Sekolah Menengah Poi Lam (SUWA)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lencana sekolah

Sekolah Menengah Poi Lam (SUWA)[1] merupakan sebuah sekolah menengah persendirian Cina yang beroperasi di Ipoh, Perak, Malaysia. Sekolah Menengah Poi Lam ditubuhkan pada tahun 1955 dan berpecah kepada Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Poi Lam dan sekolah ini pada tahun 1963, selepas pihak kerajaan memperkenalkan dasar pendidikan baru yang berdasarkan Laporan Abdul Razak dan Laporan Abdul Rahman Talib yang dianggap oleh masyarakat Cina Malaysia sebagai menindas pendidikan Cina. Pada mulanya kelas lebih umur ditubuhkan pada 1961 untuk menerima pelajar-pelajar yang lebih umur, kerana ketika itu sekolah-sekolah tidak dibenarkan lagi untuk menerima pelajar yang berlebihan umur. Kelas-kelas ini menjadi teras sekolah swasta ini. Selepas itu, Badan Pengarah yang berlainan ditubuhkan untuk menubuhkan sekolah swasta ini untuk berpisah dengan sekolah kerajaan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Poi Lam bermula sebagai sebuah kelas persendirian yang dibiayai oleh Persatuan Hokkien Perak pada tahun 1917. Menjelang 1925, Sekolah Poi Lam ditubuhkan secara rasmi sebagai badan pendidikan. Persekolahan terganggu oleh Perang Dunia II pada tahun 1941 dan hanya disambung semula pada tahun 1945.

Pada tahun 1955 sekolah menengah dimulakan dengan kelas Junior Pertengahan yang mempunyai 120 murid. Sekolah Menengah Poi Lam menerima dasar pendidikan yang baru pada tahun 1962 supaya menjadi sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang menerima bantuan kewangan daripada kerajaan. Namun demikian mereka tidak dibenarkan lagi untuk menerima pelajar yang melebihi umur, oleh itu mereka menubuhkan kelas dewasa dan pelajar matang, yang membentuk teras Sekolah Menengah Poi Lam (SUWA).

Pada tahun 1963 Badan Pengarah-pengarah yang berlainan ditubuhkan untuk sekolah menengah swasta Cina yang baru. Kelas Senior Pertengahan Tiga dimulakan dan Tan Yoke Fay dilantik sebagai pengetua.

Pada tahun 1964 Peperiksaan Darjah Enam Kerajaan dibatalkan, menjejaskan kemasukan pelajar Pertengahan Junior Satu. Sekolah ini terpaksa bergantung kepada kemasukan pelajar-pelajar yang telah gagal dalam LCE mereka.

Pada tahun 1971, demi meningkatkan jumlah kemasukan pelajar yang semakin merosot, rancangan-rancangan untuk mendapatkan pelajar baru dijalankan. Seorang bekas Pengarah, Zeng Dun Hua, mengadakan sebuah mesyuarat dengan para pengetua dari kesemua sembilan buah sekolah persendirian Cina di Perak untuk membincangkan cara untuk menghidupkan semula semua sekolah ini.

Pada tahun 1973, Hu Wan Duo dipilih sebagai Pengerusi sebuah jawatankuasa untuk memulihkan dan memajukan sistem sekolah persendirian Cina. Derma sebanyak RM100000 berjaya dikutip untuk perkembangan sekolah-sekolah ini. Tan Sri Dato Li Lai Sheng menderma sebidang tanah sebesar 11 ekar untuk membina sekolah baru. Usaha memuliharakan sistem sekolah persendirian Cina menyebar ke seluruh Malaysia.

Pada tahun 1976, kemasukan pelajar meningkat ke sebanyak 800 pelajar. Fasa kedua perkembangan sekolah selesai, kelas Perdagangan dan kelas Elektronik dimulakan untuk bahagian Pertengahan Senior.

Pada tahun 1978, fasa ketiga untuk projek perkembangan sekolah dimulakan. Kemasukan pelajar meningkat kepada sebanyak 1500 pelajar.

Pada tahun 1984, fasa ketiga tamat dengan pembinaan Pusat Audio Visual dan 21 buah bilik tingkatan.

Pada tahun 1986, pengajaran komputer yang pertama diadakan. Asmara pelajar yang sementara didirikan. Sekolah ini diberikan pengecualian cukai pendapatan sebanyak RM5000000 oleh Naib Menteri Kewangan, Datuk Lu Yin You, untuk tujuan pengutipan derma.

Pada tahun 1987, sekolah ini menjadi juara untuk Acara Sukan Sekolah Persendirian Cina Perak. Mengutip derma sebanyak RM42000 melalui Konsert 10 Penyanyi Carlsberg yang dianjurkan oleh Nanyang Siang Pau.

Pada tahun 1989, sekolah ini bekerjasama dengan Kolej Inti untuk mengadakan program TOEFL/AEB. Sekolah ini juga dijadikan sebagai pusat peperiksaan untuk AEB. Fasa keempat untuk perkembangan sekolah dilaksanakan dengan pembinaan asrama sekolah.

