Sekolah Menengah Kebangsaan Undang Jelebu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sekolah Menengah Kebangsaan Undang Jelebu
MotoIlmu Berkuasa
JenisSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
PengetuaTuan Haji Nor Hashim Bin Haji Othman
Penolong Kanan Pentadbiran dan AkademikPuan Nor Fauziah Binti Rhan
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn. Norazman Bin Mohd. Amin
Penolong Kanan KokurikulumPuan Rosnah Binti Tabri
Pengerusi PIBGEn. Mohd. Azmi Bin Abdul Aziz
Kod sekolahNEB0026
LokasiKm 3 Jalan Petaling 71600, Kuala Klawang,, Negeri Sembilan Darul Khusus,  Malaysia
Laman sesawanghttp://smkundangjelebu.blogspot.com/
Telefon6066136202
Faks6066136622


Sekolah Menengah Kebangsaan Undang Jelebu atau nama ringkasnya SMK Undang Jelebu, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Km 3 Jalan Petaling.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Undang Jelebu memiliki 449 pelajar lelaki dan 391 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 840 orang. Ia mempunyai seramai 61 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SMK Undang Jelebu mula ditubuhkan pada tahun 1953 dengan nama Government English (Primary) School Kuala Klawang. Pada tahun 1956, pendidikan peringkat menengah dimulakan di bawah pentadbiran Guru Besar, Mr. G. E. Lewis. Pada tahun 1960, nama sekolah telah ditukar kepada SM Undang Jelebu dan dipindahkan ke tempat baru. Pada tahun 1964, SMK Undang Jelebu mempunyai 10 kelas aliran Inggeris (Tingkatan 1 - 5) dan 4 kelas aliran Melayu (Tingkatan 1 - 3). Apabila tibanya tahun 1968, pelajar aliran Melayu berpindah ke sekolah baru, iaitu SMK Bandar Tinggi (sekarang SMK Dato' Undang Musa Al-Haj) yang baru siap dibina. Pada tahun 1970 pula, sekolah ini telah dilengkapi dengan bilik matapelajaran Seni Perusahaan, Sains Rumahtangga dan Makmal Sains.Tibanya tahun 2011, Dewan Karisma bernilai RM 2.1 juta telah siap dan dirasmikan oleh YB Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim. Pada tahun 2011 juga Kompleks MPV bernilai RM 780 ribu pula siap dibina untuk mata pelajaran Tanaman Makanan.

Identiti Sekolah[sunting | sunting sumber]

Maksud Logo Sekolah[sunting | sunting sumber]

Warna Kuning : Menjunjung kedaulatan raja yang memerintah.

Warna Hitam : Naungan bawah tadbir Undang Luak Jelebu.

Warna Merah : Rakyat yang bertanggungjawab berani dan cinta akan negara.

Bulatan Gear : Proses belajar berterusan dalam arus Sains dan Teknologi.

Mata Pena Dan Buku : Identiti kependidikan pengajaran dan pembelajaran.

Lima Bulatan : Kesepaduan Jasmani,Emosi,Rohani,Intellektual dan Takwa.

Visi Sekolah[sunting | sunting sumber]

"Sekolah Menengah Kebangsaan Undang Jelebu menjadi sebuah sekolah gemilang dan terbilang dalam Negeri Sembilan menjelang 2015."

Misi Sekolah[sunting | sunting sumber]

"Melaksanakan sistem pendidikan yang berkesan bagi memperkembangkan potensi individu ke arah pemantapan jasmani, emosi, rohani dan intelek untuk melahirkan insan yang berketerampilan, seimbang dan cemerlang memenuhi falsafah pendidikan kebangsaan."

