Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 12

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 12
MotoBerilmu Ke Puncak Bestari
JenisSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
PengetuaPuan Norizam Binti Hussein
Penolong Kanan Pentadbiran dan AkademikDatin Suhailah Abdullah
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridDatin Nor Ashikin bt Mohamed Noor
Penolong Kanan KokurikulumPuan Tan Chin Chin @ Anjalai Devi
Kod sekolahBEA8635
LokasiPersiaran Setia, USJ 12 UEP Subang Jaya, Selangor, Malaysia
Nama singkatanSMK USJ 12
Laman sesawangSekolah Menengah Kebangsaan USJ 12
Telefon03-80233236
Faks03-80235892
Sekolah Kluster Kecemerlangan dalam kebitaraan Matematik dan Olahraga


Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 12 (Tulisan Jawi: سکوله منڠه کبڠساءن يو ايس جيئي 12) atau nama ringkasnya SMK USJ 12, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Persiaran Setia, USJ 12, Subang Jaya, Selangor.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 12 memiliki 1068 pelajar lelaki dan 1053 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 2121 orang. Ia mempunyai seramai 113 orang guru.2009 Pada 2011, SMK USJ 12 mempunyai 120 guru-guru, 10 staf sokongan dan bilangan murid seramai 2235.2011 EO.09.D.BRSM/ARKL.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SMK USJ 12 dibina pada akhir tahun 1998 di atas 16.12 ekar tanah di Persiaran Setia, USJ 12, Subang Jaya dan bermula beroperasi pada 2 Januari 2001 di bawah pimpinan pengetua pertama SMK USJ 12, iaitu Pn. Maizan bt. Mohd. Nor. Enrolmen pelajar pertama pada 2001 seramai 253 pelajar. Kini, SMK USJ 12 mempunyai 2235 pelajar, serta 58 kelas.

Sekolah ini terdiri daripada 4 blok, iaitu Blok Aulia, Blok Bitara, Blok Cemerlang serta Blok Dinamik. Sekolah ini mempunyai pelbagai kemudahan yang lengkap, seperti makmal sains, bengkel, studio seni dan sebagainya.

Pada hari ini, SMK USJ 12 mempunyai 120 guru-guru dan 10 staf sokongan yang penuh dedikasi terhadap tugas-tugas mereka yang tertentu. Setiap orang guru memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan sekolah ini untuk masa depan sekolah ini.

Slogan ‘Twelveans to be the best’ mendorong warga sekolah sebagai warga Twelveans untuk mencapai kecemerlangan dalam kehidupan.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Naib Johan bola sepak MSSD bawah 15 tahun. Keputusan SPM 2011 mencapai 99.7% kelulusan, GPS 2.86, pencapaian semua A+ seramai 7 orang dan semua A seramai 68 orang.

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Bertekad menambahkan ilmu
Bina insan berjiwa maju
Berganding bersama bersatu
Kejayaan kita tuju

Dengan bimbingan tulus ikhlas
Mengasuh minda yang cerdas
SMK USJ 12
Progresif bergerak cergas

Didik putra putri bangsa
Membentuk peribadi mulia
Tekun gigih berusaha
Cemerlang hidup sejahtera

Berdisiplin dan berharmoni
Bersemangat jati diri
Berilmu ke puncak bestari
Wawasan cita yang murni

Berilmu ke puncak bestari
Wawasan cita yang murni

Lagu sekolah ini diciptakan oleh En. Ramlan bin Harun, PPN, Guru Besar SK Seksyen 18, Shah Alam. Beliau seorang yang berpengalaman dalam mencipta dan mengubah lagu bercorak patriotisme dan perpaduan.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 12
Persiaran Setia, USJ 12,
47600 Subang Jaya,
Selangor, Malaysia
Telefon = 03-80233236
Faks = 03-80235892

Pautan luar[sunting | sunting sumber]