Pada tahun 1991, sekolah ini sekali lagi menjadi juara untuk Acara Sukan Sekolah Persendirian Cina Perak. Para pelajar menyertai khusus RELC dalam Bahasa Inggeris, atau dipertahui sebagai General Certificate of Secondary Education (GCSE)

Pada tahun 1992, asrama sekolah dirasmikan. Sekolah ini juga bekerjasama dengan Akademi Kecantikan Juliana untuk memulakan kelas penjagaan kulit dan kecantikan, untuk para pelajar perempuan.

Pada tahun 1993, sekolah ini menjadi sekolah bersaudara dengan The Chinese High School, Singapura. Sekolah Menengah Poi Lam (SUWA) juga menjalinkan hubungan yang lebih erat dengan Sekolah Bahasa dan Budaya Ji-Mei di Xiamen, China. Sekolah Menengah Poi Lam (SUWA) juga menjadi juara untuk 6 tahun berturut-turut dalam Acara Sukan Sekolah Persendirian Cina Perak yang ke-9.

Pada tahun 1994, sekolah ini mengadakan Olympiad Matematik Singapura yang pertama untuk sekolah rendah, dengan kerjasama The Chinese High School Singapura. Sekolah Menengah Poi Lam (SUWA) juga mengadakan Pesta Budaya Cina Perak dan Bola Keranjang SUKMA ke-5 di kawasan sekolah.

Pada tahun 1995, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) pelajar Thai ditubuhkan di Bangkok pada 8 Jun 1995. Orkes Cina sekolah memenangi kejohanan untuk pertandingan orkes Cina seluruh negara padakali ketiga. Mengadakan Konsert Kebajikan Top 10 yang dianjurkan oleh Nanyang Siang Pau demi mengutip derma untuk projek pengembangan sekolah fasa ke-5.

Pada tahun 1996, bekerjasama dengan Sekolah Vokasional Da-Hwa, Taiwan untuk meningkatkan mutu pendidikan teknikal, pada 1 Februari. Juga mengadakan walkaton ke-15 pada bulan Jun dan mengutip derma sebanyak RM 300000. RM 200000 dibelanja untuk membeli komputer baru. Memulakan pembinaan bangunan makmal sains yang baru pada bulan Julai. Laman web rasmi, PLNet, yang merupakan laman web rasmi sekolah persendirian Cina yang pertama, dimulakan. Menjadi sebuah cawangan Kolej Sedaya Kuala Lumpur pada 25 September.

Pada tahun 1997, PIBG Sungai Besar ditubuhkan pada 8 Mac. Negara-negara sebagai Australia, New Zealand, dan Republik Rakyat China juga menyertai Olimpiad Matematik tahun ini. Persatuan Hokkien, Badan Pengarah, PIBG, dan Alumni Poi Lam mengadakan satu jamuan malam untuk Tan Yoke Fay yang bersara selepas bertugas sebagai Pengetua selama 35 tahun. Bangunan Sains dan Vokasional telah selesai dibina pada akhir tahun, sebagai penamatan fasa ke-5 untuk projek pengembangan sekolah.

Pada tahun 1998, Encik Wong Hoy Hong diupah sebagai Pengetua yang baru. Bangunan Sains dan Vokasional yang baru dirasmikan untuk digunakan.

Pada tahun 1999, Wong Hoy Hong berhenti perkhidmatannya kerana tidak diteruskan kontrak oleh Badan Pengarah. Kementerian Pendidikan Taiwan menghadiahkan satu set komputer yang dilengkapi dengan perkhidmatan internet dan software kepada sekolah pada 17 Mac. Naib Pengetua (Penolong Kanan) iaitu Cheung Beng Heong mengambil alih kerja Pengetua pada 22 Mei. Kementerian Pendidikan Taiwan memberikan satu set cakera padat, pita, dan buku panduan dalam pembelajaran Bahasa Mandarin lisan pada 13 Ogos. Mengadakan satu seminar untuk para guru tentang "Peranan Pelajar Sekolah Persendirian Cina" oleh Dr Chang Kwong Djee pada 17 Ogos. Mengadakan satu seminar untuk para guru tentang mutu pendidikan dalam sistem sekolah persendirian Cina, dianjurkan oleh Dong Zong pada 27 Ogos. Kementerian Pendidikan Taiwan memberikan sekolah ini video budaya Cina sebagai cenderamata pada 13 Oktober. Menubuhkan Persatuan Kebajikan Guru-guru dan Kakitangan pada 16 Oktober demi mempertingkatkan serta menjaga mutu pengajaran melalui aktiviti pendidikan dan seminar.

Pada tahun 2000, Cheung Beng Heong dilantik sebagai pengetua yang baru oleh Badan Pengarah pada 26 Januari. Menjuarai Pertandingan Forum Sekolah Persendirian Cina Perak pada 8 Julai. Mengadakan Pameran Tarian 2000 pada 19 Ogos dan berjaya mengutip derma sebanyak lebih daripada RM122000 untuk biasiswa sekolah.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]