Sekolah Menengah Kebangsaan Undang Rembau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Undang Rembau
Jenis Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Kod sekolah NEB3036
Lokasi  Malaysia Jalan Batu Hampar 71309, Rembau,, Negeri Sembilan Darul Khusus, Malaysia
Telefon 6066851244
Faks 6066851103


Sekolah Menengah Kebangsaan Undang Rembau atau nama ringkasnya SMK Undang Rembau, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Batu Hampar.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Undang Rembau memiliki 860 pelajar lelaki dan 832 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1692 orang. Ia mempunyai seramai 103 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini telah dibina pada tahun 1951, dikenali sebagai Undang Rembau English Secondary School (URESS). Ia merupakan sekolah aliran Inggeris tetapi mulai tahun 1980 menjadi sekolah kebangsaan dengan terlaksananya Dasar Pelajaran Kebangsaan. Sekolah ini telah didirikan di kawasan tanah seluas 18 ekar dan kira-kira setengah kilometer dari Pekan Rembau dan merupakan sekolah menengah pertama didirikan di daerah Rembau. Sekolah ini diwujudkan atas kesedaran masyarakat setempat dan pihak pentadbiran daerah ADO iaitu Tuanku Jaafar dan District Officer, Che Mat.

Pada awal penubuhannya, pengambilan pelajar terdiri daripada pelajar di Bangunan Umno, pelajar Sekolah Melayu yang tamat darjah IV dan pelajar baru masuk ke sekolah. Manakala, kelas-kelasnya terdiri daripada Primary 1, Special Malay Class dan Standard 3, 4 dan 5. Sekolah ini telah dirasmikan oleh Datuk Undang Haji Ipap dan Director of Education V.M Ris pada 1951. Tenaga pengajar ketika itu terdiri daripada guru-guru Latihan Normal 1,2 orang guru lepasan Kirby dan seorang Lulusan Raffles College.

Pengertian Lambang SMKUR[sunting | sunting sumber]

ALAT TULIS

  • Lambang ilmu yang merangkumi semua disiplin ilmu sebagai wadah melahirkan insan yang sempurna dari segi jasmani, emosi dan rohani.

RANGKAIAN BULATAN

  • Semangat kerjasama dan kesepaduan masyarakat sekolah cergas jasmani dan mental.

OBOR

  • Semangat yang sentiasa marak dalam usaha merealisasikan matlamat hidup.

KERIS

  • Keberanian masyarakat sekolah dalam menghadapi cabaran pendidikan dari semasa ke semasa.

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Lagu dan Lirik : En. Mohamad Sharif

Sekolah Kami SMUR

Megah Tersergam Indah

Usaha Melahirkan Anak Bangsa

Rajin Maju Berjaya

Berdisiplin Diri Amalan Kami

Hormat-Menghormati Sentiasa

Jasa Pendidik Kami Kenang

Moga Dilanjutkan Usia

Sekolah Kami SMUR

Megah Tersergam Indah

Usaha Melahirkan Anak Bangsa

Rajin Maju Berjaya

Rajin Maju Berjaya

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Undang Rembau
Jalan Batu Hampar
71309 Rembau
Negeri Sembilan, Malaysia
Telefon : 6066851244
Fax : 6066851103

Pautan luar[sunting | sunting sumber]