994
Stadium Padang dan Balapan Sekolah
(Kapasiti: 500)
Pemilik Warga [Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Temenggung]
Pengerusi Pengetua
Pengurus Guru Kelab Bola Sepak Sekolah
Liga Liga SMK PTP
Liga SMK PTP 1994-2010 Liga SMK PTP, 4th
Warna pasukan Warna pasukan Warna pasukan
Warna pasukan
Warna pasukan
warna
Warna pasukan Warna pasukan Warna pasukan
Warna pasukan
Warna pasukan
warna

Musim terkini


Rumah sukan[sunting | sunting sumber]

Terdapat 4 rumah sukan di SMKTT:

Kelab dan Persatuan[sunting | sunting sumber]

Kelab dan Persatuan di SMK Tengku Temenggung:

  1. Persatuan Bahasa Melayu
  2. Persatuan Bahasa Inggeris
  3. Persatuan Pelajar Islam
  4. Persatuan Sejarah
  5. Persatuan Geografi
  6. Persatuan Sains
  7. Persatuan Matematik


Unit beruniform[sunting | sunting sumber]

  1. Kadet Remaja Sekolah
  2. Pengakap
  3. Persatuan Bulan Sabit Merah
  4. Pandu Puteri
  5. Persatuan Puteri Islam
  6. Kadet Polis
  7. Briged Sekolah
  8. Kadet Bomba dan Penyelamat
  9. Silat

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Laman Sesawang [1]
  • Laman Facebook [2]