Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 13

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 13
Lokasi
Jalan USJ 13/1, UEP SUBANG JAYA, Selangor
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah356317642
Kod sekolahBEA8633
Faks356214163


Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 13 atau nama ringkasnya SMK USJ 13, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Usj 13/1.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 13 memiliki 805 pelajar lelaki dan 738 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1543 orang. Ia mempunyai seramai 95 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Penyerahan bangunan sekolah SMK USJ13 oleh wakil Jabatan Pelajaran Negeri Selangor, En Kamaruzaman bin Yahya daripada Unit Pembangunan kepada Pengetua pertama sekolah ini, Datin Hajah Robiah binti Haji Abd Hamid pada 23 Mei 2000 merupakan titik permulaan kepada pembukaan sekolah ini. Penyerahan ini amat penting untuk membolehkan Pengetua membuat pelbagai persediaan dan perancangan sebelum sekolah mula beroperasi. Sekolah ini mempunyai keluasan 10 ekar dan lokasinya terletak di Selatan Subang Jaya. Kedudukannya yang strategik di kawasan bandar yang terancang dan dikelilingi kawasan perumahan menjadikan sekolah ini sebagai tempat menimba ilmu.

Tanggal 7 Jun 2000, sekolah telah menerima senarai nama guru dan murid daripada Pejabat Pelajaran Daerah. Untuk memastikan semua urusan penerimaan murid, urusan pengajaran dan pembelajaran serta pentadbiran berjalan dengan lancar sebelum sekolah mula beroperasi, Pengetua telah mengadakan Mesyuarat Pengurusan Pertama pada 21 JUn 2000 yang dihadiri oleh semua guru.

Penerimaaan murid kumpulan pertama pada 30 Jun 2000 merupakan hari yang amat bersejarah bagi warga sekolah ini. Hari ini bukan sahaja menandakan sekolah sudah bersedia untuk beroperasi sepenuhnya tetapi juga menandakan hari Pembukaan Sekolah SMK USJ13.

Dari segi pendaftaran, jumlah murid yang diterima ialah 386 orang, jumlah guru 25 orang dan staf sokongan 2 orang. Murid-murid tersebut terdiri daripada murid Tingkatan Satu dan Tingkatan Dua dari sekolah-sekolah berhampiran seperti Sekolah Menengah Kebangsaan Subang Utama, Sekolah Menengah Kebangsaan Subang Jaya, Sekolah Menengah Kebangsaan SS 17 dan Sekolah Menengah Kebangsaan Seafield. Pembangunan pesat kawasan perumahan disekitar kawasan ini telah membawa kepada peningkatan enrolmen murid, guru dan staf sokongan. Setakat Oktober 2011, jumlah murid sekolah ini mencecah 1511 orang,jumlah guru 91 orang dan staf sokongan seramai 12 orang. Jumlah kelas yang dibuka ialah 42 kelas. Peningkatan enrolmen murid telah membawa kepada pengenalan dua sesi persekolahan iaitu sesi pagi dan sesi petang mulai tahun 2006. Pengetua telah menetapkan hala tuju SMK USJ13 bersama-sama guru-guru Penolong Kanan untuk membina visi dan misi, dan objektif sekolah. Visi pertama ialah Kecemerlangan Insan Yang Seimbang dan Keharmonian Warga Sekolah bagi menyatukan semua warga SMK USJ13 yang mempunyai kepelbagaian latar belakang, sikap, cara dan budaya kerja serta persekitaran yang berbeza.

Pengetua juga menetapkan prinsip kerja SMK USJ13 iaitu Ketekunan serta Pemuafakatan Asas Kecemerlangan dan Keharmonian sebagai panduan kepada semua warga. Dari masa ke masa keharmonian tercipta, warga sekolah menghayati dan melaksanakan tanggungjawab untuk mewujudkan kecemerlangan insan yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek (JERI).

Pada tahun 2006, visi sekolah ditukar kepada "SMK USJ13 Sekolah Cemerlang Pada Tahun 2010". Perancangan strategik juga digubal berdasarkan Lapan Fokus Kecemerlangan yang merangkumi aspek Pengurusan, Kurikulum, Kokurikulum, Hal Ehwal Murid, Modal Insan, Fizikal dan Persekitaran, Pembangunan ICT dan Hubungan Luar. Bagi melonjakkan kecemerlangan sekolah pada 2008, SMK USJ13 mewakili negeri Selangor dalam Anugerah Sekolah Lonjakan Saujana Kokurikulum dalam kategori Sukan dan Permainan.

Kini SMK USJ 13 dengan jolokan THIRTEENIANS menampilkan identiti warga SMK USJ 13 yang bakal memantapkan lagi prestasi sekolah pada masa akan datang.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Johan dalam Pertandingan Taylor's Business School 10th Accounting Quiz di Taylor's Lakeside Campus

Pada tahun 2023, Pasukan St John Ambulans Malaysia SMK USJ 13 memenangi Johan dalam pertandingan pertolongan cemas peringkat Daerah dan peringkat Negeri

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 13
Jalan USJ 13/1
Selangor, Malaysia
Telefon = 356317642
Fax = 356214163

Pautan luar[sunting | sunting sumber]