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Undang Jelebu

tempat kami menuntut ilmu

menerima bimbingan guru

untuk membawa arah maju

Kami berjanji akan tunaikan

usaha segala lapangan

bersatu, berdisiplin utamakan

peraturan kami tegakkan

Harapan pertiwi tidak akan dilupakan

bimbingan guru disematkan

penuh semangat kepada sekalian

bagi pemimpin generasi hadapan

Kami berdoa agar dikurnia

rahmat ke atas semuanya

pelajar SMKUJ tercinta

ilmu berkuasa patut dibangga

untuk membela nusa dan bangsa

Lagu : http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=tKWrM--7_8k

Guru-Guru Tahun 2014[sunting | sunting sumber]

Tuan Haji Nor Hashim Bin Haji Othman

Pengetua : Tuan Haji Nor Hashim Bin Haji Othman

Puan Nor Fauziah Binti Rhan

GPK1 : Pn. Nor Fauziah Binti Rhan

En. Norazman Bin Mohd. Amin

GPK Hal Ehwal Murid(HEM) :

En. Norazman Bin Mohd. Amin

GPK Kokurikulum :

Pn. Rosnah Binti Tabri

Guru Kanan Mata Pelajaran

  • GKMP Bahasa : Pn. Rusla Binti Ariffin
  • GKMP Sains dan Matematik : Pn. Hajah Rozidah Binti Muros
  • GKMP Kemanusiaan : Tuan Haji Mohd. Effendy Bin Othman
  • GKMP Teknik dan Vokasional : Pn. Samsiah Binti Hassan

Guru Cemerlang

  • En. Mohd. Nasir Bin Ibrahim
  • Pn. Martina Bong
  • Pn. Hazlin Binti Mohamat

Kaunselor

  • Pn. Marzatul Marializa Binti Norudin
  • Pn. Nurhayati Binti Ishak

Guru Media

  • Pn. Nurul Aisyah Binti Mohd Zake

Setiausaha Peperiksaan

  • Pn. Hajah Zuraida Binti Zakaria
  • Pn. Idawaty Binti Rabli
  • Pn. Noraliza Binti Saari @ Othman
  • Pn. Farhana Binti Idris

Guru Disiplin

  • En. Mohd. Syukri Bin Muklas
  • Cik Aziratulsyida Binti Ahmad Razli

Guru Data

  • Pn. Junaidah Binti Ishak

Guru-Guru Penolong

  • Pn. Sayani Binti Ramli
  • Pn. Salisah Binti Md Sah
  • Pn. Leiw Huey Jing
  • En. Zulkefli Bin Abdul Ghany
  • Pn. Noorazlina Binti Kassim
  • Pn. Norazlin Binti Md Nor
  • Pn. Saziah Binti Abdul Rahim
  • Pn. Zubaidah Binti Mohamad
  • Cik Seaw Bik Fah
  • Pn. Sarijah Binti Abdul Salim
  • Pn. Siti Munira Binti Ismara Diva
  • En. Zoolhilmi Bin Suhaimi
  • Pn. Jamilah Binti Ludin
  • Pn. Nik Nor Zarina Binti Nik Ramzi
  • Pn. Norasyikin Binti Mokhtar
  • En. Wan Ali Akbar Bin Wan Abdullah
  • En. Wong Han Kuang
  • Pn. Arshalisa Binti Ariff
  • En. Mohd. Suhaimi Bin Muda
  • En. Nik Ahmad Zamir Bin Nik Abd. Rahman
  • Pn. Norharziana Binti Hamdan
  • En. Fairul Azry Bin Abdul Aziz
  • En. Muhammad Nuh Bin Ghazali
  • Cik Norazizan Binti Abdullah

Akademik[sunting | sunting sumber]

Mata pelajaran yang ditawarkan di SMK Undang Jelebu[sunting | sunting sumber]

PERALIHAN

  • Bahasa Melayu
  • Amalan Bahasa Melayu
  • Pendidikan Jasmani
  • Pendidikan Seni Visual

MENENGAH RENDAH

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Sejarah
  • Kemahiran Hidup
  • Geografi
  • Pendidikan Islam
  • Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan
  • Pendidikan Seni Visual
  • Pendidikan Jasmani & Kesihatan
  • ICTL
  • PAV

MENENGAH ATAS

  • Bahasa Melayu
  • English
  • Matematik
  • Pendidikan Islam
  • Pendidikan Jasmani
  • Sejarah
  • Pendidikan Moral
  • Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan

