Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 4

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah USJ 4
Lokasi
 Malaysia Jalan Usj4/3, Subang Jaya, Selangor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoWe Reach High
Ditubuhkan2000
Nombor sekolah03-80246618
Kod sekolahBEA8632
Pengerusi PIBGEncik
PengetuaPuan Marhani binti M. Haniff
GPK Pentadbiran dan AkademikPuan Suri Arini binti Samsuri@Abd Hamid
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEncik Zulkifli bin Che Shukri
Penolong Kanan KokurikulumPuan Junaidah binti Othman
Faks03-80244144


Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 4 atau nama ringkasnya SMK USJ 4, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Usj4/3, USJ Subang Jaya, Selangor. Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 2000 serentak dengan penyerahan sekolah berkenaan daripada Sime UEP Holdings kepada Kementerian Pelajaran.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 4 memiliki 773 orang pelajar lelaki dan 739 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1512 orang. Ia mempunyai seramai 101 orang guru.2009

Visi SMK USJ 4 ialah "Untuk melahirkan insan yang cemerlang, dan untuk mencapai visi ini", misinya ialah "Untuk melahirkan insan kamil yang berakauntabiliti, bertanggungjawab, mesra alam, bersahsiah, mulia dan sentiasa berusaha ke arah kecemerlangan". Cogan katanya Berilmu, Berakhlak, Berwawasan.

Lagu SMK USJ 4[sunting | sunting sumber]

BERILMU BERAKHLAK BERWAWASAN
Maju jaya sekolah kita
Mendukung visi yang mulia
Melahirkan insan yang cemerlang
Sekolah unggul terbilang


Berdisiplin dan berbudaya
Menaburkan bakti dan jasa
Berilmu berakhlak berwawasan
Teras mulia kejayaan


Tingkatkan kualiti pendidikan
Menuju era kemajuan
Etika murni jadi amalan
Mencipta kegemilangan


Ikrar kami bersatu tekad
Berusaha gigih bersemangat
Bersama meningkatkan martabat
SMK USJ 4
  • Lagu dan lirik ciptaan: Encik Ramlan bin Harun PPN

Senarai pengetua[sunting | sunting sumber]

  • Tuan Haji Jauhari bin Idris (2000 - 2004)
  • En Samingan bin Simon (2004 - 2006)
  • Datin Hajjah Rohani binti Mustaffa (2006 - 2009)
  • Pn. Hajah Zaleha binti Abu Hasan(2009 - 2010)
  • Pn. Rosliyah binti Saimun (2011 - 2013)
  • Pn. Norizam binti Hussin (2013 - 2017)
  • Pn. Rozida Hanem binti Abdul Rahman (2017 - 2018)
  • Pn. Lim Yen Leng (2019 - 2021)
  • Pn. Marhani binti M. Haniff (2021 - hingga sekarang)

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 4
Jalan USJ 4/3 47600 Subang Jaya
Selangor, Malaysia
Telefon = 380246618
Faks = 380244144

Pautan luar[sunting | sunting sumber]