Aliran Sains

  • Matematik Tambahan
  • Kimia
  • Biologi
  • Fizik

Aliran Sastera

  • Matematik Tambahan
  • Sains
  • Ekonomi Asas / Perdagangan
  • Prinsip Akaun
  • Pendidikan Seni Visual
  • MPV - Tanaman Makanan

Nama-Nama Kelas[sunting | sunting sumber]

  • KRK (Diwujudkan pada tahun 2013)
  • Gemilang
  • Cemerlang
  • Dinamik
  • Inovatif
  • Kreatif
  • PAV (Diwujudkan pada tahun 2014)

Kelas Rancangan Khas (KRK) 2013[sunting | sunting sumber]

Kelas Rancangan Khas adalah satu bentuk kelas yang diwujudkan di sekolah-sekolah harian biasa sebagai inisiatif bagi pelajar lepasan UPSR yang mendapat keputusan yang cemerlang, namun gagal ditempatkan di Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Ia berikutan tempat di SBP yang penuh. Di PPD Jelebu, sebelum ini, hanya SMK Dato' Undang Musa Al-Haj dan SMK Triang Hilir sahaja yang mempunyai kelas khas tersebut. Namun, mulai 2013, SMK Undang Jelebu telah mendapat mandat daripada JPN untuk turut mewujudkan kelas tersebut. Bagi melayakkan diri memasuki kelas terbabit, para pelajar perlu mencukupi syarat-syarat tersebut, iaitu:

  • Warganegara Malaysia
  • Pelajar tahun 6 dari negeri yang sama
  • Mendapat sekurang-kurangnya 4A 1B dalam UPSR
  • Lulus PAFA
  • Mesti mendapat A bagi matapelajaran Sains dan Matematik

Semoga dengan kewujudan kelas ini, akan memangkinkan lagi kecemerlangan SMKUJ di gelanggang akademik dan kokurikulum. Bagi ibu bapa atau pelajar yang layak, boleh menghubungi pihak sekolah, atau pegawai PPD (En. Anastas Zorin bin Abdullah) untuk maklumat lanjut.

Kokurikulum[sunting | sunting sumber]

Ahli Pasukan Rumah Biru memegang bendera rumah sukan

Sukan[sunting | sunting sumber]

Nama-Nama Rumah Sukan

Kesemua nama rumah sukan diambil daripada nama-nama perdana menteri Malaysia

Ahli Pasukan Rumah Merah memegang bendera rumah sukan
Ahli Pasukan Rumah Hijau memegang bendera rumah sukan
Ahli Pasukan Rumah Kuning memegang bendera rumah sukan

Kelab Dan Persatuan[sunting | sunting sumber]

  • Kelab Bimbingan dan Kauseling
  • Persatuan Geografi
  • Persatuan Sains
  • Persatuan Bahasa Inggeris
  • Kelab BOSS
  • Kelab Komputer/ICT
  • Kelab Usahawan Muda
  • Kelab Pelancongan
  • Persatuan Bahasa Melayu
  • Kelab Seni Dan Budaya
  • Persatuan Kemahiran Hidup
  • Kelab Pengguna
  • Kelab Koperasi
  • Persatuan Sejarah
  • Persatuan Agama Islam
  • Persatuan Bahasa Cina
  • Kelab Setia/Rukun Negara
  • Persatuan Matematik
  • Kelab Keceriaan

Kelab Sukan Dan Permainan[sunting | sunting sumber]

  • Kelab Bola Baling
  • Kelab Bola Jaring
  • Kelab Memanah
  • Kelab Bola Keranjang
  • Kelab Badminton
  • Kelab Bola Sepak
  • Kelab Bola Tampar
  • Kelab Olahraga
  • Kelab Ping Pong
  • Kelab Sepak Takraw

Unit Beruniform[sunting | sunting sumber]

Kadet Koreksional SMK Undang Jelebu
Pasukan Kadet Polis SMK Undang Jelebu Semasa Perkhemahan Di Kem Bukit Perjuangan

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Undang Jelebu
Km 3 Jalan Petaling
71600, Kuala Klawang
Negeri Sembilan,  Malaysia
Telefon = 6066136202
Fax = 6066136622

Pautan luar[sunting | sunting sumber]